Wednesday, October 29, 2014

Aidil Zafuan kekal dihukum!



Aidil Zafuan kekal dihukum! | Hasrat kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini tidak kesampaian selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menolak rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) agar penggantungan satu perlawanan yang diterima pertahanan berusia 27 tahun itu dibatalkan. Lebih malang buat Adil, ini adalah kali kedua berturut-turut dia gagal menyarung jersi JDT dalam perlawanan besar selepas turut terlepas final Piala FA 2013 menentang Kelantan kerana penggantungan dua perlawanan.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, pemberian kad kuning yang diterima oleh Aidil pada separuh akhir kedua menentang Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lalu adalah wajar setelah dibincangkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dan Jawatankuasa Pengadil. Katanya lagi, keputusan itu muktamad dan tiada rayuan boleh dikemukakan, malah perkara tersebut telah dimaklumkan kepada PBNJ. - Utusan




.

1 Penyokong CHELSEA:

Lisa Nurulain on October 29, 2014 at 10:41 PM said...

Hurm mmg tk berapa suka dengan dia. Hee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!