Lagi masalah besar bagi mangsa banjir | Malang bagi mereka yang lewat menerima gaji bulanan apabila mendapati wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sudah kehabisan. Pengguna, Idris Abdullah, 45, dari Pasir Puteh tertekan apabila hasratnya untuk mengambil wang tidak kesampaian. "Saya singgah di 10 ATM bermula dari Pasir Puteh, Melor, Pasir Tumboh dan Kubang Kerian, namun usaha untuk mengambil wang tidak berhasil. "Saya harap pihak bank menyediakan wang yang mencukupi kerana keadaan banjir dan keperluan anak sekolah perlu diuruskan," katanya ketika ditemui di kawasan bank di Kubang Kerian, di sini. Sementara itu, pengguna, Zamilah Harun, 48, berkata, kehabisan wang di ATM bank menyukarkan pengguna.
"Banyak keperluan dapur dan masih ada yang belum membeli kelengkapan untuk anak-anak memulakan persekolahan awal Januari ini. "Tambahan pula sekarang ini banjir di Kelantan dan kami perlu ada bekalan makanan. Jadi wang sangat diperlukan," katanya. Bagi Mohd Faris Syahmi Mohd Yusof, 23, dari Kedai Lalat berkata, dia boleh membuat urusan pemindahan wang memandangkan menggunakan sistem. "Masalah paling kritikal di ATM bank musim banjir ini apabila pengguna tertekan kerana tidak dapat mengeluarkan wang yang disimpan di bank berkenaan. Kebanyakan ATM terputus bekalan elektrik dan sistem tergendala ," katanya. -SH
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment