Saturday, November 29, 2014

Ia menjadi mimpi ngeri penduduk.. Apa puncanya?



Ia menjadi mimpi ngeri penduduk.. Apa puncanya? | Penduduk di tiga wilayah di Vietnam kini hidup ketakutan kerana berdepan dengan ‘serangan’ ular berbisa yang dipercayai menyerang orang ramai setiap hari. Insiden berkenaan dikaitkan dengan kesan penerokaan hutan, pencerobohan habitat dan kesan perubahan iklim, ular bisa itu kini menjadi mimpi ngeri kepada penduduk Quang Ngai, Quang Nam dan Da Nang. Media tempatan semalam melaporkan, berpuluh-puluh penduduk setempat dikejarkan ke hospital setiap hari akibat dipatuk ular kapak. Sejak awal bulan ini, di Hospital Besar Quang Ngai saja kakitangan di situ dilaporkan merawat satu atau dua mangsa setiap hari.

Di Quang Nam pula lapan mangsa dilaporkan dipatuk ular berbisa dan empat kes lagi dari pinggir bandar Da Nang. Kebanyakan mereka digigit ketika bekerja di ladang, di taman dan kawasan hutan. Timbalan Pengarah Taman Ular Dong Tam di wilayah Tien Giang, Vu Ngoc Luong memberitahu Viet Nam News, habitat reptilia itu diceroboh kerana aktiviti penerokaan dan pertanian.


Taman berkenaan yang turut berfungsi sebagai pusat rawatan akibat patukan ular merekodkan kira-kira 1,400 kes sepanjang tahun ini saja. Beberapa ahli biologi dan pakar percaya, perubahan iklim memberi kesan kepada persekitaran habitat haiwan berbisa itu dan menyebabkan reptilia berkenaan cepat membiak. Pensyarah biologi, Nguyen Thi Hoa berkata, kesan daripada kemusnahan hutan pula menyebabkan ular sukar memperoleh makanan. “Biasanya ular kapak tidak menyerang orang. “Ia hanya mengganas jika disentuh atau berasa terancam,” katanya.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!