Gadis 23 tahun bertindak gila cuba rompak bank di Jln Gombak kerana beban hutang | Tertekan dengan beban hutang menyebabkan seorang gadis berusia 23 tahun bertindak ‘gila’ cuba merompak sebuah bank di Jalan Gombak di sini, dengan bersenjatakan pisau pemotong daging. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, suspek bertindak masuk ke dalam bank sebelum melompat masuk ke bahagian kaunter pekerja dan mengacukan parang. Suspek kemudian memaksa pekerja bank terbabit menyerahkan wang tunai sebanyak RM300 juta. Sumber polis berkata, suspek memaksa pekerja itu menyerahkan wang tunai segera jika tidak mahu dicederakan.
“Bagaimanapun seorang pelanggan bank itu bertindak pantas merampas pisau pemotong daging itu dari tangan suspek. “Beberapa individu membantu menahan suspek yang meronta-ronta mahu melepaskan diri. Pengurus bank itu segera menghubungi polis,” katanya. Menurutnya, anggota polis yang tiba jam 5 petang di lokasi kejadian menahan suspek bersama beg galas serta pisau milik suspek.
“Suspek pada mulanya hanya berdiam diri dan enggan bekerjasama. Namun sebaik tiba di Balai Polis Setapak di sini, dia akhirnya memberitahu mempunyai masalah beban hutang. “Siasatan mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan dan dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.-Metro
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment