Sunday, January 26, 2014

MY INDO CHICK - MARISSA




MY INDO CHICK - MARISSA | Sedari awal, memang Ray menjadi pilihan Indah Natasya. Meskipun lelaki itu punya karenah angkuh dan agak mengongkong, Indah tetap sabar dan tetap setia. Namun, kehidupan Indah berubah serta merta ketika menemui Gibran, seorang pengurus artis ketika membuat praktikal di Prime Rekod. Gibran memang sangat berbeza dengan Ray. Sikap Gibran memang mempersonakan Indah. Dan agak mengejutkan juga apabila dalam diam Gibran sudah jatuh cinta padanya, walaupun bakal berkahwin dengan wanita pilihan keluarga. Ya, Gibran memang minta untuk Indah membalas cintanya. Baginya Indah merupakan cinta pertamanya.

Hubungan cinta antara Ray dan Indah agak terganggu dengan kehadiran Lin, rakan Indah sendiri yang turut menyintai Ray. Didepan, Lin memburuk-burukkan Ray dengan harapan Indah akan melupakan Ray. Dan dibelakang pula, Lin berusaha memikat hati Ray.  Mana mungkin Indah tidak terasa hati dengan perlakuan Lin. Namun kesetiaannya pada Ray menbuatkan dia berhadapan keadaan itu dengan bijak dan tidak cepat melatah.

Satu kisah yang menarik, dan sebenarnya ketika membaca novel ini, tak sabar rasanya nak tahu siapakah yang bakal menjadi pilihan Indah. Ya, memang personaliti Gibran jauh lebih baik daripada Ray, namun sikap mengongkong Ray sebenarnya adalah untuk kebaikan Indah sendiri. Tahniah buat penulis, Kak Marissa yang berjaya menghasilkan satu lagi karya menarik untuk dijadikan koleksi peribadi lulu..



Tajuk : My Indo Chick 
Penulis : Marissa
Halaman : 438 muka surat
Harga : RM19/RM22




P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Tips : Jus tomato elak barah payu dara


Tips : Jus tomato elak barah payu dara | Minum segelas jus tomato sehari mungkin membantu wanita mengelak mendapat barah payu dara dan prostat. Wanita yang mengamalkan minum atau makan tomato dapat meningkatkan hormon dan dipercayai melindungi mereka daripada penyakit itu. Penyelidik Amerika Syarikat berkata, kelebihan makan banyak tomato dan produk berasaskan tomato walaupun untuk jangka pendek ia mampu memberi manfaat untuk kesihatan. Sebagai contoh, segelas jus tomato mengandungi kadar lycopene terutama berwarna merah terang dipercayai membantu mencegah barah prostat. Mereka yang tidak gemar jus tomato boleh mempelbagaikan cara penyediaan hidangan seperti dijadikan sup, menambah sesudu sos tomato dalam pasta setiap hari.


Tingkat paras hormon

Penyelidik Universiti Rutgers di New Jersey, mengukur paras hormon 70 wanita berusia 55 tahun ke atas sebelum dan selepas menambah pengambilan tomato selama 10 minggu. Mengikut laporan Journal of Clinical Endocrinology & Metabolisme, kadar lycopene dalam segelas jus tomato sehari meningkatkan paras hormon adiponectin kepada sembilan peratus, Kawal paras lemak Adiponectin mengawal paras lemak dan obesiti diketahui meningkatkan kemungkinan mendapat barah payu dara. Kebanyakan wanita kurus mempunyai kadar tinggi hormon terbabit. Penyelidik Adana Llanos berkata: “Penemuan itu menunjukkan kepentingan pencegahan obesiti. Mengamalkan diet kaya dengan tomato mempunyai kesan besar ke atas paras hormon dalam kalangan wanita yang mengekalkan berat badan ideal.” - AGENSI




.

Trend? Doktor muda raih untung tawar rawatan Botox kepada remaja


Trend? Doktor muda raih untung tawar rawatan Botox kepada remaja | Satu siasatan yang dijalankan oleh media Britain mendapati kebanyakan doktor meraih keuntungan dengan menawarkan perkhidmatan suntikan rawatan anti penuaan, Botox kepada golongan remaja semuda 16 tahun tanpa berasa malu. Dengan kos sehingga 170 pound (RM916), doktor yang terlibat dalam kegiatan tersebut memberikan perkhidmatan kontroversi itu kepada golongan remaja, walaupun kesan pengambilan suntikan itu pada usia muda boleh merosakkan otot muka. Siasatan yang dijalankan oleh media Mail on Sunday menerusi rakaman video secara rahsia juga mendedahkan, satu daripada enam klinik kecantikan yang dikunjungi memberi rawatan suntikan Botox kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun, walaupun doktor pakar jarang merawat pesakit berusia bawah 30 tahun.

Pendedahan itu menunjukkan kebanyakan remaja perempuan mengambil pendekatan menyuntik Botox ekoran kebimbangan wajah mereka akan berkedut apabila meningkat dewasa. Rakaman terbabit turut mendedahkan kenyataan seorang doktor yang mengakui aktiviti tidak bermoral itu memberi keuntungan secara mudah kepadanya. Seorang lagi doktor kecantikan di Harley Street, mengakui dia bimbang untuk merawat seorang pesakit berusia 17 tahun dengan kaedah Botox kerana ia menyalahi etika kedoktoran. Namun, prosedur rawatan itu tetap diteruskan kerana keuntungan yang diperolehi dengan mudah.

Pendedahan berkenaan dibuat sehari selepas Menteri Kesihatan Dr. Dan Poulter berjanji untuk mengambil tindakan bagi melindungi golongan belia. Katanya, golongan tersebut menerima tekanan yang kuat untuk mengubah cara hidup mereka dan kerajaan perlu menggalakkan mereka agar mengamalkan cara hidup sihat. "Memberi rawatan Botox kepada remaja berusia bawah 18 tahun merupakan tindakan yang tidak bermoral dan menyalahi etika.

"Saya difahamkan pihak berkuasa dalam bidang kesihatan turut bimbang dengan gejala itu dan kami akan mengambil tindakan bagi melindungi golongan terbabit," katanya. Botox merupakan sejenis toksin yang boleh melumpuhkan otot secara sementara, sekali gus mengurangkan kadar kedutan pada tubuh manusia. Namun, pakar kesihatan memberi amaran bahawa tiada bukti menunjukkan rawatan Botox yang diambil pada usia remaja boleh mengurangkan kadar kedutan apabila mereka meningkat dewasa. - AGENSI




.

Adakah itu benar-benar matahari?


Adakah itu benar-benar matahari? | SUSULAN kabus tebal yang menyelubungi Bejing sejak beberapa hari lalu, sebuah skrin televisyen komersial besar telah disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat matahari terbit secara maya. Menurut laporan Daily Mail, penduduk sanggup meninggalkan kediaman dengan memakai topeng muka semata-mata untuk melihat suasana tersebut yang dipaparkan menerusi skrin futuristik gergasi. Difahamkan, tahap pencemaran udara di negara itu semakin teruk sehingga monitor pencemaran udara mengeluarkan amaran mengarahkan penduduk tidak keluar dari rumah sehingga kualiti udara pulih.

Pihak berkuasa Beijing berkata, jerebu teruk itu turut mengurangkan tahap penglihatan untuk beberapa ratus meter sehingga semalam. Susulan daripada itu, Datuk Bandar Beijing memutuskan untuk mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak 2.6 juta tan, selain memperuntukkan 15 bilion yuan (RM8 bilion) sebagai inisiatif bagi mengatasi masalah pencemaran udara di negara terbabit. Kerajaan turut mengambil langkah menutup 8,347 syarikat dalam usaha untuk menangani masalah pencemaran itu. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!