Punca lelaki hadapi hukuman mati kemuka saman tuntut ganti rugi sebanyak RM8.37 juta | Seorang lelaki rakyat China yang dibebaskan selepas menunggu pelaksanaan hukuman mati selama enam tahun atas kesalahan membunuh dua orang kanak-kanak, bertindak mengemukakan saman di mahkamah menuntut kerajaan membayar pampasan berjumlah 15 juta yuan (RM8.37 juta). Nian Bin yang merupakan seorang pemilik gerai makan telah menjalani hukuman penjara selama lapan tahun dan menunggu hukuman mati selepas dia didapati bersalah meracun sehingga mati dua kanak-kanak pada 2008. Dia kemudian dibebaskan selepas sebuah mahkamah membatalkan keputusan hukuman mati terhadap Bin pada Ogos lalu.
Kes Bin melalui beberapa permohonan rayuan di mahkamah dengan peguamnya mendakwa, bukti yang ada tidak mencukupi untuk mensabitkan kesalahannya dan polis menyeksa anak guamnnya itu untuk mendapatkan pengakuannya. Akhbar China Daily yang memetik kakak Bin sebagai berkata, melaporkan Bin semalam memfailkan tuntutan ganti rugi berjumlah 15 juta yuan di mahkamah wilayah Fujian di timur China yang menangguhkan hukuman mati ke atasnya sebanyak tiga kali. Lelaki itu juga menuntut mahkamah membuat permohonan maaf terbuka di media.
“Kesengsaraan yang ditanggung selama lapan tahun (meringkuk di penjara) tidak boleh dibayar dengan wang,’’ kata kakaknya, Nian Jianlan, merujuk kepada penahanan adiknya sejak 2006. “Kami berharap dengan meminta ganti rugi dan permohonan maaf... hakim-hakim terbabit akan lebih menghormati kehidupan dan undang-undang,’’ katanya. Nian, 38, semasa perbicaraan memberitahu mahkamah bahawa polis telah menggantungnya di siling dan memukulnya sehingga dia mengaku bersalah, lapor akhbar itu. – AFP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment