Thursday, November 27, 2014

Juruteknik komputer tahan sakit lebih sejam tapak kaki tertusuk besi bekas pasu di halaman rumah



Juruteknik komputer tahan sakit lebih sejam tapak kaki tertusuk besi bekas pasu di halaman rumah | Seorang juruteknik komputer terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas tapak kaki kanannya tertusuk besi bekas pasu di halaman rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Firdaus Aziz, 27, membersihkan halaman rumah sebelum kakinya terpijak tanah mendap dan tertusuk besi sepanjang tujuh sentimeter yang tertanam di situ.

Menurut sumber, kejadian mengakibatkan besi itu hampir menembusi bahagian atas kakinya dan dia terpaksa berdiri menahan kesakitan sebelum besi berkenaan dipotong anggota bomba. "Ketika kejadian mangsa yang sedang cuti sakit berada di rumah bersama ibu mentua manakala isterinya Norhazirah Salleh, 28, bekerja. "Ketika membersihkan halaman rumah secara tiba-tiba kaki kanannya berasa sakit sebaik terpijak bahagian tanah mendap, cubaannya mengeluarkan besi itu tidak berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan anggota bomba," katanya, di sini, semalam. -Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!