Tuesday, November 4, 2014

Sanggup beli mayat untuk penuhi kuota kerajaan


Sanggup beli mayat untuk penuhi kuota kerajaan | Dua kakitangan awam di China membeli mayat daripada pencuri mayat bagi memenuhi tuntutan minimum jumlah pembakaran mayat, mengikut kuota yang ditetapkan kerajaan, ketika Beijing cuba melaksanakan polisi pengebumian. Kakitangan awam di Guangdong itu membeli mayat tersebut daripada seorang pencuri yang mencuri kira-kira 20 mayat dari tanah perkuburan dalam satu malam, lapor agensi berita Xinhua. Kedua-dua pegawai tempatan yang hanya dikenali sebagai He dan Dong memaklumkan kepada polis bahawa mayat-mayat itu dibeli untuk memenuhi kuota mayat yang perlu dibakar di daerah itu, seperti yang ditetapkan kerajaan.

Dong membayar 3,000 yuan (RM1,617.99) setiap satu bagi 10 mayat yang dibeli, manakala He pula membayar separuh daripada harga yang dibayar Dong tetapi tidak diketahui jumlah mayat yang dibeli He. Kerajaan melancarkan kempen menggalakkan pembakaran mayat bagi mengurangkan penggunaan tanah, yang perlu digunakan untuk pertanian dan pembangunan. Pihak berkuasa menetapkan jumlah minimum pembakaran mayat di bandar-bandar tertentu di mana Dong dan He bertugas, namun penduduk tempatan mengebumikan ahli keluarga mereka secara rahsia untuk mengelak peraturan tersebut. Usaha China untuk menyaksikan lebih banyak mayat dibakar berbanding dikebumikan mendapat tentangan daripada penduduk di negara ini. Enam warga emas di wilayah Anhui bertindak membunuh diri pada Mei lalu sebelum peraturan baharu itu dikuatkuasakan. – AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!