Tuesday, November 25, 2014

Pengusaha kedai terkejut temui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala manusia di hadapan restorannya


Pengusaha kedai terkejut temui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala manusia di hadapan restorannya | Seorang pengusaha kedai makan terkejut apabila menemui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala manusia yang ditinggalkan di hadapan restorannya di Lorong Impian Ria 5, Taman Impian Ria di sini, petang semalam. Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dia sedang menyapu sampah sebelum terlihat bungkusan mencurigakan yang pada mulanya disangkakan mengandungi bom. Katanya, dalam keadaan cemas dia meminta rakannya membuka plastik berkenaan dengan perlahan-lahan bagi melihat isi kandungannya.


“Kepala manusia dipercayai milik seorang lelaki itu dibungkus menggunakan tiga lapis plastik hitam dan selepas membukanya kami mula berasa berdebar kerana melihat rambut yang disangka bulu bangkai haiwan. “Namun, selepas semuanya dibuka saya tergamam kerana melihat kepala manusia tanpa kedua-dua belah telinga berlumuran darah dalam bungkusan itu,” katanya. Man yang mengusahakan restoran itu sejak lima tahun lalu berkata, penemuan kepala itu turut menyebabkan dia merasa loya untuk menjamah makanan dan sungguh terkejut. -Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!