Tuesday, November 4, 2014

Lelaki nekad bakar kereta seorang wanita selepas cintanya ditolak oleh wanita tersebut



Lelaki nekad bakar kereta seorang wanita selepas cintanya ditolak oleh wanita tersebut | Seorang lelaki berusia 50 tahun nekad membakar kereta seorang wanita selepas tidak berpuas hati cintanya ditolak oleh wanita tersebut dalam kejadian di Lorong Melur 19, Taman Emas dekat sini awal pagi ini. Menurut sumber, suspek datang ke rumah wanita yang berusia 46 tahun itu kira-kira pukul 2.20 pagi ketika wanita tersebut pulang dari tempat kerjanya di sebuah kelab di sini. Difahamkan suspek meluahkan perasaan cintanya kepada wanita yang telah bersuami itu.

Suspek kemudiannya melepaskan kemarahan dengan memecahkan cermin kereta Proton Iswara suami mangsa dan pintu serta tingkap rumahnya. Suspek kemudiannya bertindak lebih ganas apabila membakar motosikal yang dinaikinya yang di­letakkan di belakang kereta Toyota Vios milik mangsa sehingga meng-akibatkan kereta itu turut terbakar. Tindakan pantas suami mangsa memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan alat pema-dam api berjaya mengawal kebakaran sebelum anggota bomba dipanggil bagi memadamkan sepenuhnya kebakaran itu.

Suspek yang dikatakan sering mengunjungi kelab malam tempat wanita itu bekerja, kemudiannya melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan oleh orang ramai. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan bahan bakar. "Suspek berjaya ditahan oleh anggota peronda yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan dia kini ditahan di lokap berpusat di Kepala Batas. "Kita sedang menyiasat motif kejadian yang menyebabkan suspek bertindak demikian," katanya ketika dihubungi hari ini.-Utusan



.

2 Penyokong CHELSEA:

Mummy MM on November 4, 2014 at 10:19 AM said...

Pelik betul. Macamlah tak ada yang single. Sabar jaklah.

Unknown on November 4, 2014 at 9:22 PM said...

Sebanyak2 janda..Bini orang juga yg kau nak...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!