Wednesday, December 10, 2014

Masa terbaik untuk menyaksikan pancuran meteor Geminids di Malaysia pada 13 dan 14 Dis ini



Masa terbaik untuk menyaksikan pancuran meteor Geminids di Malaysia pada 13 dan 14 Dis ini | Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran meteor Geminids yang berpusat di buruj Gemini pada malam 13 dan 14 Disember ini. Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Selasa. Menurut ANGKASA, pada pertengahan Disember setiap tahun, bumi akan merentasi serpihan batuan kecil yang berasal dari Asteroid 3200 Phaethon yang mana ia akan melalui atmosfera bumi lalu terbakar dan menghasilkan jaluran-jaluran cahaya di langit yang dikenali sebagai pancuran meteor. Pancuran meteor ini telah bermula sejak 3 Disember yang lalu dan dijangka berakhir pada 17 Disember ini, dengan kemuncaknya pada 13 dan 14 Disember.

Walau bagaimanapun, pada tahun ini, kenampakannya agak terhad kerana pada waktu yang sama, bulan baru melepasi fasa bulan penuh. Pada kebiasaannya, orang ramai dapat melihat kira-kira 120 meteor dalam masa satu jam, namun disebabkan cahaya bulan, kenampakkannya akan terhad kepada 50 hingga 80 juraian sejam. Kepada anda yang berminat untuk menyaksikan pancuran meteor ini, berikut adalah tips yang boleh digunakan: 1. Untuk melihat pancuran ini, ia tidak memerlukan sebarang alatan khas kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar 2.

Masa terbaik untuk melihat meteor adalah pada jam 8 malam sehingga terbit bulan pada jam 12 pagi. 3. Pilih kawasan yang kurang gangguan pencemaran cahaya. 4. Pilih kawasan yang lapang, tidak dilindungi oleh bangunan dan pokok. Kawasan yang paling sesuai untuk melihat juraian meteor adalah di kawasan lapang seperti tepian pantai atau padang. 5. Sekiranya keadaan langit berawan, anda mungkin tidak akan nampak kemunculan juraian meteor tersebut. Untuk mendapatkan maklumat terkini orang ramai adalah boleh melayari laman sesawang ANGKASA di www.angkasa.gov.my, laman sosial Facebook Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau Twitter ANGKASA Malaysia.




.

1 Penyokong CHELSEA:

nurkaloi on December 11, 2014 at 6:27 AM said...

Ohh really haaa...kena daki gunung gamaknye ni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!