Sunday, September 21, 2014

JUJURLAH NIKAHI AKU - UMIE NADZIMAH




JUJURLAH NIKAHI AKU - UMIE NADZIMAH | Novel ini menceritakan mengenai Nurin Asyfa, seorang gadis istimewa yang ditakdirkan memiliki keluarga yang pilih kasih disebabkan kekurangannya. Layanan mak dan adiknya Zurin memang selalu menjadikan Nurin sedih dan terseksa. Sungguh pun begitu, Nurin masih ada ramai yang sayang. Dengan adik bongsunya, Fatin.. Abahnya juga sayangkannya walaupun selalu nampak serba salah depan mak. Nurin juga ada abang Alan dan keluarga yang menyayanginya umpama keluarga sendiri.

Hidup Nurin benar-benar teruji bila dia mula jatuh cinta dengan anak majikannya, Ahmad Zanif yang ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sungguh, Ahmad Zanif memang jatuh cinta pada Nurin. Namun ternyata kepulangan Zurin ke tanahair menjadikan hidup Nurin semakin huru hara. Zurin yang juga nekad meraih cinta Ahmad Zanif memang dilihat agak berusaha memenangi hati lelaki itu walaupun dengan cara kotor. Malang buat Nurin, ketika Ahmad Zanif mengetahui kekurangannya, rasa cinta malah jadi rasa jijik dan benci. Apalah daya Nurin apabila Ahmad Zanif beralih hati pada si adik. Menjelang hari perkahwinan yang telah ditetapkan, Ahmad Zanif dan Zurin ditimpa kemalangan yang membuatkan Ahmad Zanif mengalami kecacatan sementara.

Sudah tentulah Zurin enggan mengahwini lelaki tidak sempurna seperti Ahmad Zanif. Mengelak dari mendapat malu, Nurin diminta menggantikan tempat Zurin mengahwini Ahmad Zanif. Sesungguhnya Nurin memang sama sekali tak mahu sebab Ahmad Zanif memang terang-terangan pandang hina padanya. Dia lebih dambakan abang Alan yang memang selalu ada untuknya. Namun perbezaan agama tidak memungkinkan hubungan itu. Nurin akur bergelar isteri kepada Ahmad Zanif. Sungguh walaupun dengan layanan dingin suaminya, dia tetap akur dan patuh.

Malang buat Nurin, ketika Ahmad Zanif sembuh, dia sekali lagi terluka kerana Ahmad Zanif kembali ke pangkuan Zurin. Tanpa kenal dosa, mereka melakukan maksiat. Nurin diceraikan ketika dia hamil dan mengalami keguguran. Luluh hati Nurin mengenangkan nasibnya apatah lagi dia sudah lama kehilangan abang Alan. Kehadiran Qayyum yang tiba-tiba ingin mengahwininya menimbulkan pelbagai persoalan.. Siapakah lelaki itu? Mungkinkah akhirnya Nurin menemui kebahagiaan yang dicari?



Tajuk : Jujurlah Nikahi Aku
Penulis : Umie Nadzimah
Halaman : 640 muka surat
Harga : RM25/RM28





P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on September 15, 2014 at 4:06 PM said...

ni silap2 esok mau dibuat adaptasi jugak ni...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!