Wednesday, February 12, 2014

Orang yang memiliki kereta, tv dan komputer berisiko untuk jadi gemuk


Orang yang memiliki kereta, tv dan komputer berisiko untuk jadi gemuk | Orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan, kata penyelidik. Makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis, kata penyelidik.

Hasil kajian Hasil kajian dalam Jurnal Perubatan Kanada itu menyatakan rakyat di negara yang meniru gaya hidup Barat perlu berhati-hati bagi mengelak bahaya kesihatan. “Dengan meningkatnya kemudahan di zaman moden ini seperti televisyen, kereta dan komputer, kadar obesiti dan kencing manis juga semakin meningkat di negara berpendapatan rendah dan sederhana sama seperti di negara berpendapatan tinggi,” kata penulis Scott Lear dari Universiti Simon Fraser. “Ini boleh membawa kepada potensi masalah kesihatan yang besar di negara ini.” AFP



.

2 wanita mahu diiktiraf sebagai anak Nelson Mandela


2 wanita mahu diiktiraf sebagai anak Nelson Mandela | Keluarga dua wanita yang mahu diiktiraf sebagai anak kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela menghubungi peguam yang menjaga wasiat pemimpin antiaparteid itu, namun bukan untuk menuntut harta mendiang. Seorang peguam yang menjaga harta Mandela, Michael Katz berkata, beliau menerima surat dari keluarga Onica Mothoa dan Mpho Pule yang mendakwa mereka adalah anak kepada Mandela semasa pemimpin tersebut berkahwin dengan isteri pertamanya, Evelyn Mase. Katz berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama peguam lain yang mendedahkan butiran wasiat berkenaan, minggu lalu. “Mereka membuat tuntutan bahawa mereka merupakan keturunan Madiba.

Tuntutan itu juga bukanlah tuntutan kewangan,’’ kata Katz yang menggunakan nama keturunan Mandela. Spekulasi bahawa Mandela mempunyai hubungan intim dengan wanita lain semasa perkahwinannya dengan Mase telah tersebar sejak bertahun-tahun lalu. Akhbar Afrika Selatan, The Star melaporkan, Mothoa tidak kisah tentang harta pusaka Mandela, namun mahu diiktiraf sebagai anak pemimpin itu, malah dia telah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan dakwaannya.

Seorang lagi wanita, Mpho Pule, 63, meninggal dunia akibat angin ahmar pada 2009 selepas cuba menghubungi Mandela sebagaimana laporan akhbar Mail dan Guardian pada 2010. Pule memulakan usaha membuktikan dakwaannya dengan cuba bertemu Mandela pada 1998 selepas neneknya memberitahu bahawa pemimpin itu merupakan bapanya. Sementara itu, Yayasan Nelson Mandela memberitahu, Mandela mempunyai enam orang anak dengan tiga daripadanya meninggal dunia. Bagaimanapun, nama Mothoa dan Pule tidak tersenarai dalam susur galur keluarga Mandela. - AP




.

Reaksi pelakon Keith Foo, Ketika ditanya perasaannya melakonkan watak Tengku Adam Kamil seorang islam



Reaksi pelakon Keith Foo, Ketika ditanya perasaannya melakonkan watak Tengku Adam Kamil seorang islam | Pelakon yang kini semakin meniti populariti dikalangan peminat Melayu, Keith Foo bersyukur kerana diberi peluang melakonkan watak sebagai orang Islam dalam drama fenomena di TV3, 'Ariana Rose'. Memengang watak sebagai Tengku Adam Kamil, kata aktor kacukan Cina-India ini, dia Bukan sekadar menghidupkan karakter tersebut tetapi secara tidak langsung dia juga dapat belajar sikit sebanyak mengenai agama Islam. "Bawa watak sebagai muslim, saya bukan sekadar berlakon. Tapi dalam masa sama saya juga dapat belajar sikit sebanyak tentang agama Islam. Malah sebelum masuk ke set, kalau ada babak berdoa, saya selalu tanyakan kepada pengarah dan kru produksi kenapa saya kena lakukan macam tu, supaya nanti saya tak salah sampaikan mesej.

 "Saya bersyukur dapat mainkan watak ni. Kalau sekiranya nanti kawan-kawan saya yang bukan beragama Islam ada bertanya tentang apa-apa yang berkaitan dengan Islam, saya boleh tolong jawabkan setakat mana yang saya tahu dan faham. "Siapa tahu, kalau lakonan saya juga boleh buka hati orang bukan Islam untuk memeluk Islam", katanya ketika ditemui pada Tayangan khas 'Ariana Rose' sempena Drama Festival KL, bertempat di pusat membeli belah One Utama, petang semalam. Keith berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi apabila ada segelintir pihak mempertikaikan lakonan dalam drama bersiri terbitan Pena Creative itu. Ini kerana, watak tersebut adalah seorang yang beragama Islam dan memerlukannya bersolat serta membaca Al-Quran dan perkara ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak memandangkan Keith bukan seorang yang beragama Islam.
 
Menurut jejaka yang semakin fasih berbahasa Melayu ini lagi, agama Islam sebetulnya bukan lah asing bagi dirinya. Bahkan sebelum ini, sewaku kerjaya lakonannya tertumpu di Indonesia, dia pernah beberapa kali membawakan watak sebagai orang Islam. Selain tu Keith juga berkata, agama Islam bukan sesuatu yang baru dalam keluarganya kerana kakaknya seorang mualaf. "Semasa di Indonesia, saya juga pernah bawakan watak orang Islam dalam beberapa telemovie. Tapi sebelum melakonkan watak tersebut saya banyak bertanya tentang banyak perkara kepada ramai orang kerana saya tahu ia satu isu yang sensitif. "Kakak saya pun sebenarnya seorang mualaf. Jadi agama Islam tidak lah asing dalam keluarga saya sebab kami dah biasa melihat cara hidup kakak dan abang ipar saya", katanya. Sementara itu Keith turut meluahkan rasa gembira apabila mendapat reaksi positif daripada ramai peminat drama tempatan terhadap lakonannya dalam drama yang turut menampilkan Nur Fathia Latif juga sebagai Ariana Rose.

 "Tak sangka feedback dari peminat sangat positif. Saya gembira dengan sokongan peminat. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berikan lakonan yang lebih baik lagi selepas ini. Saya akui, saya masih banyak lagi kelemahan dan masih kaku", katanya yang diikerumini ramai peminat sebaik saja dia muncul di pusat membeli belah dimana acara festival itu sedang berlangsung, semalam. Anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan ini sebelum ini sedia dikenali sebagai model dan pelakon selama 10 tahun di Indonesia. Bagaimanapun tahun lalu dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia kerana mahu menjaga kedua orang tuanya sambil meneruskan karier lakonannya di sini. Perkembangan lain, Keith bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie berjudul 'Di Atas Kertas' dan 'Salju Putih' tidak lama lagi. - mD




.

Pasangan suami isteri enggan gugur kandungan walaupun kandungan disahkan bakal lahir 'pelik'


Pasangan suami isteri enggan gugur kandungan walaupun kandungan disahkan bakal lahir 'pelik' | Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak. Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar. “Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar,” kata Renee. Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang kaki dan tangan selain satu badan dan semua organ dalaman sempurna termasuk jantung.Doktor sebelum ini menasihatkan kandungan itu digugurkan bagi mengelak anak berkenaan menghadapi kesukaran kelak kerana dianggap pelik.

Sebaliknya pasangan itu tegas mahu membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dikelilingi orang yang menyayanginya. Imbasan jelas menunjukkan dua muka bayi berkenaan masing-masing dengan mata, hidung dan mulut yang lengkap. “Kandungan ini kini berusia 19 minggu dan sihat dengan degupan jantung serta otak yang kuat,” kata Renee dalam rancangan A Current Affair - In Both Brains. Keadaan itu dikenali sebagai kraniofasial hiperhidrosis adalah sejenis kes kembar siam ekstrem dan terlalu jarang dilihat, malah hanya 35 kes direkodkan setakat ini. Tidak satu pun mampu hidup melepasi usia kanak-kanak.


Kemungkinan itu tidak menggugat semangat pasangan terbabit, malah mereka berazam membesarkan bayi itu bersama tujuh anak mereka. “Keluarga kami sangat rapat dan kami percaya mampu melindungi bayi ini tidak kira apa pun kecacatannya. “Pada kami menggugurkannya perbuatan tidak bermoral. “Anak ini tiada bezanya dengan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau sindrom Down. “Bayi ini sihat dan membesar elok dalam kandungan. Tidak wajar ia digugurkan,” kata Howie. Sementara itu, pakar obstetrik Greg Kesby berkata, ini kali pertama dia melihat kes seumpama itu.- Agensi





.

Dua pelajar kolej berkhalwat di sebuah hotel bajet


Dua pelajar kolej berkhalwat di sebuah hotel bajet | Dua pelajar kolej swasta didenda RM1,400 oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, semalam atas pertuduhan berkhalwat di sebuah hotel bajet, tahun lalu. Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Fakhrullah Mohamad, 23, dan Nur Syahira Athirah, 21, selepas mereka mengaku salah atas pertuduhan itu. Kedua-dua tertuduh turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.

Terdahulu, dalam rayuan bertulis untuk mengurangkan hukuman, mereka yang tidak diwakili peguam mengakui sudah memberikan kerjasama yang baik ketika pemeriksaan dijalankan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA). Mereka juga memberitahu mahkamah merancang untuk berumah tangga hujung tahun ini, namun belum menetapkan tarikh selain bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. -HM




.

Gambar mesra Presiden Barack Obama dan Beyonce yang dikatakan ada hubungan cinta secara sulit


Gambar mesra Presiden Barack Obama dan Beyonce yang dikatakan ada hubungan cinta secara sulit | Media Perancis heboh mendakwa wujud hubungan percintaan antara Presiden Barack Obama dan bintang popular Beyonce. Desas-desus hubungan sulit antara mereka - yang masing-masing sudah berkeluarga - kali pertama diuar-uarkan di stesen Eropah 1 pagi semalam.


Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Pengarah Komunikasi akhbar Washington Post Kristine Coratti yang dikatakan bakal mendedahkan hubungan berkenaan. “Dakwaan itu palsu. Washington Post tidak akan menyiarkan kisah seperti itu,” katanya. Beyonce mempersembahkan lagu ‘America the Beautiful’ ketika majlis pelantikan Presiden Obama pada 2009 selain turut menghiburkan tetamu ketika ulang tahun ke-50 isterinya Michelle di Rumah Putih, bulan lalu.


Khabar angin sebelum ini mengatakan perkahwinan Obama dan Michelle bermasalah berbanding hubungan kukuh Beyonce dan suami, penyanyi rap Jay Z. Sementara itu, jurugambar Pascal Rostain yang mendedahkan hubungan antara Presiden Francois Hollande dan pelakon Julie Gayet baru-baru ini mendakwa gambar Obama bersama Michelle menunjukkan mereka semakin renggang dan perkara itu akan didedahkan dalam Washington Post. Bagaimanapun, apabila disoal lagi mengenai desas-desus itu, dia mendakwa ia sekadar ‘satu gurauan.’ - Agensi





.

Perasaan Puteri Sarah Liyana menjelang perkahwinannya dengan pengarah, Syamsul Yusof



Perasaan Puteri Sarah Liyana menjelang perkahwinannya dengan pengarah, Syamsul Yusof | Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 28, berkata, dia tidak tertekan walaupun tarikh perkahwinannya dengan pengarah filem, Syamsul Yusof, 30, akan berlangsung kurang sebulan lagi. Kata Puteri Sarah Liyana, persiapan majlis perkahwinannya juga hampir 60 peratus siap. "Benar, kami akan bernikah pada 8 Mac ini. Buat masa ini, persiapan majlis itu banyak dibantu keluarga dan rakan. "Saya tidak tertekan dan masih bekerja sehingga ke hari ini. Saya juga belum pasti bila akan bercuti menjelang tarikh itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!