Thursday, October 30, 2014

Video aksi kejam pengasuh sumbat makanan pada seorang kanak-kanak mula menjadi viral di FB



Video aksi kejam pengasuh sumbat makanan pada seorang kanak-kanak mula menjadi viral di FB | SEBUAH video yang memaparkan aksi kejam seorang wanita yang disyaki warga Indonesia mendera seorang kanak-kanak perempuan mula menjadi viral di laman sosial, Facebook, sejak semalam. Video berdurasi selama 1 minit 36 saat itu memperlihatkan tindakan wanita tersebut yang dipercayai pengasuh kepada kanak-kanak terbabit, tanpa rasa belas simpati menyuap makanan ke dalam mulut mangsa secara paksa tanpa henti meskipun, mulut mangsa masih dipenuhi dengan makanan.

Ekoran daripada tindakan pengasuh itu, kanak-kanak tersebut menanggis tanpa henti kerana enggan makan makanan yang disuap, namun tidak diendahkan oleh wanita terbabit. “Cepat.. cepat.. nak? Cepat,” kata wanita itu. Insiden malang yang menimpa kanak-kanak perempuan tersebut dipercayai berlaku di Malaysia berdasarkan dialog yang diutarakan oleh wanita terbabit. “Kalau orang Indon macam inilah bos,” ujar wanita itu lagi. Sehingga kini, video yang dimuat naik di laman Facebook, Friends of BN - Barisan Nasional telah dikongsi oleh lebih 19,000 orang pengikut laman tersebut.

Rata-rata pengguna di laman sosial itu meluahkan reaksi kurang senang serta mengecam tindakan wanita terbabit yang disifatkan tidak berperikemanusiaan. “Perempuan ni tak layak jaga kanak-kanak dirumah/nursery...layaknya gaul simen di tapak binaan...,” kata salah seorang pengguna laman sosial tersebut. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pihak yang tampil memberikan maklumat sebenar mengenai video penderaan itu. -MD




.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on October 30, 2014 at 5:03 PM said...

Ya Allah....akhir2 ni kita selalu dikejutkan dengan video tentang kekejaman sesetengah pengasuh atau pembantu rumah yang agak tidak berperikemanusiaan terutamanya dengan bayi. Tersentuh hati saya bila tengok video ni. Lebih sedih bila memikirkan, bagaimana individu yang merakam video ini boleh membiarkan keadaan ini berlaku begitu saja? Dimanakah dibuangkan rasa kasih sayang sesama insan terutamanya pada khalifah yang kecil dan tidak berdosa ni? :(

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!