Punca kanak-kanak 5 tahun maut dipukul dan dicekik oleh sepupu sendiri | SEORANG kanak-kanak 5 tahun, Kenneth White maut selepas dipukul dan dicekik hingga mati oleh sepupunya Tiffany Vanalstyne, 19, sebelum mayatnya dicampak ke dalam parit dan ditutupi dengan salji. Vanalstyne, yang juga pengasuh Kenneth kemudian didakwa menghubungi polis dan ibunya serta mereka cerita bahawa Kenneth diculik dua lelaki bertopeng bagi menutup jenayah yang telah dilakukan lapor Mail Online.
Difahamkan, mangsa dibunuh dengan kejam ketika kakak kembarnya Cheyenne dan adiknya Christine sedang bermain di dalam sebuah bilik lain di dalam treler tempat mereka tinggal di Knox, New York. Pegawai polis Craig Apple berkata, polis negeri, marsyal Amerika Syarikat, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mula menjalankan siasatan sekitar jam 1.30 petang (waktu tempatan) sebelum mula menyoal siasat suspek dan mengesyaki dia terlibat selepas terdapat banyak percanggahan maklumat.
Beberapa jam selepas pencarian dilakukan, anjing polis menemui mayat Kenenth, dan Vanalstyne didakwa melakukan pembunuhan darjah kedua. Ibu suspek, Brenda Vanalstyne memberitahu hakim anaknya mengalami gangguan bipolar. Kenneth dan dua adiknya tinggal bersama ibu saudara Brenda sejak lebih setahun lalu selepas ibu dan bapa kandung mereka hilang hak penjagaan anak. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment