Thursday, November 27, 2014

Lelaki cuba menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan namun tidak berjaya



Lelaki cuba menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan namun tidak berjaya | Seorang lelaki cuba menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan dengan merantai dirinya dan seorang anak lelaki di dalam kereta mereka. Bagaimanapun, dia melakukan kesilapan bodoh kerana menyimpan kunci rantai berkenaan di dalam sakunya. Polis menemui lelaki berusia 30-an itu dan anaknya dalam keadaan dirantai di dalam keretanya di Ihsa, di wilayah timur Arab Saudi selepas menerima laporan daripada orang ramai.

Lelaki itu memberitahu polis, dia dirompak, dipukul oleh beberapa lelaki tidak dikenali sebelum mereka merantai dia dan anaknya. “Kami menemui resit menunjukkan dia membeli kunci dan rantai dari sebuah kedai. Selepas disoal siasat, dia mengaku merantai dirinya kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan,” lapor akhbar Sabq, memetik kenyataan jurucakap polis Kolonel Ziad Al-Rugaiti. Lelaki itu ditahan dan akan didakwa di mahkamah hari ini. - Agensi



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!