Monday, February 17, 2014

Pelakon, Leonardo DiCaprio Jadi Presiden Amerika



Pelakon, Leonardo DiCaprio Jadi Presiden Amerika | Aktor terkenal, Leonardo DiCaprio bercadang memegang watak sebagai bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Theodore Roosevelt untuk filem terbaharunya. DiCaprio bersama pengarah filem, Martin Scorsese sedang merangka perancangan untuk menghasilkan filem itu. Filem itu berdasarkan jalan cerita buku biografi, The Rise of Theodore Roosevelt yang diterbitkan pada 1979 dan pernah memenangi anugerah The Pulitzer Prize. Namun, DiCaprio berasa bimbang tentang penerimaan orang ramai terhadap filem berunsur politik itu, selepas filemnya, J. Edgar yang berkisar tentang bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang ditayangkan pada 2011 tidak mendapat kutipan memberansangkan.- AGENSI




.

Lelaki jual anak untuk mendapatkan wang bagi menyertai pertandingan bakat


Lelaki jual anak untuk mendapatkan wang bagi menyertai pertandingan bakat | Seorang lelaki, Zhou dipenjara lima tahun selepas menjual anaknya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membolehkan dia menyertai satu pertandingan bakat. Zhou menyertai pertunjukan bakat tahun lalu tetapi gagal memasuki pusingan akhir selepas menghabiskan wang untuk membayar yuran penyertaan dan kos pengangkutan. Lelaki itu yang amat gemar menyanyi tetapi tidak mempunyai modal, akhirnya mengambil keputusan menjual anaknya, supaya dia boleh menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian.

Dia mengiklankan di Internet mengenai hasrat untuk menjual anaknya berusia empat bulan, kononnya isterinya sudah meninggalkan mereka dan tidak berupaya membesarkan kanak-kanak itu bersendirian. Seorang wanita bersetuju membelinya dan dia menjual bayi itu dengan harga 10,000 yuan (RM5,400). Apabila isterinya menyedari anak mereka hilang, dia membuat laporan polis dan Zhou ditangkap selepas soal siasat. - Agensi




.

Misteri penemuan mayat pada tayar pesawat Airbus A340


Misteri penemuan mayat pada tayar pesawat Airbus A340 | Mayat seorang lelaki ditemui pada ruang tayar pendaratan pesawat Airbus A340 milik South African Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, di sini, menurut pihak berkuasa, kelmarin. Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang tersebut memaklumkan, penemuan menggemparkan itu dibuat oleh petugas pada jam 1.30 petang (waktu tempatan) selepas pesawat dari Johannesburg terbabit tiba di Dulles, Khamis lalu. Memetik laopran Reuters, susulan daripada insiden tersebut, pihak berkuasa termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai perlindungan sempadan telah dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, insiden terbabit tidak menjejaskan operasi di lapangan terbang tersebut. -AP




.

Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, ditemui mati di Sungai Tajin


Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, ditemui mati di Sungai Tajin | Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Muda, 35, yang dilaporkan hilang dan tidak pulang sejak keluar rumah malam Jumaat lalu ditemui mati di Sungai Tajin, Hulu Terengganu, pagi tadi. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang kebetulan memancing di sungai itu sebelum memaklumkan kepada polis jam 11.45 pagi tadi. Sabtu lalu, isteri mangsa, Noorul Shazrina Shafiee membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu mengenai kehilangan mangsa. Susulan laporan itu, poli s yang membuat siasatan menemui kereta Audi milik mangsa di depan pejabat Syarikat Air Terengganu cawangan Hulu Terengganu pagi kelmarin. Polis yang membuat siasatan menemui kereta Audi milik mangsa di depan pejabat Syarikat Air Terengganu. -BH





.

CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA - ANIA MALNA




CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA - ANIA MALNA | Kisah menarik ditampilkan oleh penulis, mengenai cinta antara dua insan yang berbeza budaya dan agama. Siapa boleh tahan takdir yang ditentukan oleh-Nya, apabila Aimin Hazwani jatuh hati dengan seorang lelaki berasal dari Korea, Son Mun Hyuk. Walaupun sudah diingatkan oleh ayahnya, untuk tidak jatuh hati dengan orang di Korea ketika dia menuntut disana, sungguh Aimin tidak dapat menidakkan perasaan cinta antara mereka. Sesungguhnya, Aimin sedar perbezaan budaya dan agama diantara mereka. Aimin juga tahu, bahawa impian mereka untuk hidup bersama dalam perkahwinan, terlalu mustahil untuk jadi kenyataan.

Sekembalinya Aimin di Malaysia, dengan menyembunyikan hubungan mereka, keluarga Aimin pula berkenan untuk mengahwinkan Aimin dengan anak kenalan mereka, Adha, yang jelas juga menyimpan hati pada Aimin. Aimin memang serba salah, baginya, cintanya pada Son Min Hyuk takkan berpindah untuk mana-mana lelaki lain.

Betapa kuatnya hati Aimin untuk melupakan Son Min Hyuk, semakin kuat pula rasa cinta antara mereka. Dalam diam seseorang menghantar gambar mereka berdua kepada ayah Aimin, dan membuatkan Ayah dan seluruh keluarga mengamuk. Bagi mereka Aimin telah menjadi anak derhaka kerana tidak mendengar kata orang tua. Akur memilih keluarga dari cintanya, Aimin redha dinikahkan dengan Adha. Namun dalam satu kejadian yang tak tersangka, Aimin koma dihospital, dan dalam koma, dia terdengar bacaan yasin yang sangat merdu.. setiap hari di bilik hospital itu..



Tajuk : Cintaku Tertinggal Di Korea
Penulis : Ania Malna
Halaman : 702 muka surat
Harga : RM26/RM29







P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




* Bagi peminat kpop ataupun Korea, jom baca novel ni ^__^





.

Kenali Tasik Laut Salton dengan pemandangan indah namun aneh



Kenali Tasik Laut Salton dengan pemandangan indah namun aneh | DARI jauh, tiada perkara yang ganjil kelihatan pada tasik Laut Salton di California, Amerika Syarikat (AS) melainkan pemandangan air yang kebiruan-biruan dan pasir yang memutih. Bagaimanapun, pemandangan indah itu sebenarnya merupakan ilusi anda semata-mata kerana hakikat sebenar ialah air tasik di situ sebenarnya berwarna coklat dan warna biru itu adalah pantulan daripada awan. Selain itu, tebing tasik Laut Salton yang kelihatan seperti pasir pantai yang memutih sebenarnya ialah tulang hancur daripada jutaan ikan yang mati di situ sejak puluhan tahun lalu. Malah, anda tidak boleh mengabaikan bau busuk di situ yang diibaratkan seperti sebuah pasar besar yang hanya menjual ikan-ikan busuk dan rosak. Apa yang berlaku di Tasik Laut Salton itu sebenarnya berpunca daripada satu kemalangan. Tasik itu terbentuk pada 1905 apabila sebuah projek terusan daripada Sungai Colorado pecah selepas hujan lebat mengakibatkan air keluar daripada tebing terusan.

 Keadaan itu mengakibat berjuta-juta gelen air mengalir keluar ke kawasan rendah lalu membentuk takungan yang terdapat di gurun California. Laut Salton turut mempunyai zaman kegemilangannya pada sekitar 1950-an dan 1960-an sehingga menjadi tumpuan pelancong dan digelar sebagai ‘keajaiban padang pasir’. Malah, ia turut menjadi lokasi pilihan selebriti pada ketika itu seperti Beach Boys dan Sonny Bono untuk mandi dan bermain bot laju sehingga pemaju hartanah berlumba-lumba untuk memajukan kawasan itu. Malang sekali, kemasyhuran Laut Salton hanya bersifat sementara selepas tasik buatan itu mengumpulkan garam, baja dan racun serangga daripada kawasan pertanian berhampiran tasik. Keadaan itu mengakibatkan air Laut Salton, 30 peratus lebih masin berbanding Laut Pasifik sehingga pada sekitar 1970-an, menyebabkan tasik itu tidak lagi mampu menjadi habitat kepada sebarang hidupan.


Keadaan itu mengakibatkan kawasan tebing tasik dibanjiri dengan jutaan bangkai-bangkai ikan sekali gus menjadikan kawasan itu mula dilupakan. Menurut seorang pengembara yang melawat kawasan itu, Jamie Lee, dia mengunjungi semula Muzium Pisang Antarabangsa dan Muzium Sejarah Laut Salton di situ baru-baru ini dan ternyata, ia tidak lagi beroperasi. Bagaimanapun, kawasan sekitar Laut Salton masih mampu menarik perhatian pengarah filem dokumentari atau mereka yang suka kepada ‘pelancongan bencana’. Namun menurut laporan BBC, keadaan di sekitar Laut Salton seperti tulang ikan mahupun airnya merupakan perkara yang tidak perlu ditakuti. Apa yang perlu dibimbangkan adalah apabila tasik itu kering kerana dikhuatiri ia akan menghasilkan awan debu toksik di sekitar California Selatan. Untuk itu, kerajaan AS dilihat mula mempertimbangkan pelbagai kemungkinan untuk membangunkan semula kawasan itu bagi tujuan penghasilan tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan hartanah. - AGENSI





.

Chef restoran menggelarnya ‘Porno makanan'



Chef restoran menggelarnya ‘Porno makanan' | Jika anda cuba untuk mengambil gambar hidangan makan malam anda di restoran mewah Perancis selepas ini, jangan terkejut jika seorang chef menyerbu keluar dari dapur dengan marah. Bosan dengan sikap sesetengah pengunjung yang merakamkan gambar melalui telefon pintar mereka untuk dimuatkan dalam rangkaian sosial, beberapa restoran pilihan Michelin Perancis ini cuba untuk menghalang apa yang disifatkan mereka sebagai ‘porno makanan’. Penulis blog makanan dan beberapa chef bagaimanapun mempertahankan gambar terbabit sebagai publisiti percuma tetapi bagi kebanyakan chef mereka menyifatkan perkongsian itu sebagai ‘melampau.’ Rehat untuk pelanggan “Ada sesuatu tempat dan masa untuk semuanya,” kata Alexandre Gauthier, chef di La Grenouillere di bandar utara La Madelaine-sous-Montreuil. “Kami cuba memberikan pelanggan kami rehat seketika dalam hidup mereka. Untuk itu, anda perlu menutup telefon bimbit anda,” katanya.

 Sebaik mengenakan larangan mengambil gambar di restorannya secara rasmi, Gauthier meletakkan imej kamera dengan tanda palang pada menu beliau. “Orang ramai kini tidak mahu berenggang dengan telefon,” katanya. “Sebelum ini mereka mengambil gambar keluarga, nenek tetapi kini gambar makanan pula,” katanya. “Ia tidak mengapa, tetapi kami adalah sebuah restoran yang tidak menggunakan lampu terang, jadi mereka terpaksa menggunakan ‘flash’. Setiap hidangan akan ‘menghentikan segala-galanya’ atau gambar diambil semula hingga tiga kali. “Ia kemudian dihantar ke Twitter, komen dibuat dan dibalas tetapi akhirnya hidangan menjadi sejuk.” Gilles Goujon, chef di L’Auberge du Vieux Puits yang dianugerahkan tiga bintang di bandar selatan Fontjoncouse berkata beliau semakin kecewa dengan kelemahan etika di kalangan jurugambar makanan amatur ini.

Katanya gambar makanan terbabit ‘menghilangkan kejutan’ sesetengah hidangan beliau dan ‘merampas sedikit harta intelektual’ beliau. Itu belum termasuk gambar yang diambil daripada telefon yang ‘tidak terlalu pintar’ yang hasilnya jarang sekali baik. “Ia tidak memberikan imej terbaik kerja kami. Malah menjengkelkan,” katanya. “Sukar untuk melarang sebenarnya. Saya cuba mencari cara terbaik untuk mengatakannya melalui menu tetapi belum menemui formula terbaik untuk membuatkan orang ramai tidak marah,” kata Goujan. -AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!