Sunday, November 16, 2014

NADRATUL NISA' - MARDIHAH





NADRATUL NISA' - MARDIHAH | Alangkah indahnya dunia seorang lelaki bernama Tan Jie Kang apabila rasa kasih sepenuh jiwanya disambut oleh gadis idaman, Nadratul Nisa. Sebuah kisah cinta indah namun menyedihkan, apabila mereka yang berbeza budaya dan agama, sememangnya tiada jodoh untuk bersama dan saling memiliki dalam satu ikatan yang sah. Masa yang singkat, Tan Jie Kang sebelum menjadi suami kepada gadis sebangsa dengannya, yang ketika itu juga sedang hamil, dipergunakan sebaiknya pasangan muda ini untuk saling meraih cinta dan mencipta kenangan indah.

Sejujurnya, ketika Nadratul Nisa diarahkan berkahwin dengan lelaki pilihan babanya, Maleq Rafie, tiada sekelumit pun rasa cintanya pada lelaki itu melainkan melayan rasa laranya kerana terpisah dengan Tan Jie Kang. Setiap kenangan yang tercipta antara Nadratul Nisa dan Tan Jie Kang, seolah-olah menjadi penghalang untuk hatinya mencintai suami sendiri. Namun sikap sabar dan lemah lembut Maleq Rafie akhirnya berjaya menawan jiwa Nadratul Nisa. Sejak itu dia berusaha menyintai Maleq Rafie.

Berbeza dengan Tan Jie Kang yang akhirnya memeluk agama islam selepas isterinya menipu dan meninggalkannya papa kedana, kehadiran anak yang dinamakan sempena nama si cinta hati, kembali bangkit dengan perasaan cinta dan kasih yang tetap utuh dan tidak berbelah bagi terhadap Nadratul Nisa. Ya, Tan Jie Kang sedar akan hakikat yang mereka berdua tidak mungkin akan menyatu, namun pertemuan tanpa diduga antara dua hati ini menjadikan kenangan indah tu seolah-olah kembali. Wajar kan Maleq Rafie risau bakal kehilangan isteri yang tercinta? 



*Sebuah kisah yang sangat indah, dan selepas novel pertama, Mr. Pai Epal, nampaknya penulis sekali lagi menulis novel yang berjaya membuatkan lulu terbuai ketika membacanya. Bayangkan, ketika baca, belum habis, lulu intai halaman terakhir dan dapat tahu Tan Jie Kang tidak akan kembali bersama Nadratul Nisa, terus lulu rasa kecewa dan tak nak sambung baca sampai habis.. hehe.. Tapi akhirnya novel indah ini berjaya lulu habiskan :)


Aku memilih untuk kekal mengukir nama dia sebagai kenangan.
Aku juga memilih untuk kekal mendoakan dia agar dia sentiasa 
bahagia bersama pilihannya..





Tajuk : Nadratul Nisa'
Penulis Mardihah
Halaman : 755 muka surat
Harga : RM28/RM31




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

4 Penyokong CHELSEA:

Unknown on November 12, 2014 at 2:49 PM said...

Jalan cerita yang lain dari kebiasaan

http://www.lovehutladyvitamin.com

Unknown on November 13, 2014 at 6:54 PM said...

Alamak. Harap bini tak perasan. Kalau tak mesti die nak beli. Hahaha

mardihah on December 10, 2014 at 3:07 PM said...

terima kasih lulu untuk review manis ini.

Lulu Caldina on December 10, 2014 at 3:46 PM said...

@mardihah sama sama :) teruskan berkarya

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!