Friday, March 7, 2014

Gambar wanita China dapat ‘kaki baru, ganti kaki yang terbantut’



Gambar wanita China dapat ‘kaki baru, ganti kaki yang terbantut’ | Seorang wanita China yang menghidap jangkitan tulang sejak kecil berjaya memiliki semula bentuk kaki asalnya selepas menjalani pembedahan memasukkan lutut dan sendi pinggul tiruan di kaki kirinya, yang dijalankan selama setahun. Xu Juan, 21, yang menghidap penyakit itu sejak kecil mengakibatkan perkembangan kaki kirinya terbantut sehingga 23 sentimeter (cm) berbanding kaki kanannya. Masalah yang dialami Juan itu bertambah buruk dengan faktor kekurangan kemudahan perubatan di kampungnya ketika itu hingga mengakibatkan tulang paha kakinya ‘dimakan’ bakteria. Keadaan itu mengakibatkan kaki kiri Juan menjadi pendek berbanding kaki kanannya, sekali gus memaksa gadis berkenaan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

 Sejak itu, ibu bapa gadis itu telah berusaha menyimpan berdikit-dikit bagi membiayai kos pembedahan kaki anaknya itu. Sementara itu, doktor yang merawatnya, Dr. Hu Yihe berkata, keadaan kaki gadis itu agak rumit kerana dia bukan sahaja mempunyai satu kaki yang pendek, malah pinggul dan lutut Juan tidak membesar dan ia perlu diganti. "Oleh itu, kami menjalankan dua fasa rawatan iaitu fasa pertama bagi memanjangkan kaki kirinya dan menjadikan kedua-dua kakinya sama panjang. "Fasa kedua melibatkan pembedahan untuk menggantikan sendi lutut kiri dan sendi pinggul kirinya,’’ kata Yihe, sebagaimana lapor Daily Mail. Rawatan Juan akhirnya tamat pada penghujung bulan lalu dan menurut Dr. Hu, Juan dipercayai dapat berjalan secara normal tidak lama lagi selepas dia menjalani proses pemulihan. -AP



.

Pelajar usia 8-9 tahun ditangkap hisap ganja disekolah



Pelajar usia 8-9 tahun ditangkap hisap ganja disekolah | Polis di bandar di tengah California ini melancarkan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana tiga murid tahun tiga yang ditangkap menghisap ganja memperoleh dadah itu. Ketua polis Sonora, Mark Stinson berkata, murid berusia lapan dan sembilan tahun itu ditangkap menghisap ganja oleh seorang murid lain di Sekolah Rendah Sonora minggu lalu. Superintenden Leigh Shampain memberitahu KPIX-TV, murid itu menghisap dadah itu dalam tandas sekolah. Murid yang melihat perbuatan mereka memberitahu kakitangan sekolah yang kemudiannya menghubungi polis. Mereka diikat jamin oleh ibu bapa masing-masing. Mark berkata, pihaknya kini berusaha untuk mengenal pasti kemungkinan ada orang yang membekal dadah itu kepada murid terbabit. - AP





.

Ibu bapa Mesut Ozil dakwa anak mereka telah dikhatan makhluk halus


Ibu bapa Mesut Ozil dakwa anak mereka telah dikhatan makhluk halus  | Ibu bapa Mesut Ozil mendakwa anak mereka dikhatankan makhluk halus apabila mendapati kemaluan kanak-kanak itu kelihatan seperti sudah dikhatankan walaupun anak mereka belum menjalani proses itu. Mesut Ozil yang dimaksudkan bukanlah bintang bola sepak Arsenal yang juga pemain kebangsaan Jerman, sebaliknya kanak-kanak berusia empat tahun ang berasal dari daerah Bojongsari, Jawa Barat. Dia mungkin diberikan nama sempena nama pemain berkenaan kerana ibu bapanya peminat bola sepak. Perkara itu mula disedari ibu Ozil, Hariani apabila anaknya itu menangis kesakitan ketika dimandikan. - Agensi



 P/S - Sekadar gambar hiasan



.

Kisah sedih wanita berusia 46 tahun yang dibuang keluarga kerana penyakit aneh


Kisah sedih wanita berusia 46 tahun yang dibuang keluarga kerana penyakit aneh | Seorang wanita Indonesia berusia 46 tahun di sini menderita selepas hampir keseluruhan tubuh badan termasuk mukanya dipenuhi ketumbuhan seperti bintil. Lebih memilukan, wanita yang dikenali sebagai Sarotin itu telah dibuang oleh ahli keluarganya sendiri yang malu dengan keadaan anak mereka. Sarotin mula menghidap penyakit kulit itu sejak tiga tahun lalu dan terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.

Wanita itu pernah menjalani pembedahan yang dibiayai oleh kerajaan tempatan bagi membuang ketumbuhan seberat 70.5 kilogram itu, tetapi tumor tersebut tumbuh semula. Separuh dari mukanya turut terjejas apabila terdapat satu ketumbuhan besar yang tumbuh sehingga menutup sebahagian penglihatannya. Wanita malang itu mendakwa, dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatannya dan sangat berharap untuk sembuh serta menjadi seperti wanita-wanita cantik yang lain. -Agensi




.

Kejam : Bapa kandung cucuh anu anak dengan bara rokok selain di dera



Kejam : Bapa kandung cucuh anu anak dengan bara rokok selain di dera | Dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada kemaluan akibat deraan bapa kandung dalam dua kejadian berasingan yang dikesan polis di Tasik Permai dan Tasik Tambahan, di sini, kelmarin. Dalam kejadian di Tasik Permai, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didera bapanya dipercayai sejak lebih setahun lalu dan ibunya turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan kepada pihak berkuasa. Sumber polis berkata, kejadian itu hanya terbongkar selepas seorang jiran yang simpati nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) jam 5 petang kelmarin.

Menurutnya, wanita berusia 40-an itu memberanikan diri membawa mangsa ke HA biarpun pada mulanya usaha itu dihalang ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya.“Jiran itu bertindak demikian selepas kasihan melihat penderitaan mangsa yang cedera teruk kerana sering didera bapanya dipercayai sejak setahun lalu. -HM




.

MASIH AKU SAYANG - UMI KALSOM




MASIH AKU SAYANG - UMI KALSOM | Jangan tidak tahu, penulis buku ini adalah penulis yang menulis 'Kampung Girl' yang telah diadaptasi ke drama tv. Dan novel ini tidak kurang hebatnya juga. Mengisahkan mengenai Farah yang membawa diri kerana merasakan cintanya tak terbalas. Hidupnya terseksa kerana seringkali terkenang kesakitan itu. Namun, ketika menerima lamaran Fattah, Kamal muncul semula membuatkan Farah serba tak kena. Sungguh, Farah gembira sepanjang bergelar seorang isteri kepada Fattah. Namun, ketika disahkan hamil, suami tinggalkannya dan kenyataan itu terlalu berat untuk dihadapinya.

Farah binggung apabila semua orang mendesaknya untuk kembali berumahtangga. Kehadiran 2 lelaki serentak menjadikan Farah buntu membuat pilihan. Apatah lagi, dia merasakan, menyintai lelaki lain akan menjadikan dia curang kepada ayah anaknya. Antara Musyrif, seorang duda dan cinta lamanya, Kamal, siapakah yang menjadi pilihan Farah?


Biarpun sukar hendak menggapai sayang itu, 
namun hati ini ingin setia menunggu... 
 



Tajuk : Masih Aku Sayang
Penulis : Umi Kalsom
Halaman : 545 muka surat
Harga : RM23/RM26




.
 
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!