Friday, February 28, 2014

Cara menghentikan tabiat suka gigit kuku


Cara menghentikan tabiat suka gigit kuku | Sebahagian orang mempunyai tabiat menggigit kuku. Sekiranya ditanya, jawapan seperti ‘tabiat sejak kecil’, ‘susah dihentikan’, ‘tak boleh dikawal’ antara penyebab mereka masih gigit kuku walaupun usia meningkat dewasa. Kata mereka, menggigit kuku dapat menenangkan diri bila menghadapi tekanan ataupun perasaan bimbang. Pelbagai teknik dan petua ringkas boleh dicuba untuk mengurangkan tekanan sekali gus mengatasi dorongan untuk gigit kuku. Pilih terapi paling berkesan berkesan dalam mengurangkan tekanan yang mungkin menjadi akar masalah daripada kebiasaan menggigit kuku. Biasanya golongan ini akan menyatakan rasa tidak selesa jika ia dihentikan. Namun tahukah anda, tabiat gigit kuku boleh menimbulkan masalah lain seperti kuku rosak hingga menyebabkan hujung jari berdarah.


Kaji punca 

Mungkin pada awalnya anda hanya menggigit kuku sekadar suka-suka. Rasa bosan dan tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari. Bagi mereka yang tegar, banyak alasan khusus diberikan seperti kebosanan, ketakutan, tekanan, rasa cemas dan seumpamanya membuatkan mereka teruskan tabiat ini. Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan beritahu orang sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku.


Alih perhatian 

Selepas menyedari kelakuan anda, sebolehnya cuba alih perhatian dengan buatkan tangan ‘sibuk’ dengan aktiviti lain seperti bermain ‘game’ di telefon bimbit, menconteng buku atau buat tugasan lain yang relevan. Melakukan kebiasaan baru dapat membantu menghentikan tabiat ini. Tentunya kebiasaan baru yang dipilih adalah sesuatu yang baik, misalnya mengunyah gula-gula getah ataupun makan sesuatu yang ringan.


Rawatan 

Sesiapa yang ekstrim dalam hal ini boleh mengakibatkan kecederaan. Jari berdarah, kuku nipis dan terkopek, kehilangan kuku selain mengalami kerosakan kekal antara kesannya. Jika ia berlaku, maka sudah tiba masanya anda mendapatkan rawatan. Kebiasaan menggigit kuku (onychophagia) sebenarnya adalah sebahagian daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis gangguan obsesif kompulsif (OCD). Untuk mengatasi masalah ini, cuba rujuk kepada pakar dan lama-kelamaan pastinya ia akan hilang. Antara cara lain adalah dengan cara menjaga kuku secara rapi.


Sentiasa ada alatan ‘manicure kit’. 

Cuba untuk melakukan ‘manicure’ seminggu sekali. Mulakan dengan memotong kuku jika perlu dan kemudian membersihkan, melicinkan dan mencantikkan kuku. ‘Cacatkan’ rasa Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Perilaku ini biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku. Dengan mengoles krim atau sanitizer di tangan dan jari anda, pastinya ia akan mencipta rasa aneh bahan kimia dan membuatkan kemahuan terbantut untuk terus meng­gigit. Selain itu, anda boleh atasi masalah ini dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku. Jika anda berbelanja besar untuk kelihatan cantik mungkin buatkan anda fikir dua kali untuk merosakkannya.




.

Tabiat seks pelik akhirnya mendatangkan masalah pada pasangan suami isteri ini


Tabiat seks pelik akhirnya mendatangkan masalah pada pasangan suami isteri ini | Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya. Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini. Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks. Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.

Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga. Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi. “Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. -Agensi





.

Khabar terkini Abil selepas hampir setahun kehilangan isteri tercinta, Fauziah



Khabar terkini Abil selepas hampir setahun kehilangan isteri tercinta, Fauziah | Masih ingat lagi kisah cinta meruntun hati Abil-Fauziah yang disiarkan muka depan terbitan sulung Sinar Harian Edisi Isnin, 10 September 2012 lalu? Mengisahkan ketabahan seorang suami menjaga isterinya yang menderita penyakit saraf otak sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir, 2 April lalu. Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga Gee yang terlantar selepas diserang asma sehingga menyebabkan Gee mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. Kini hampir setahun berlalu, Abil atau nama sebenarnya, Abil Fikri Ahmad akui cintanya masih kuat buat Allahyarhamah Fauziah Muhamad sehingga saat ini. Menurutnya, sejak pemergian Fauziah atau lebih mesra dengan sapaan, Gee, beliau masih belum mendapat rehat yang mencukupi kerana memenuhi pelbagai undangan di seluruh negara.

“Sejak isteri saya meninggal, saya belum dapat rehat yang betul-betul. Seminggu selepas arwah meninggal, saya mendapat jemputan untuk beri ceramah. “Kemudian buku Warkah Buat Isteri baru siap, jadi saya agak sibuk mempromosikannya sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online. Berkongsi cerita lucu mengenai dirinya, Abil memberitahu mendapat gelaran Duda Idaman Malaya (DIM) daripada pengikut di blognya. “Mereka kata pada saya... ini bukan saya yang buat sendiri. Mereka panggil saya encik DIM iaitu Duda Idaman Malaya. Pembaca dah bagi, jadi saya hormati itu. Sedap juga nama itu,” katanya sambil tergelak kecil. Sejak beberapa bulan lalu, Abil akui sering diasak pertanyaan soal mencari pengganti. Bukan menolak jodoh, Abil memilih untuk 'meredakan' dahulu perasaannya.

"Perasaan cinta ini pada isteri saya walaupun dia sudah meninggal, terlalu kuat. Bukanlah saya menolak jodoh yang akan datang. Pada saya dia baru meninggal walaupun sudah hampir setahun dia pergi. "Berilah saya masa sedikit. Mungkin selepas April ini saya akan mula mencari (pasangan)," katanya. Menjelaskan lebih lanjut, Abil mengakui lewat mencari pengganti bagi mengelakkan fitnah meskipun usianya sudah mencecah 45 tahun. "Sebab kenapa saya lambat mencari pengganti adalah untuk menjauhkan fitnah mulut diri masing-masing. Kadang-kadang orang yang kata, tengok kubur isteri merah lagi... itu yang saya elak. "Saya selalu cakap pada keluarga terutama pada ibu saya. Nanti dululah mak. Jangan biar mereka buat dosa," katanya. Mengimbau detik pemergian Allahyarhamah Gee, Abil menyifatkan ia sebagai peristiwa paling sedih berlaku dalam hidupnya. "Masa itu, saya rasa kawan saya, sahabat saya dan isteri saya dah tinggalkan saya. Saya rasa saya sendirian. "Itulah saat paling sedih dalam hidup saya, saya tak pernah rasa sedih seperti itu," katanya sebak. Kini, Abil aktif memberikan ceramah motivasi kepada umum terutamanya berkaitan kekeluargaan. -SH




.

Reaksi penyanyi Aliff Aziz ekoran tersebar beberapa keping gambar mesranya dengan seorang gadis



Reaksi penyanyi Aliff Aziz ekoran tersebar beberapa keping gambar mesranya dengan seorang gadis | Kalau dilihat pada gambar, sukar untuk mempercayai penafian yang dibuat penyanyi muda Aliff Aziz. Gadis itu bukan kekasihnya...hmmm. Dalam kenyataan kepada portal Murai, Aliff Aziz telah menafikan beliau mempunyai apa apa hubungan istimewa dengan gadis berkenaan dan mendakwa semua gambar yang tersebar diambil ketika sambutan ulangtahun kelahirannya. “Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini” “Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga”


“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya,” jelas Aliff Aziz lagi.Penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku ini berkata demikian ekoran tersebar beberapa keping gambar mesra antara Aliff Aziz dengan seorang gadis itu di beberapa portal hiburan popular sekaligus menimbulkan spekulasi yang penyanyi itu kini sudah menemui calon teman hidupnya. Aliff juga berkata yang beliau kini tidak mempunyai teman wanita namun tidak menolak yang Shazleen merupakan antara wanita yang rapat dengan dirinya ketika ini. -MD





.

Kakitangan Poslaju terbunuh dalam satu kemalangan tragis


Kakitangan Poslaju terbunuh dalam satu kemalangan tragis | Dua kakitangan Pos Malaysia maut dalam keadaan tragis apabila lori Poslaju yang dinaiki mereka terbakar selepas merempuh sebuah treler di Kilometer 251.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini hari ini. Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.15 pagi itu, Mohd. Sharimi Mohd. Saad, 30, yang merupakan pemandu lori Poslaju berkenaan dan kelindannya, Hasmadi Safar, 37, terbunuh di tempat kejadian. Lebih mengerikan, mayat Mohd. Sharimi rentung 100 peratus berikutan mangsa tersepit dalam lori tersebut, manakala mayat Hasmadi yang berjaya dikeluarkan terbakar hampir 50 peratus. Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku apabila sebuah treler membawa muatan plastik melanggar sebuah lori yang membawa muatan baja di lebuh raya berkenaan dari arah selatan menuju ke utara.

"Pelanggaran itu mengakibatkan lori treler tersebut terbabas ke arah bertentangan sebelum terbalik dan dirempuh pula oleh lori Poslaju yang dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan. "Lori Poslaju tersebut terbakar dan pemandu serta kelindannya maut," katanya di sini hari ini. Tambah jurucakap itu lagi, pemandu lori treler terbabit, Mohd. Faiz Mesenan, 25, hanya cedera ringan. "Namun, pemandu lori muatan baja, Razak Baba, 42, dan kelindannya Shahrom Osman, 42, cedera parah dalam kemalangan ini. "Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan mayat mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Balai Seremban, Timbalan Penguasa Bomba, Mohd. Azlee Mohd. Arus memberitahu, pihaknya berjaya mengeluarkan kelindan lori Poslaju itu, namun gagal mengeluarkan pemandunya yang tersepit dalam kebakaran. "Seramai 39 anggota dari tiga balai bomba dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya. Kejadian tersebut mengakibatkan kesesakan hampir lima kilometer berikutan laluan lebuh raya berkenaan terpaksa ditutup bagi menjalankan kerja mengalih kenderaan dan pembersihan. -Utusan




.

Pekerja kilang bunuh diri kerana cinta ditolak


Pekerja kilang bunuh diri kerana cinta ditolak | Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri di pokok berhampiran kilang tempat kerjanya di Zon Perindustrian Bebas (FIZ), di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 20-an berasal dari Nepal ditemui dalam keadaan tergantung di pokok oleh seorang pengawal keselamatan sebelum dia memaklumkan kejadian terbabit kepada polis. Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang baru selesai bekerja di kilang berhampiran bertemu dengan teman wanitanya sebelum mereka dikatakan bertengkar.

“Hasil siasatan mendapati mangsa cuba berbincang mengenai hubungannya bersama teman wanitanya, namun cintanya ditolak wanita terbabit membuatkan dia kecewa. “Mangsa kemudian menggantung diri di atas pokok dengan kain hitam sebelum mayatnya ditemui seorang pengawal keselamatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian pekerja kilang itu. -HM




.

DIA... ISTERI LUAR BIASA - UMIE NADZIMAH




DIA... ISTERI LUAR BIASA - UMIE NADZIMAH | Disebabkan pengalaman pahit dan rumahtangga rakan baiknya punya masalah, Dewi Yusra mengambil keputusan untuk hidup tanpa seorang lelaki. Baginya kehadiran lelaki hanya menyusahkan dan suka ambil kesempatan keatas wanita.

Namun masalah besar timbul kerana dia perlukan anak darah dagingnya sendiri untuk mewarisi syarikat perniagaan Cik Nab a.k.a Nasi Ayam Bonda. Mahu tidak mahu, Dewi Yusra sanggup melakukan apa saja cara untuk mencapai tujuan itu. Pada Cik Kem (Kamarul yang auw), dia minta dicarikan suami 'sementara'. Pastinya lelaki itu seorang yang tulen, tinggi, macho, kacak, putih, gigi bersih berpelajaran, dan entah pelbagai syarat lagi. Calon itu harus yang terbaik, sebab dia juga nakkan waris dengan baka yang yang baik huhu.

Tiba-tiba Cik Kem ni meluahkan perasaan pada Dewi Yusra. Konon selama ini dia memang menyimpan hati tapi terpaksa memendam, dan berlakon jadi auww.. Sudah tentulah Cik Kem bukan pilihan Dewi Yusra. Pertemuannya dengan seorang lelaki, Raden Amzar membuahkan satu rasa yang sangat sukar dimengerti oleh Dewi Yusra. Tiba-tiba rancangannya sudah jauh melencong dek layanan first class oleh Raden Amzar yang bijak dan pandai mengambil hati. Namun begitu bukan mudah mencapai kebahagiaan dalam hubungan mereka..



Tajuk : Dia.. Isteri Luar Biasa
Penulis : Umie Nadzimah
Halaman : 616 muka surat
Harga : RM24/RM27




P/S - Recommended by Lulu Caldina




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!