Sunday, October 26, 2014

THE UNSUNG HERO - MELUR JELITA




THE UNSUNG HERO - MELUR JELITA | Maryam dan Irvan sepasang sepupu yang dididik dengan hubungan adik beradik sejak kecil lagi. Bagi Maryam, Irvan yang miliki adik beradik lain, dan kesemuanya lelaki, memang sangat berbeza. Dalam satu kejadian yang tak disangka, Irvan kehilangan keseluruhan keluarganya, membuatkan dia nekad berpisah dengan Maryam dan meninggalkan satu janji dengan tekad untuk menjadikannya kenyataan.

Ya, sejak kecil Irvan memiliki impian yang sangat besar. Menjadikan Maryam 'masa depannya'. Memiliki gadis istimewa tu sebagai isteri. Dan perjalanan menuju impian itu bukannya mudah apabila kemunculan Riyaz berjaya membuka hati Maryam. Walaupun terkilan, Irvan merelakan Maryam menjadi isteri Riyaz. Malangnya Riyaz terkorban dalam satu kejadian, dan Maryam merana kehilangan orang tersayang. Inilah permulaan perjalanan dua hati, apabila bunda dan bak meminta Irvan memperisterikan Maryam. Sungguh, Irvan bersyukur, impian itu telah menjadi kenyataan. Sebaliknya, bagi Maryam, hubungan itu sangat pelik umpama sumbang mahram. Bagaimana dia mahu mengubah hati dan perasaan yang selama ini menganggap Irvan sebagai abang, dan kini sebagai suami pula?

Alahai, jenuh juga Irvan menanti Maryam membuka hati untuknya.. Jom miliki satu lagi hasil tulisan penulis yang sejujurnya, memang tak pernah mengecewakan. Buat kali keempat, lulu terbuai lagi dengan hasil tulisan kak Melur Jelita.. Lagenda kisah cinta Maryam dan Irvan.. Terus tak sabar untuk memiliki novel seterusnya.. ngee..


Tajuk : The Unsung Hero
Penulis : Melur Jelita
Halaman : 1156 muka surat
Harga : RM38/RM41




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

5 Penyokong CHELSEA:

Aziela on October 20, 2014 at 3:35 PM said...

Lulu, awak rasa ada sambungan tak? Akak macam nakkkk sangat sambungannya macam kisah Firman dan Iris tu. Ada beberapa isu yang agak misteri tak terungkai hingga ke sudah la kannn... Contohnya, mungkin Riyaz masih hidup tapi Maryam tak tahu. Abg One selalu kena jelingan maut lepas dia kawen Maryam kan?

Lulu Caldina on October 20, 2014 at 5:14 PM said...

@Aziela betullah kak, lagipun novel tu mcm tak cukup tebal.. hehe haraplah ada sambungan lepas ni :)

Anonymous said...

Ceta ni best, baru abis sabtu aritu, sehari suntuk tak buat apa, tapi rasa mesti ada sambungan kan sb riyaz tu hidup lg kan cuma tak di highlight je

Dgn mak maryam tu

Scha Nazri on October 21, 2014 at 7:44 PM said...

selalu jgak dengar buku ni. hehe, menarikkk :)

followed here. weeee

Ania on October 24, 2014 at 12:23 PM said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!