Sunday, September 14, 2014

Kanak-kanak perempuan Malaysia maut terpelanting di Australia


Kanak-kanak perempuan Malaysia maut terpelanting di Australia | Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat kematian kanak-kanak perempuan Malaysia yang terpelanting "seperti anak patung" dari kenaikan berputar di Royal Adelaide Show. Menurut kenyataan polis Australia Selatan, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu yang dilaporkan melawat Australia dengan keluarganya, tercampak dari kenaikan AirMaxx 360 petang semalam. Mangsa dirawat oleh paramedik dan dibawa ke Hospital Adelaide tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. Saksi, Malinda Dunwoodie, berkata beliau berada hampir dengan kenaikan itu apabila terlihat kanak-kanak terbabit "terbang di udara".

"Ia amat mengejutkan - macam filem seram...semua orang menjerit ," katanya kepada akhbar The Advertiser. Kenaikan berukuran 15 meter panjang itu berbentuk labah-labah gergasi dan mampu membawa 24 orang pada satu-satu masa. Seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia memberitahu AFP bahawa pihaknya sedang berusaha dengan Konsul Kehormat di Australia Selatan untuk membantu keluarga terbabit. Seorang pegawai agensi kesihatan dan keselamatan pekerjaan Australia Selatan (SafeWork SA), berkata kenaikan itu yang beroperasi untuk kali pertama di situ, akan ditutup sehingga acara berakhir untuk siasatan. - AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!