Pelanggan geram 10 kali kena ambil sendiri barang pos laju, sebab tidak dihantar terus ke rumahnya | Seorang pelanggan mempersoalkan perkhidmatan pos laju disediakan Pos Malaysia apabila terpaksa mengambil sendiri barangan yang dikirim kepadanya di kaunter Pos Laju Senawang. Abd Rahman Ibrahim, 50, yang merupakan seorang jurukamera TV sambilan sebuah stesen televisyen tempatan berkata, dia kecewa apabila barangan yang dikirim kepadanya menerusi pos laju tidak dihantar ke rumahnya. Menurutnya, sudah lebih 10 kali masalah itu berlaku membuatkan dia hilang sabar. "Kita membayar khidmat pos laju ini untuk memudahkan kita kerana barang akan sampai terus ke rumah.
Tapi, sebaliknya berlaku apabila setiap kali barang dihantar, saya terpaksa ambil sendiri di kaunter pos laju," katanya yang tinggal di Desa Jaya Villa, Tasik Jaya, di sini, semalam. Menurutnya, kejadian terbaharu berlaku Selasa lalu, apabila dia dan isterinya seharian menunggu di rumah untuk memastikan wakil pos laju datang menghantar barang. “Kami terpaksa tunggu sampai malam untuk keluar rumah, takut-takut pos laju akan datang. Bagaimanapun, sampai ke malam, masih tidak muncul," katanya.
Katanya, dia terkilan apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepadanya, sehinggalah dia sendiri memeriksa rekod pengesanan (tracking record) di pejabat pos. “Kalau saya tidak periksa di kaunter, sampai bila-bila saya tak tahu barang itu sudah sampai atau tidak,” katanya. Abd Rahman berkata, dia percaya pekerja pos tidak menghantar barangan itu ke rumahnya sejak diposkan pada 19 Disember lalu.
"Sebab sehingga semalam (Selasa), memang ada orang di rumah saya. Sebelum ini pun, saya pernah tunggu pos laju sampai sebulan. "Perkara ini telah diadukan kepada pengurus pejabat pos laju di Senawang, namun jawapan diberikan sekadar ‘melepaskan batok di tangga’," katanya. Sementara itu, Pengarah Pos Laju Seremban (penempatan di Senawang), Shahrulbariyah Aziz ketika dihubungi, mendakwa beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan media.
.
1 Penyokong CHELSEA:
Pos Laju suka tinggalkan nota pas tu suruh kita call suruh hantar barang...
Post a Comment