Friday, October 17, 2014

Terselamat dari maut, kepala kanak-kanak 5 tahun berjaya dikeluarkan dari besi jeriji tingkap



Terselamat dari maut, kepala kanak-kanak 5 tahun berjaya dikeluarkan dari besi jeriji tingkap | Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terselamat daripada maut selepas kepalanya tersangkut di besi geriji tingkap selepas dia cuba keluar dari tingkap sebuah apartmen yang terletak di tingkat 15 di sini, lapor Mail Online kelmarin. Kejadian di bandar Chongqing itu berlaku selepas kanak-kanak itu cuba keluar dari rumahnya melalui tingkap selepas dibiarkan berseorangan oleh ibu bapanya yang keluar bekerja. Beberapa jiran yang terkejut melihat kanak-kanak itu tergantung di tingkap di tingkat 15 segera menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.


Satu pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian telah bertindak memecah kediaman tersebut sebelum memotong besi geriji untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan. Seorang jurucakap bomba berkata, kanak-kanak tersebut cuba keluar dari rumah tersebut dengan menyusup di celah geriji tingkap berkenaan. “Badan kanak-kanak itu berjaya melepasi geriji berkenaan tetapi kepalanya yang lebih besar tersangkut menyebabkan dia tergantung. “Kanak-kanak ini berbasib baik kerana kepalanya tersangkut , jika tidak dia mungkin sudah mati,” katanya. – Agensi




.

2 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on October 17, 2014 at 4:20 PM said...

Allahuakbar, bahayanya situasi macam ni, kalau sayalah jadi maknya mesti cemas dan cuak ni...

Unknown on October 17, 2014 at 4:49 PM said...

Ya Allah...macam mana dia boleh berfikir untuk bertindak macam tu ye? Ish...mudah2n dijauhkan dari anak2 kita ye. in shaa allah.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!