Saturday, October 4, 2014

MEMBAKAR SYURGA MENGGUYUR NERAKA - HANA ILHAMI





MEMBAKAR SYURGA MENGGUYUR NERAKA - HANA ILHAMI | Sinonim dengan cara penulisan penulis ini pada novel-novelnya sebelum ini, kehadiran novel terbaru ini juga sememangnya juga turut berunsurkan penulisan islamik. Mengisahkan mengenai Najiha yang bersedia merealisasikan hasrat Dona, rakan karibnya, yang ingin memeluk agama islam sebelum dia meninggal dunia. Dona yang beragama Hindu itu sedang menderita sakit barah otak. Antara lain hasrat Dona adalah kepulangan Rahul, abangnya yang membawa diri ke luar negara sejak sekian lama.

Ya, Najiha memang berjaya memujuk Rahul pulang ke Malaysia. Tapi dia malah rasa sungguh-sungguh tidak selesa pula dengan lelaki ini. Kenangan pahit Rahul bersama bekas kekasih islamnya malah menjadikan dia punya pandangan berbeza pula dengan Najiha. Perdebatan dan pandangan Rahul terhadap Najiha mulai berubah saat dia melihat hubungan baik antara sahabat dan ketulusan hati Najiha yang benar-benar ingin membantu. Najiha berada dalam dilema apabila lelaki impiannya lebih diperlukan oleh Dona, dan kehadiran lelaki songsang yang mengharap cintanya. Bagaimana pula dengan Rahul yang sentiasa ada untuknya? Mampukah dia membina hidup baru dengan lelaki berlainan agama dan bersama meraih cinta Ilahi?


Tajuk : Membakar Syurga Mengguyur Neraka
Penulis : Hana Ilhami
Halaman : 840 muka surat
Harga : RM30/RM33




.

2 Penyokong CHELSEA:

Sofeeyah on October 2, 2014 at 10:32 AM said...

Terima kasih atas review. Semuga kisah ini memberi manfaat dan kesedaran utk kita sama-sama berjuang menentang apa yang dilarang Tuhan. Hetero, bi mahu pun homo... Musuh kita sama... syaitan dan hawa nafsu.

Berusaha!

Lulu Caldina on October 2, 2014 at 2:39 PM said...

@Hana Ilhami tq penulis sudi singgah.. terus berkarya :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!