Thursday, November 13, 2014

OKU Cedera Dipukul Kerana Didakwa Cuba Pecah Kereta. Apa Kata Ibunya..



OKU Cedera Dipukul Kerana Didakwa Cuba Pecah Kereta. Apa Kata Ibunya..  | Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) mengalami cedera parah di kepala selepas dipukul orang awam kerana disyaki cuba memecah masuk sebuah kereta di Kampung Telok Panji, Kelantan. Dalam kejadian pukul 9 malam, OKU berumur 22 tahun itu terpaksa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, untuk menerima rawatan. Ibu OKU berkenaan, Noraini Hassan, 50, berkata luluh hatinya apabila melihat keadaan anaknya yang cedera parah dan beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, Khamis. "Anak saya itu mengalami kecacatan di bahagian tangan kiri dan kaki kiri selepas kemalangan sejak dua tahun lalu.

Sebak melihat keadaannya yang cedera parah, namun mujurlah dia masih hidup. "Kalau dia buat salah pun, janganlah bertindak melulu dengan memukulnya, luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan sedemikian tanpa belas kasihan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan kejadian itu. "Di sini saya ingin tegaskan, supaya orang ramai jangan bertindak mengikut perasaan dan menghukum suspek di tangan mereka sendiri kerana ia salah di sisi undang-undang," katanya.-Mstar



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!