Ini bukan cucu, ini hantu! | Seorang wanita menampar neneknya sendiri hanya kerana wanita warga emas itu enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook. Pejabat Syerif Daerah Pinellas berkata, Rachel Hayes, (gambar) 27, kini berdepan hukuman penjara selepas mengamuk dan memukul neneknya yang berusia 72 tahun. Nenek Rachel dilaporkan menolak permintaan di Facebook itu kerana tidak suka nama digunakan cucunya, Rachel Frickin Hayes. Kata syerif, pada pandangan wanita terbabit, perkataan “Frickin” diguna cucunya dianggap tidak sopan.
Sehubungan itu, neneknya meletakkan syarat supaya Rachel mengubah namanya terlebih dulu sebelum bersetuju menerimanya di senarai rakan Facebook. Rachel yang mempunyai seorang anak bagaimanapun muncul di rumah neneknya dalam keadaan mabuk pada jam 3.40 pagi Khamis lalu dan mengamuk serta memaki neneknya. Rachel kemudian menampar wanita warga emas itu beberapa kali. Serangan itu hanya terhenti apabila wanita terbabit berjaya menutup serta menguncinya sebelum menghubungi polis. Rachel mempunyai tiga rekod jenayah sebelum ini, termasuk kencing di tempat awam.-AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment