Tuesday, April 8, 2014

Akhbar mendedahkan hubungan suami isteri penyanyi terkenal Shakira dan bintang Barcelona, Gerard Pique


Akhbar mendedahkan hubungan suami isteri penyanyi terkenal Shakira dan bintang Barcelona, Gerard Pique | SUAMI kepada penyanyi Shakira dilaporkan tidak senang dengan hubungan baik isterinya dengan juri tetap program The Voice yang juga vokalis kumpulan Maaron 5 iaitu Adam Lavine. Portal Showbizspy melaporkan Gerard Pique cemburu melihat kemesraan yang dipamerkan Adam terhadap isterinya dan menganggap perbuatan lelaki itu sebagai tidak menghormatinya. "Adam dilihat sering memegang Shakira dalam program berkenaan dan seolah-olah tidak menghormati perasaannya sebagai suami," kata sumber pasangan itu.


Malah kata sumber itu, pasangan berkenaan bergaduh besar gara-gara isu berkenaan. Dalam satu temubual sebelum ini, Shakira mengakui suaminya itu memang seorang yang bersikap protektif terhadapnya selain tidak membenarkan lelaki mengjadi penghias muzik videonya. -AP




.

Gempar!! Bekas Pemain Arsenal Jadi Pemberontak Di Syria. Siapakah Dia?


Gempar!! Bekas Pemain Arsenal Jadi Pemberontak Di Syria. Siapakah Dia? | SEORANG pemberontak di Syria mendakwa dia merupakan bekas pemain Arsenal yang membesar bersama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Lelaki yang mendakwa telah meninggalkan kehidupan mewah di Eropah itu dikesan mengeluarkan pengakuan tersebut menerusi dua rakaman video yang dimuat naik di laman web ekstremis. Laman web tersebut antara lain turut menggesa penduduk di Ukraine menyertai Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Bekas anak didik Arsene Wenger itu dikesan menutup mukanya dengan kain hitam sambil memegang senjata api jenis, AK-47 dan bercakap dengan penonton dalam Bahasa Inggeris yang baik. Dalam rakaman tersebut, lelaki itu mendakwa, "Saya telah membesar dengan Ronaldo, bermain untuk Arsenal dan meninggalkan bola sepak, wang dan cara hidup mewah Eropah untuk mengikut jalan Allah."


"Saya juga dari Portugal dan menyertai kumpulan ini sejak dua tahun lalu. "Nasihat saya kepada awak adalah kami memerlukan apa sahaja sokongan kepada mereka yang dapat membantu kami berlawan dengan musuh," katanya. Lelaki itu juga berkata, "Selamat datang dan mari menyertai kami, kepada mereka yang berfikir tidak boleh bertempur mungkin kamu dapat membantu dengan cara lain. "Sebagai contoh memberi bantuan perubatan, kewangan, nasihat dan apa-apa lagi yang ada pada kamu. Kami akan menerima apa sahaja sumbangan kamu yang ingin berjihad bersama," jelasnya. Sementara itu, jurucakap Arsenal memberitahu, pihaknya tidak mengenali lelaki terbabit dan bersedia menyiasat dakwaan berkenaan kerana tidak mahu kelab yang sedang bersaing untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris itu diboikot gara-gara dikaitkan dengan pengganas. -AP




.

Perniagaan yang pelik namun sangat diperlukan oleh masyarakat disana


Perniagaan yang pelik namun sangat diperlukan oleh masyarakat disana | Penduduk China kini boleh mengupah “pelakon” untuk meratapi kematian seseorang jika mereka terlalu sibuk untuk pergi menziarahi keluarga atau waris si mati. Dengan bayaran kira-kira RM1,630 tujuh ‘peratap profesional’ akan menangisi kematian itu dengan sewajarnya seperti lazim dilakukan penziarah biasa dalam rituan tradisional Cina. Keadaan itu juga membolehkan orang lain tidak malu atau teragak-agak untuk sama meratap. Menurut kepercayaan, kematian yang tidak ditangisi menandaka si mati tidak disayangi atau mungkin menyebabkan aib kepada keluarganya. Ketua peratap di Feishan di wilayah Fujian, Chen Shuqiang, 35, berkata bisnesnya kini berkembang maju. “Kebanyakan permintaan adalah untuk peratap di kalangan wanita,” katanya.


Chen berkata, keluarga yang kematian saudara suka jika orang ramai melihat ia diratapi dengan sepenuh hati dan waris begitu bersedih. Kata Chen, selain diupah oleh keluarga si mati, mereka juga sering dibayar oleh individu yang terlalu sibuk untuk hadir menziarah mayat berkenaan. “Biasanya kami dibayar untuk harga tujuh peratap profesional,” katanya. Kebanyakan peratap itu, kata Chen, adalah pelakon. Chen sendiri pernah menjadi penyanyi kumpulan opera di sebuah kawasan luar bandar namun pendapatan diperoleh tidak memuaskan. Keadaan berubah apabila dia menukar kerjaya sebagai peratap profesional dan pengalamannya sebagai penyanyi banyak memberi kelebihan. - Agensi




.

[Gambar] Di China, ibu pukul anak guna penyangkut baju sehingga datangkan kecedeaan serius namun polis tidak ambil tindakan



Di China, ibu pukul anak guna penyangkut baju sehingga datangkan kecedeaan serius namun polis tidak ambil tindakan | Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan. Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis. Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka. Sumber berkata, polis juga sudah menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi memukul anaknya terlalu teruk.


Katanya, Xiao mendakwa dia dipukul dengan dawai penyangkut baju kerana gagal menyiapkan kerja rumah. “Namun polis mendapati kecederaan itu tidak terlalu serius seperti apa yang dilihat. “Polis beranggapan memadai jika ibu kanak-kanak terbabit diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,”katanya. Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya. Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru. Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.- Agensi




.

KKM dapati 2 produk pelangsingan ini guna racun melebihi dos


KKM dapati 2 produk pelangsingan ini guna racun melebihi dos | Kementerian Kesihatan menasihati pengguna supaya tidak membeli dan menggunakan dua produk pelangsingan tidak berdaftar yang didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. Dua produk pelangsingan itu terdiri daripada 'Collagen Slim' dan 'Beautiful Slim Body' yang didapati dipromosi serta dipasarkan melalui internet bagi tujuan kecantikan dan menurunkan berat badan. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah Abdul Rahman berkata hasil ujian oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk 'Collagen Slim' mengandungi bahan racun berjadual sibutramine melebihi dos dibenarkan. "Sibutramine adalah ubat terkawal digunakan bagi merawat obesiti.

Namun segala ubat yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di negara ini pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular," katanya dalam kenyataan hari ini. Antara kesan sampingan lain sibutramine katanya, termasuklah peningkatan kadar denyutan jantung, darah tinggi, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, sakit kepala serta kesukaran tidur. Eisah berkata label produk tersebut turut mengelirukan pengguna dengan menyatakan produk mengandungi ramuan semulajadi namun hakikatnya penggunaan produk tersebut secara berterusan boleh memudaratkan kesihatan. Katanya individu yang sabit kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Katanya, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. Beliau juga menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini untuk menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil. "Orang ramai juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang http://www.bpfk.gov.my.," katanya. - Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!