Thursday, December 11, 2014

Wanita 64 tahun menyamar wanita muda untuk jadi kekasih seorang lelaki berusia 24 tahun



Wanita 64 tahun menyamar wanita muda untuk jadi kekasih seorang lelaki berusia 24 tahun | Seorang nenek berusia 64 tahun yang menyamar wanita muda ditangkap atas tuduhan menipu seorang lelaki berusia 24 tahun. Kejadian bermula apabila mangsa diberikan nombor telefon bimbit nenek itu enam bulan lalu. Apabila lelaki berkenaan menelefon nombor itu, nenek berkenaan mendakwa dia juga berusia 24 tahun dan mengirim gambar wanita muda kepada pemuda itu. Apabila mula jatuh cinta, lelaki itu mendesak untuk bertemunya, tetapi wanita itu menolak dengan alasan ibu bapanya tidak merestui hubungan mereka.

Dia bagaimanapun berjanji untuk melarikan diri dan berkahwin dengan pemuda itu sambil meminta wang berjumlah Rs30,000 (RM780), kononnya untuk membaiki rumah yang akan digunakan selepas perkahwinan itu. Lelaki itu pernah memasukkan Rs150,000 (RM4,000) ke dalam akaun yang diberikan wanita itu. Kerana bosan menunggu terlalu lama, lelaki itu membuat rancangan sulit dan akhirnya berjaya memperdaya ‘kekasihnya’ dan membolehkan mereka bertemu. Tetapi pertemuan itu berakhir dengan kekecewaan dan kemarahan apabila dia mendapati kekasihnya itu sebenarnya wanita berusia 64, sebaya dengan neneknya.- Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!