Wednesday, November 26, 2014

Punca Range Rover saman syarikat kecil di China



Punca Range Rover saman syarikat kecil di China | Tindakan sebuah syarikat kecil pembuat kereta di China melancarkan model kereta terbaharunya yang menyerupai mo­del kereta Range Rover, membawa padah apabila syarikat gergasi kereta dari Britain itu menimbangkan untuk mengemukakan saman terhadap syarikat dari China itu atas dakwaan melanggar hak cipta. Kereta model X7 keluaran firma LandWind itu hanya berharga 14,000 pound (RM73,443), dan hampir menyamai model kereta Range Rover Evoque keluaran syarikat Jaguar Land Rover yang berharga 40,000 pound (RM209,839). Menurut laporan portal Mail Online, kereta buatan firma China itu mempunyai bentuk badan, lampu, penghadang radiator dan logo berwarna hijau di bonet hadapan, seolah-olah meniru reka bentuk ken­deraan keluaran Jaguar Land Rover.

Kereta X7 dipamerkan pada pertunjukan kenderaan di Guangzhou pada minggu lalu dan mengelirukan ramai peminat Range Rover Evoque serta membangkitkan kemarahan firma British berkenaan. Ketua Eksekutif Jaguar Land Ro­ver, Dr. Ralf Speth berkata, isu syarikat China meniru reka bentuk produk syarikat lain sangat mengecewakan. “Hak cipta (Range Rover Evoque) merupakan milik Jaguar Land Rover dan jika mereka meniru reka bentuk berkenaan, tindakan tersebut secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.-AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!