Thursday, April 10, 2014

Gambar dan harga Myvi XT yang direka khas buat golongan Gen Y dan Z



Gambar dan harga Myvi XT yang direka khas buat golongan Gen Y dan Z | Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) menyasarkan 1,600 unit bagi varian terbaru Myvi XT yang direka khas bagi golongan Gen Y dan Z selepas dijual bermula RM41,936.45. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta terbaru itu disasarkan kepada penuntut dan lepasan universiti yang mahukan kenderaan lebih luas dan berprestasi, selain harga kompetitif.


"Pada masa sama, kita juga memperkenalkan skim graduan iaitu 'What's Up!' sekali gus menjadi pakej terbaik kepada golongan muda yang mahu memiliki Myvi. "Model terbaru ini ditambah dengan aksesori bernilai RM1,600, tetapi harga jualan masih lagi sama dan tidak berubah," kata selepas pelancaran Perodua Myvi XTdi sini, sebentar tadi.


Skim itu ditawarkan kepada penuntut universiti dan graduan selepas setahun menamatkan pengajian, di mana mereka berpeluang memiliki baucer RM500 Perodua, kad petrol bernilai RM500 dan polisi kemalangan berjumlah RM20,000 untuk setahun. -HM



P/S - Gambar sumber dari Paultan



.

Penarik lori mati akibat kecederaan parah setelah dirempuh lori dan tersepit di ruang muatan lorinya


Penarik lori mati akibat kecederaan parah setelah dirempuh lori dan tersepit di ruang muatan lorinya | Seorang lelaki yang juga penarik lori, mati tersepit selepas lori yang cuba dimuatkan ke atas lorinya merempuh mangsa yang kebetulan berada di ruang muatan lorinya, di Mata Ayer, di sini, tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang tadi, mangsa yang berusia 40-an maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat dirempuh lori tersebut dan tersepit di ruang muatan lorinya. -HM




.

Penduduk diarahkan berpindah kerana Taufan Ita kini menghampiri Australia


Penduduk diarahkan berpindah kerana Taufan Ita kini menghampiri Australia | Pelancong dan penduduk di pesisir pantai diarahkan untuk berpindah dari sebahagian Great Barrier Reef pada hari ini selepas taufan yang kuat dikesan di Laut Coral dalam perjalanan menuju ke timur laut Australia. Taufan Ita dijangka tiba di utara bandar Cairns pada Jumaat ini, sekali gus kemungkinan banjir besar dan kerosakan akan berlaku, ujar seorang pegawai kecemasan. Menurut Biro Meteorologi Australia, kelajuan angin taufan tersebut dijangka mencecah 280 kilometer sejam yang membawa kepada hujan lebat.

"Paras air laut dijangka meningkat melebihi paras normal, manakala gelombang ombak besar dan arus kuat turut mengancam penduduk di kawasan rendah," kata biro tersebut. Taufan tersebut masih diklasifikasikan sebagai ribut tropikal ketika melanda Kepulauan Solomon sekali gus menyebabkan 23 orang terbunuh di Honiara, ibu negara kepulauan tersebut, pada minggu lalu. - Reuters




.

Gempar, sekumpulan Bison melarikan diri dari Taman Negara dikaitkan dengan gunung berapi yang bakal meletus



Gempar, sekumpulan Bison melarikan diri dari Taman Negara dikaitkan dengan gunung berapi yang bakal meletus | ORANG awam mula panik apabila tersebarnya rakaman video yang mendakwa gunung berapi di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat akan meletus. Video itu memaparkan aksi sekumpulan bison melarikan diri daripada Taman Negara Yellowstone, iaitu lokasi sama berlakunya letusan gunung berapi dan gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda Norris Geyser Basin pada 30 Mac lalu. Sebelum ini semuanya sekadar spekulasi.

 Kisah berkenaan bermula pada 20 Mac lalu apabila seorang pengguna Youtube, Zicutake memuatnaik rakaman video bertajuk 'Haiwan Melarikan Diri Daripada Kawasan Gunung Berapi Paling Aktif di Yellowstone?' Satu lagi rakaman video bertajuk 'Haiwan Melarikan Diri Dari Yellowstone? Gempa bumi dan aktiviti gelombang seismos mula dilaporkan berlaku sejak 23 Mac lalu. Apabila video bison melarikan diri daripada taman negara itu tersebar dan dimuat naik di laman web berita alternatif Epoch Times, pelayar internet mulai panik, termasuk penjaga taman negara berkenaan.


Dunia Belum Lagi Berakhir 

Pegawai Taman Negara Yellowstone, menerima ratusan panggilan telefon dan e-mel bertanyakan kesahihan penyebaran rakaman video itu. Berikutan itu, taman berkenaan memuat naik rakaman video yang menyangkal dakwaan berlakunya letusan gunung berapi. Menurut Pengarah Bersekutu Sains dan Teknologi di Pusat Kajian Sains Geologikal Gunung Berapi di California, Peter Cervelli, hakikatnya mungkin gegaran gempa itu berlaku berhampiran dengan pancuran air panas, kira-kira tujuh bulan lalu. "Peluang perkara seperti itu berlaku dalam kehidupan kita tidak penting," kata Cervelli, seorang saintis yang berkhidmat sebagai Pemantau Kawasan Gunung Berapi di Yellowstone. Walaupun pihak berkuasa di Yellowstone dan pakar geologi memberi jaminan bahawa gunung berapi di taman negara itu tidak akan meletus dalam tempoh terdekat, namun ternyata beberapa rakaman video itu memberi kesan kepada orang awam.




.

Selepas terlalu lama ketumbuhan besar di pipi, pelakon veteran Sidek Hussain kini derita hidap kanser


Selepas terlalu lama ketumbuhan besar di pipi, pelakon veteran Sidek Hussain kini derita hidap kanser | Selepas 30 tahun menanggung derita ketumbuhan di pipinya, pelakon veteran Sidek Hussain disahkan menghidap penyakit kanser. Berita itu ternyata mengejutkan aktor berusia 63 tahun hingga mencetuskan kebimbangan terhadap kos rawatan yang mencecah puluhan ribu ringgit yang harus ditanggungnya. Sidek yang kini ditempatkan di Hospital Besar Kuala Lumpur sejak 30 Mac lalu berkata, beliau sendiri tidak pasti tahap kronik penyakitnya.

Namun yang pasti, akuinya, tubuh badannya semakin tidak bermaya dan lemah termasuk tidak lalu makan. “Tahap berapa dan jenis kanser yang dihadapi saya hanya akan diketahui dalam masa dua minggu lagi,” katanya dengan nada tersekat-sekat dengan suara yang perlahan ketika dihubungi di sini semalam.




.

MH370 : Sah isyarat detik yang dikesan adalah daripada kotak hitam


MH370 : Sah isyarat detik yang dikesan adalah daripada kotak hitam | Pakar-pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detik yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC). Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 kilohertz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat MAS penerbangan MH370. "Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada pukul 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS MH370 di sini semalam. - Kosmo




.

Trauma : Murid tahun satu dakwa dicabul guru sukan


Trauma : Murid tahun satu dakwa dicabul guru sukan | Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah dekat sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan, Isnin lalu. Dalam kejadian sebelah pagi itu, murid berkenaan mendakwa telah dicabul guru sukan itu ketika berada di stor sukan. Difahamkan, kejadian itu terbongkar pada sebelah petang hari yang sama apabila murid tersebut memberitahu ibunya bahawa dia enggan lagi pergi ke sekolah kerana trauma atas perbuatan keji guru terbabit.

Bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini kelmarin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan. "Suspek juga sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya kini sedang dilakukan," katanya.-Kosmo




 P/S - Gambar sekadar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!