Saturday, November 8, 2014

Kerana meraikan kemenangan secara melampau, pemain pingpong hilang wang kemenangan



Kerana meraikan kemenangan secara melampau, pemain pingpong hilang wang kemenangan  | PEMAIN pingpong profesional dari China, Zhang Jike terpaksa menjadikan hadiah kemenangan sebagai pampasan terhadap tindakan melampau ketika meraikan kemenangan yang dicapai dalam kejohanan Piala Dunia Liebherr Lelaki. Zhang yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut telah menyepak papan iklan yang merupakan penaja pertandingan itu sehingga rosak sebaik sahaja menewaskan rakan senegara, Ma Long.

 Tidak cukup dengan itu, dia juga dianggap melampau apabila membaling bajunya kepada penonton. Berikutan tindakan tersebut, Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) memutuskan untuk tidak memberikan wang kemenangan Zhang sebanyak £28,000. Menyesal dengan tindakan berkenaan, Zhang kemudian berkata," Saya meminta maaf atas apa yang dilakukan. Ia tindakan yang tidak boleh diterima, saya mohon maaf". -AP



.

1 Penyokong CHELSEA:

Nurhaziq Abdul Hafiz on November 8, 2014 at 8:57 PM said...

Inilah akibatnya kalau suka sangat. kan dah rugi.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!