Sunday, January 19, 2014

Kemunculan beberapa ekor buaya besar mengemparkan penduduk



Kemunculan beberapa ekor buaya besar mengemparkan penduduk | Penduduk Kampung Tajung Hulu, Gang 86 Pontianak Timur, Kota Pontianak digemparkan dengan kemunculan beberapa ekor buaya besar di permukaan Sungai Landak dekat sini. Kemunculan buaya di sungai itu yang mengalir di kebanyakan daerah Kalimantan Barat membuatkan penduduk yang tinggal berhampiran tebing Sungai Landak hidup dalam ketakutan. Tribunnews.com melaporkan, penduduk mula mengesan kehadiran buaya-buaya bersaiz besar itu pada minggu lalu dan haiwan tersebut kembali dilihat pada Isnin lalu. Menurut penduduk, Ata Kasta, 46, buaya-buaya itu mengakibatkan penduduk kini takut untuk mandi di sungai.

"Buaya itu akan muncul secara tiba-tiba. Ia membuatkan penduduk berasa ketakutan. Kami bimbang reptilia itu akan membaham kami,'' katanya. Ata menambah, dua ekor buaya yang muncul di gigi air Sungai Landak minggu lalu kesemuanya berukuran panjang lebih tiga meter. "Yang pertama agak besar ukurannya, manakala yang muncul malam tadi pula agak sederhana saiznya,'' katanya. Ata menambah, sejak penemuan buaya bersaiz besar itu, dia bukan sahaja takut untuk mandi, malah tidak sanggup untuk membersihkan paip bomba yang berada di sungai tersebut. - Agensi




.

Beregu lelaki badminton negara buat kejutan



Beregu lelaki badminton negara buat kejutan | Beregu lelaki negara Goh V Shem-Lim Khim Wah membuat kejutan dengan merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2014 hari ini. Lebih manis lagi kejayaan sulung mereka itu disaksikan penyokong tempatan yang tidak putus-putus memberikan sorakan semangat untuk meranapkan peluang beregu China, Chai Biao-Hong Wei pada perlawanan final di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini. Pada perlawanan penuh mendebarkan itu, ketangkasan V Shem-Khim Wah berjaya menundukkan pencabar mereka dengan straight set 21-19 dan 21-18 dalam masa 45 minit. -BH




.

Bukti rumah pelacuran kian terdesak



Bukti rumah pelacuran kian terdesak | Polis Hong Kong menutup beberapa rumah pelacuran beroperasi di tandas awam yang diubahsuai di pusat beli belah, selain menahan berpuluh- puluh suspek dalam serbuan yang menyasarkan kumpulan jenayah, kata laporan semalam.


Pelacur dari China 

Pelacur dari tanah besar China didapati menjalankan operasi di rumah pelacuran yang didirikan di tandas pusat membeli belah di daerah Yeun Long, lapor South China Morning Post. Blok sempit seluas 14 meter persegi di tingkat dua bangunan pasar raya terbabit dijadikan tempat pelacur itu ‘bekerja’ dan tempat tinggal mereka. “Saya rasa ini adalah kali pertama polis menemui tandas awam yang dijadikan rumah pelacuran,” kata Ketua Inspektor, Law Kwok-hoi. Semuanya tujuh rumah pelacuran yang dibuat daripada kedai atau ruang pejabat yang kosong dan mereka mempunyai pelanggan tetap yang memberikan kod rahsia sebelum dibenarkan masuk, lapor akhbar itu.

“Satu siasatan menunjukkan lebih 100 pelanggan ke tujuh rumah pelacuran terbabit setiap hari,” kata Law sambil menambah setiap pelanggan dikenakan bayaran HK$250 (RM106) bagi setiap kali perkhidmatan seks. Polis dalam satu kenyataan berkata mereka menahan seramai 51 wanita dan 35 lelaki berusia antara 17 dan 72 dalam operasi selama dua hari Selasa lalu termasuk serbuan di lebih 20 lokasi. Polis turut merampas pisau, paip besi dan sejumlah kecil dadah dipercayai ketamin dalam serbuan itu. Mereka yang ditahan disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap. Mereka ditahan kerana tinggal melebihi tempoh, memeras ugut dan memiliki dadah secara haram. AFP




.

Remaja lari dari rumah selama setahun, akhirnya kembali di temui


Remaja lari dari rumah selama setahun, akhirnya kembali di temui | Gara-gara sering dipukul oleh bapanya, seorang remaja mengambil keputusan nekad lari dari rumah dan berjalan kaki dari kampung ke kampung selama hampir satu tahun untuk mencari tempat perlindungan. Yadal, 12, yang berasal dari Dusun Matangnga bertindak sedemikian dengan harapan dapat mencari keluarga angkat bagi membantunya meneruskan pembelajaran di sekolah. Ketika ditemui, Yadal berada dalam keadaan tidak bermaya dan dia kemudiannya dihantar ke balai polis berdekatan oleh penduduk tempatan.

Ketua Perkhidmatan Sosial Seksyen Pemulihan Gerat Mandar, Arfa Atco berkata, dalam satu sesi kaunseling bersama Yadal, anak kelapan daripada 10 orang adik-beradik itu mengaku sering dipukul oleh bapanya. "Kanak-kanak malang ini sebenarnya mangsa penderaan dan kerana itu, dia bertindak lari dari rumah meninggalkan keluarga dan kampung halamannya. Namun begitu, semangatnya untuk meneruskan pelajaran sangat tinggi,'' kata Arfa kepada Kompas.com baru-baru ini.

Menurut Arfa lagi, ibu bapa Yadal iaitu Dilang dan Ana sudah bercerai, dan ibunya kini tinggal bersama suami barunya di daerah Sidrap, Sulawesi Selatan sehingga menyebabkan kehidupan mereka adik-beradik tidak terurus. Buat sementara waktu, Yadal akan ditempatkan di pejabat Perkhidmatan Sosial Gerat Mandar sebelum dia dihantar ke rumah asuhan. Pihak berkuasa juga akan menguruskan surat pertukaran sekolah dan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak malang itu untuk membenarkan dia bersekolah di sini. - AGENSI




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!