Sunday, October 12, 2014

CUKUP DERITA ITU - SITI ROSMIZAH




CUKUP DERITA ITU - SITI ROSMIZAH | Selepas kematian ibu bapa, kembar Ellana dan Ellani tinggal bersama Mak Ngah mereka yang jelas membezakan kasih sayang diantara mereka. Ellana dilayan dengan penuh kasih sayang, dan sebaliknya Ellani diperlakukan seperti hamba. Ya, hidup Ellani sungguh derita, namun dia tetap akur pada Mak Ngah mengenangkan nasihat arwah emaknya.

Cinta pandang pertama Zarul yang merupakan seorang pensyarah pada Ellana membuatkan mereka hampir-hampir menjadi suami isteri. Perkahwinan yang bakal diadakan, tidak menjadi kenyataan disebabkan satu kemalangan yang membuatkan Zarul langsung tidak mengingati cintanya pada Ellana. Pelik, sebaik sedar, perasaan dan ingatan Zarul beralih pula pada Ellani. Sungguh Ellani sudah melakukan pelbagai cara untuk mengelak, namun mungkin sudah jodoh, mereka disatukan selepas Ellana melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Mak Ngah juga terlibat dalam kemalangan itu, yang membuatkan dia kehilangan kedua belah kakinya. Namun, peristiwa tragis itu tidak langsung membuatkan Mak Ngah berubah. SUngguh pun begitu, Ellani tetap dengan ikhlas menjaga dan menyediakan keperluan Mak Ngah. Malangnya, dendam yang sarat dalam hati Mak Ngah dan Ellana akhirnya berjaya membuatkan rumahtangga Ellani dan Zarul hancur. Ellani diceraikan hanya dengan sms. Cukuplah derita itu, cukuplah.. Ellani benar-benar sudah tidak sanggup..



Tajuk : Cukup Derita Itu
Penulis : Siti Rosmizah
Halaman : 1170 muka surat
Harga : RM38.90/RM41.90



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!