Saturday, April 5, 2014

Kejam!! Angkara malu hamil luar nikah, sepasang kekasih nekad gugur kandungan hingga kepala janin putus


Kejam!! Angkara malu hamil luar nikah, sepasang kekasih nekad gugur kandungan hingga kepala janin putus | Sepasang kekasih di sini semalam ditangkap kerana menggugurkan kandungan hingga menyebabkan kepala janin itu putus. Ketua Polis Cilacap Noor Yadhi berkata, pihaknya menahan pasangan itu, MK, 19, dan RH, 20, selepas menerima laporan penduduk kampung. Menurutnya, mereka menggugurkan bayi itu kerana malu selepas hamil di luar nikah.

 “Si lelaki, MK, kelam kabut selepas kekasihnya hamil. Dia dan RH masih belum menamatkan pelajaran di Cilacap. Mereka belajar di tempat sama,” kata Noor. Pasangan itu disyaki menggugurkan kandungan itu di ladang berhampiran rumah bapa saudara si perempuan pagi kelmarin. RH yang hamil lima bulan kesakitan selepas minum ubat untuk menggugurkan kandungannya itu. Tidak lama kemudian, kaki janin itu kelihatan.

“MK menariknya tetapi kepala janin itu terputus dan tersangkut. RH mengalami pendarahan yang teruk,” kata pegawai polis berkenaan. Kejadian itu menyebabkan MK cemas lalu membawa RH ke hospital. Pasukan perubatan terkejut kerana kepala janin itu masih berada dalam rahim RH. “Kami menerima aduan itu lalu menahan MK. RH pula masih menjalani rawatan,” kata Noor. Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum penjara 10 tahun - Agensi





.

Subhanallah.. Kanak-kanak lima tahun mampu baca ayat suci al-Quran dengan baik malah telah menghafal 26 juzuk


Subhanallah.. Kanak-kanak lima tahun mampu baca ayat suci al-Quran dengan baik malah telah menghafal 26 juzuk | Subhanallah... itulah perkataan pertama yang diungkapkan secara spontan oleh sebahagian tetamu dan penduduk di daerah ini semasa mereka mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan seorang kanak-kanak berusia lima tahun, baru-baru ini. Penduduk ternyata kagum dengan kemampuan hafiz cilik bernama Musa La Ode Abu Hanifah membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan dia difahamkan telah menghafal sebanyak 26 juzuk. Pada majlis pembukaan Musabaqoh Tilawatil Quran (MTQ) peringkat daerah Babar 2014 itu, pihak penganjur menjemput Musa untuk membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Musa yang duduk bersimpuh di atas pentas pertandingan kemudiannya dengan tenang membacakan satu persatu ayat demi ayat daripada surah Makkiyah.

Majlis itu berlangsung di Masjid Raya Al Muttaqin, Kampung Air Gantang, Mukim Parittiga di daerah Babar, Kepulauan Bangka-Belitung. Para tetamu dan penduduk yang hadir nyata terharu dan kagum dengan kefasihan Musa yang baru berusia lima tahun lapan bulan, berasal dari Pal 4 Muntok membacakan ayat-ayat suci al-Quran itu. Pegawai dari kementerian agama Bangka Barat, H Abdul Rohim berkata, Allah selalu memberikan kemakmuran kepada hamba-Nya untuk menghafal ayat-ayat al-Quran. “Musa La Ode Abu Hanifah ini usianya baru lima tahun lapan bulan, dengan lidahnya yang fasih, hafalan al-Qurannya sudah hampir mencapai 26 juzuk," kata Abdul Rohim pada majlis pembukaan MTQ itu sebagaimana lapor Tribunnews.com.





.

Gambar selfie Presiden Amerika dimanipulasi



Gambar selfie Presiden Amerika dimanipulasi | Rumah Putih membantah tindakan seorang atlet besbol, David Ortiz yang mengambil gambar ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) dan memuat naik ke laman mikro Twitternya. Memetik laporan BBC, Rumah Putih berkata, imej Presiden tidak boleh digunakan untuk keuntungan komersil. Bagaimanapun, Ortiz menafikan dakwaan bahawa beliau telah dibayar oleh Samsung untuk mengambil gambar tersebut seperti dilapor Alpa Patel. -AP




.

Bintang Formula Satu, Michael Schumacher, dikatakan mulai sedar.. walaupun cuma seketika


Bintang Formula Satu, Michael Schumacher, dikatakan mulai sedar.. walaupun cuma seketika | Pengurus Michael Schumacher berkata bintang Formula Satu itu "menunjukkan beliau sedar seketika" selepas lebih tiga bulan mengalami kecederaan parah di kepala dalam kemalangan ketika meluncur salji. Sabine Kehm, dalam satu kenyataan, berkata: “Michael menunjukkan kemajuan...kami kekal yakin." Kehm berkata, keluarga Schumacher tidak bercadang memberikan butiran lanjut. Schumacher, 45, terjatuh ketika meluncur salji di Perancis dan terhantuk bahagian kanan kepalanya ke batu. Doktor sudah melakukan pembedahan mengeluarkan darah beku dari otaknya. Keadaan Schumacher semakin stabil apabila beliau diletakkan dalam keadaan koma. Pada lewat Januari lalu, doktor mula mengurangkan ubat pelali untuk cuba mengejutkan beliau dari koma. - AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!