Wednesday, April 9, 2014

Hakim mahkamah tinggi syariah dan pasangannya didakwa atas perbicaraan kes khalwat


Hakim mahkamah tinggi syariah dan pasangannya didakwa atas perbicaraan kes khalwat | Mahkamah Tinggi Syariah di sini, memerintahkan seorang hakim mahkamah tinggi syariah dan pasangannya membela diri dalam perbicaraan kes khalwat yang diadakan secara tertutup, semalam. Hakim Zaim Mat Yudin menyatakan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Adam Tumiran, 47, dan pasangannya Nurul Izani Md Isa, 37, sebelum menetapkan 14 hingga 16 Mei depan bagi kedua-duanya mengemukakan hujah membela diri. Pasangan berkenaan diwakili peguam bela Ahmad Munawir Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof manakala pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwaraya Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.

Pada 2012, Mahkamah Rendah Syariah membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan berkhalwat di kediaman kakitangan kerajaan di Jalan Masjid Negeri di sini, pada 5 Disember 2010, selepas Hakim Syariah Othman Ibrahim berpuas hati dengan kesahihan dokumen perkahwinan pasangan berkenaan. Namun berikutan rayuan daripada pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan kes berkenaan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Syariah. -HM




.

Penuntut UiTM Dungun maut, motorsikal rempuh kereta


Penuntut UiTM Dungun maut, motorsikal rempuh kereta | Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun di sini maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh pintu sebuah kereta di Kilometer 135 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan hari ini. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi tadi, pelajar itu, Muhammad Akmal Abdul Rahman, 20, yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dari Dungun ke Kuantan telah melanggar pintu hadapan sebelah kiri sebuah Proton Preve yang datang dari arah bertentangan di tengah persimpangan lampu isyarat Bukit Anak Dara.

Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang sempena cuti semester selama dua minggu. Muhammad Akmal maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Suprintenden Che Suza Che Hitam ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama




.

Gambar penunggang motorsikal maut dirempuh treler di Jalan Miri/Bintulu


Gambar penunggang motorsikal maut dirempuh treler di Jalan Miri/Bintulu | Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah treler dalam kejadian berhampiran Kampung Beraya, Jalan Miri/Bintulu, di sini, jam 12 tengahari tadi. Mangsa Juhaili Ahmad, 48, dari Kampung Satap, Bekenu di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, bagaimanapun pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari kampung terbabit menghala ke Miri selepas membeli barang keperluan di sebuah pasar tamu berhampiran.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat. Katanya, pemandu treler berusia 40-an ditahan untuk direkod keterangan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar. -HM




.

Walaupun miliki rambut panjang dan cantik, hakikatnya dia mengidap penyakit yang jarang ditemui



Walaupun miliki rambut panjang dan cantik, hakikatnya dia mengidap penyakit yang jarang ditemui | PENDERITAAN menyakit hyperinsulinism kongenital dihidapi seorang kanak-kanak dari Failsworth, Manchester, Amerika Syarikat terubat apabila memiliki rambut ikal seperti watak Rapunzel. Sophie Fieldhouse, 6, mengidap penyakit kekurangan gula dalam darah terpaksa bergantung pada ubat Diazoxide namun kesan ubat berkenaan menyebabkan rambutnya tumbuh dengan cepat. “Ramai sukakan rambut saya. Ia panjang dengan cepat,” katanya.

 Ibunya, Amanda Turner, 37, berkata, kini anaknya beralih kepada pengambilan minyak ikan bagi mengurangkan pengambilan Diazoxide kerana ia mempunyai kesan sampingan. “Walaupun memiliki rambut panjang dan cantik, hakikatnya dia mengidap penyakit jarang ditemui. Sejak berhenti mengambil ubat itu, dia cepat lapar dan memerlukan makanan tambahan,” katanya. Difahamkan, penyakit ini hanya ditemui seorang dalam 50,000 kanak-kanak, laporan dipetik dari nydaily.




.

Suami kejam tergamak pijak badan dan kepala isteri kerana alasan yang tidak munasabah


Suami kejam tergamak pijak badan dan kepala isteri kerana alasan yang tidak munasabah | Seorang suami bertindak kejam apabila tergamak memijak badan dan kepala isterinya hanya kerana wanita terbabit enggan menyerahkan dompet dan telefon bimbit miliknya di kediaman mereka di sini. Akibat kejadian itu mangsa berusia 29 tahun cedera dan lebam di badan selepas dibelasah suaminya berusia 20-an yang mengamuk menyebabkan dia terpaksa menerima rawatan di klinik berhampiran.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang Rabu lalu. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa pada mulanya sedang menunggu kepulangan suami dan anaknya di bawah pangsapuri mereka kira-kira jam 10.30 malam. “Sebaik pulang, suaminya meminta mangsa menyerahkan dompet dan telefon bimbit milik mangsa namun wanita itu enggan menyerahkannya,” katanya. -HM




.

[Gambar] Agnes Monica dikecam kerana pakaiannya terlondeh ketika penggambaran video muzik


Agnes Monica dikecam kerana pakaiannya terlondeh ketika penggambaran video muzik | Agnes Monica semalam tampil mempertahankan dirinya di tengah-tengah kontroversi mendakwa pakaiannya terlondeh ketika menjalani penggambaran video muzik dengan penyanyi AS sehingga menampakkan buah dadanya. Dalam kenyataan ringkas kepada media semalam, Agnes berkata, dakwaan itu ternyata tidak benar. “Justeru, saya enggan mengulas lanjut mengenainya,” katanya. selepas ada pihak mendakwa pakaiannya terlondeh dalam klip video muzik Coke Bottle yang turut menampilkan penyanyi Timbaland.Agnes bagaimanapun menafikan hal itu ketika ditanyakan mengenainya.


Agnes juga dilihat tidak mengendahkan dakwaan itu kerana menurutnya ia terpulang kepada pertimbangan umum. “Jika orang melihatnya dari sudut negatif, apapun yang dilakukan pasti akan kelihatan negatif,” katanya. Klip video muzik yang dimuat naik pada 1 April itu menarik perhatian ramai bukan saja kerana insiden itu malah ramai yang mempertikaikan cara Agnes berpakaian yang menjolok mata dan mengenakan seluar mirip lampin. - Agensi




.

MH370 : Isyarat dikesan beberapa hari lalu yang dikaitkan dengan kotak hitam pesawat, kini hilang



MH370 : Isyarat dikesan beberapa hari lalu yang dikaitkan dengan kotak hitam pesawat, kini hilang | Berita gembira bagi mengesan kotak hitam atau bangkai MH370, sedikit terjejas semalam selepas pengumuman oleh Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) bahawa isyarat yang dikesan pada Sabtu dan Ahad lalu itu ‘hilang’. Berikutan perkembangan terbaharu itu, pencarian isyarat dijangka mengambil masa beberapa hari lagi sebelum Autonomous Underwater Vehicle (AUV) tanpa pemandu boleh dihantar ke dasar kawasan pencarian di Lautan Hindi itu. Sebelum ini, seluruh dunia sedikit lega apabila apabila isyarat panjang yang dikesan itu konsisten dengan perakam data kotak hitam dan perakam kokpit dalam kotak hitam pesawat.

Ia adalah petunjuk paling kukuh dikesan di kawasan di mana MH370 dilaporkan berakhir, sekali gus diharap dapat menjawab misteri kehilangan pesawat itu sejak 31 hari lalu. JACC yang menyelaras usaha mencari MH370 juga menyifatkan penemuan itu sebagai ‘yang paling kukuh dan terbaik yang kita dapat dalam tempoh 31 hari’ Bagaimanapun, Ketua JACC, Angus Houston dalam sidang media semalam, berkata pihaknya memerlukan ‘hubungan semula’ dengan isyarat itu sebelum AUV Bluefin-2 boleh di hantar ke dasar lautan untuk mengesan ‘ping’ atau denyutan yang dikesan oleh kapal Australia, Ocean Shield sebelum ini.


Perlu isyarat baharu 

“Kita perlu mencari beberapa hari lagi walaupun jangka hayat bateri kotak hitam itu akan berakhir. Sehingga kita dapat mengesan, kita tidak boleh menghantar AUV. Isyarat selanjutnya akan membantu kita untuk mencari kemungkinan kawasan pesawat itu berada. “Kita memerlukan isyarat baharu untuk mengenal pasti lokasi kawasan pencarian yang lebih tepat,” katanya. Kedua-dua isyarat itu dirakam menerusi Towed Pinger Locator (TPL) dalam tempoh kurang 24 jam pada jarak kurang dua kilometer, di lokasi kira-kira 1,650 kilometer ke barat laut Perth.

Isyarat pertama dikesan berlarutan selama dua jam 20 minit sebelum hilang dan diterima semula beberapa jam kemudian apabila Ocean Shield berpatah balik ke kawasan sama. Isyarat kedua dirakam selama 13 minit. Sementara itu, Pasukan Pertahanan Australia menerusi Ocean Shield menghantar penyelam di kawasan pencarian untuk mengesan jika ada sebarang serpihan MH370 di kawasan berkenaan. -AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!