Wednesday, March 5, 2014

Kanak-kanak 2 tahun didera dengan kejam hanya kerana tidak pandai ke tandas



Kanak-kanak 2 tahun didera dengan kejam hanya kerana tidak pandai ke tandas | SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun maut didera teman lelaki ibunya hanya kerana tidak pandai ke tandas. Kanak-kanak malang itu, Tanilla Warrick Deaves dipukul hingga mati oleh Warren James Ross, 30, di rumah teman wanitanya di Central Coast, New South Wales, Australia. Menurut polis tempatan, Tanilla dirotan, dihantukkan kepala pada cermin kaca di dalam tandas dan di pintu almari. “Mangsa dibelasah hingga tidak sedarkan diri lalu diletakkan di dalam kereta sorong selama dua hari hingga dia menemui ajal,” katanya.

 Beliau berkata, ibunya Donna Deaves turut didakwa kerana tidak meleraikan perbuatan kejam teman lelakinya itu. “Ibunya juga sangat kejam kerana tidak mahu memberikan rawatan kecemasan selepas anaknya tidak sedarkan diri,” katanya. Selepas mendengar hujah pertuduhan, Dipetik Sydney Morning Herald, Mahkamah Sydney mendapati, Donna bersalah kerana bersubahat melakukan pembunuhan dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun namun ia dikurangkan kepada sembilan tahun selepas dia bersetuju memberikan keterangan terhadap perbuatan kejam teman lelakinya itu.

Warren pula kekal dengan tuduhan bersalah kerana membunuh kanak-kanak itu namun sepanjang perbicaraan, dia tetap tidak mengaku bersalah dan turut memaki hamun petugas media yang membuat liputan sepanjang perbicaraannya itu. -AP




.

MR. R mendedahkan diri dan permintaan Hanez Suraya terhadap isteri kekasih, dalam sidang media


MR. R mendedahkan diri dan permintaan Hanez Suraya terhadap isteri kekasih, dalam sidang media | Pelakon Hanez meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka. Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon. "Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya secara terbuka. "Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.


"Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," katanya.Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang. Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada Rabu. Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha, 34, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar. Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai. Situasi bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.


Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain. Dalam sidang media yang sama, Romie pula berasa agak terkejut apabila kontroversi tersebut tersebar selain perbuatan isterinya membuat kenyataan di media. "Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku. Sebelum saya mengenali Hanez lagi. "Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi," tegasnya. Hasil perkahwinan Nurliyana dengan Romie Razin, mereka dikurniakan dua orang anak yang berusia antara dua dan lapan tahun. -Mstar





.

Gambar Air terjun Niagara (Niagara Falls) membeku


Gambar Air terjun Niagara (Niagara Falls) membeku | Buat kali kedua pada musim sejuk ini, air terjun Niagara di bahagian timur Amerika Syarikat ‘terhenti’ apabila enam juta kaki padu air menjadi beku. Aliran air di lokasi itu selalunya mampu menahan suhu sejuk ekstrem yang melanda kawasan berkenaan.


Bagaimanapun, semalam, air terjun itu beku selepas suhu sejuk mencecah -24 selsius. Keindahan pemandangan itu berjaya dirakamkan jurugambar yang berada di situ. Cuaca dijangka terus kekal sejuk untuk beberapa hari lagi.


Ini bererti air terjun berkenaan mungkin terus beku buat sementara waktu. Januari lalu, cuaca sejuk ekstrem turut mengakibatkan pusaran kutub menyebabkan air terjun berkenaan beku. - Agensi




.

Pelakon sinetron, Dude Harlino bakal menamatkan zaman bujang



Pelakon sinetron, Dude Harlino bakal menamatkan zaman bujang | TIDAK lama lagi, pasangan sama cantik ini bakal menamatkan zaman bujang mereka. Tidak seperti lelaki lain, Dude Harlino mengakui dia tidak merasa gemuruh untuk menempuh saat pernikahan itu nanti bersama pasangannya, Alyssa Soebandoro. Katanya, perasaan itu dapat dikawal kerana dia mengamalkan doa setiap kali selepas solat. “Cepat atau lambat, saat itu pasti akan muncul. Jadi, buat apa saya mahu bebankan fikiran saya untuk memikirkan ke arah negatif. “Lebih baik saya berdoa agar majlis itu berjalan dengan lancar,” kata bintang sinetron ini.



.

Apa yang terjadi pada ratusan Al-Quran di Masjid Kampung Limbongan, Jerteh?


Apa yang terjadi pada ratusan Al-Quran di Masjid Kampung Limbongan, Jerteh? | “Saya tergamam sebaik tiba di masjid untuk solat Subuh pagi tadi (semalam) apabila melihat ada anggota polis dan menyangka ada sesuatu yang buruk berlaku,” kata Imam Masjid Kampung Limbongan Deraman Che Mat, 60. Bagaimanapun, katanya selepas masuk ke dalam masjid dia tersentak melihat ratusan al-Quran bertaburan di lantai, tangga dan paling menyedihkan ada yang dibuang dalam mangkuk tandas. Menurutnya, beliau yang tiba di masjid itu kira-kira jam 5.30 pagi, tidak menyangka ada manusia sanggup melakukan perbuatan terkutuk melemparkan al-Quran di merata tempat termasuk dalam tandas.

“Selain al-Quran bertaburan, dua kipas dan cermin pintu masuk ruang solat utama juga pecah. Paling menakutkan terdapat kesan tompokan darah di hamparan,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, semalam.Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta orang ramai tidak percaya dengan penyebaran gambar kononnya suspek kes berkenaan yang parah dibelasah selepas ditangkap dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu di laman sosial kerana masjid berkenaan tiada mempunyai CCTV. -HM




.

Misteri sepasang lelaki dan perempuan bunuh diri dalam kereta di pusat riadah


Misteri sepasang lelaki dan perempuan bunuh diri dalam kereta di pusat riadah | Sepasang lelaki dan perempuan dipercayai membunuh diri di dalam sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz di pusat riadah Taman Metropolitan, Batu Muda, petang tadi. Kedua mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkan kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil siasatan awal pihaknya percaya pasangan terbabit membunuh diri berdasarkan kepada bau gas di dalam kenderaan berkenaan. Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini kes diklasifiksikan sebagai mati mengejut. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!