Monday, April 14, 2014

Penjara seumur hidup buat wanita ini kerana bunuh teman lelaki dengan kasut tinggi



Penjara seumur hidup buat wanita ini kerana bunuh teman lelaki dengan kasut tinggi | Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang wanita selepas didapati bersalah kerana memukul hingga mati teman lelakinya menggunakan kasut tinggi stiletto. Ana Trujillo, 45, memberitahu hakim dia "tidak pernah berniat membunuh" Alf Stefan Andersson, lapor BBC. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati leher dan wajah Andersson mempunyai sekurang-kurangnya 25 kesan tusukan. Trujillo didapati bersalah pada Selasa lalu selepas pihak juri mengambil masa empat jam untuk membuat keputusan. -AP




.

Wanita itu dedahkan wajah sebenarnya di sebalik lapisan mekap yang dipakai selama ini


Wanita itu dedahkan wajah sebenarnya di sebalik lapisan mekap yang dipakai selama ini | Patung Barbie manusia Valeria Lukyanova akhirnya menunjukkan wajah sebenarnya di sebalik lapisan mekap yang dipakainya selama ini melalui beberapa ‘selfie’ yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini. Model Ukraine berusia 28 tahun itu yang bangga dengan wajah dan bentuk badan seakan anak patung popular berkenaan berkongsi beberapa gambar di akaun Facebook miliknya menunjukkannya wajahnya dengan hanya bermekap nipis. Dia juga dilihat tidak menggunakan kanta lekap yang membuatkan anak matanya nampak besar seperti dimiliki patung. Walaupun tidak 100 peratus ‘asli’ dalam gambarnya, ia tetap jauh berbeza daripada perwatakan yang sering ditonjolkannya sebelum ini. Dalam satu gambar berkenaan, Valeria menunjukkan gambar ‘selfie’ yang diambil berlatarbelakangkan bilik air dan walaupun tetap menggunakan mekap, wajahnya tidaklah seperti anak patung.


Namun, bentuk badannya yang terlalu kurus sehingga menampakkan tulang rusuk mungkin sesuatu yang membimbangkan. Malah, Februari lalu Valeria membuat kenyataan mengejutkan bahawa dia kini mengamalkan ‘Breatharianism’ - kononnya amalan yang melatih dirinya sehingga tidak memerlukan makanan sebaliknya hanya hidup menyerap udara dan cahaya. ‘Selfie’ lain turut menunjukkan bentuk badannya yang terlalu kurus. Valeria juga menyertakan pautan untuk sesi senaman bintang Instagram Jennifer Selter yang terkenal dengan bentuk badannya yang cantik serta minatnya terhadap senaman. Valeria memang tidak asing dengan kontroversi, malah baru-baru ini mendakwa pembedahan kosmetik semakin banyak dilakukan kerana perkahwinan campur mengakibatkan manusia menjadi semakin hodoh.


“Pada 1950-an dan 1960-an kita dapat lihat begitu banyak wanita cantik berbanding sekarang. Semuanya tidak memerlukan pembedahan plastik ketika itu. “Namun, kini paras rupa manusia semakin buruk kerana perkahwinan campur berlaku. “Orang Russia berkahwin dengan orang Armenia dan mungkin anaknya comel, namun mukanya bercampur-campur - muka Armenia dengan hidung Russia. “Jadi terpaksalah si anak melakukan pembedahan plastik satu hari nanti untuk mengecilkan hidungnya supaya sesuai dengan wajahnya,” katanya ketika ditemu bual majalah. Kenyataannya menimbulkan kemarahan pembaca, namun Valeria tidak langsung mempedulikan reaksi terhadap pendiriannya itu. -AP




.

Sekumpulan pemandu cetus kontroversi sanggup ambil gambar berlatar-belakang lelaki cuba bunuh diri



Sekumpulan pemandu cetus kontroversi sanggup ambil gambar berlatar-belakang lelaki cuba bunuh diri | Sekumpulan pemandu mencetuskan kontroversi apabila sanggup mengambil gambar beramai-ramai berlatar-belakang kejadian seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan melompat dari sebuah jejantas di sini, baru-baru ini. Portal berita Mirror melaporkan, kejadian itu berlaku apabila beberapa orang pemandu yang menggunakan Lebuh Raya 105 di Paramount, menghubungi pihak polis selepas terlihat seorang lelaki cuba membunuh diri di jejantas terbabit. Polis yang tiba di lokasi kejadian terpaksa menutup laluan kedua-dua arah lebuh raya berkenaan bagi memujuk lelaki itu supaya membatalkan hasratnya itu.

Ekoran kejadian itu, beratus-ratus pemandu terkandas selama tiga jam sebelum polis berjaya memujuk lelaki berkenaan daripada membunuh diri. Namun, pada masa yang sama 14 pemandu yang tidak berhati perut, sempat mengambil gambar tentang kejadian itu semata-mata untuk menghabiskan masa akibat terkandas lebih tiga jam ekoran insiden tersebut. Mereka mengambil gambar selfie, dengan berlatar belakangkan lelaki yang cuba membunuh diri itu sedang duduk di atas pagar jejantas tersebut. Malah seorang daripada pemandu berkenaan menggunakan nama samaran Samdawgl menyiarkan gambar kontroversi berkenaan melalui laman perkongsian gambar, Instagram sebelum menjadikan akaun miliknya sebagai sulit. -AP




.

Reaksi Erra Fazira setelah bekas suami, Engku Emran pujuk guna Instagram


Reaksi Erra Fazira setelah bekas suami, Engku Emran pujuk guna Instagram | Pelakon Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan isu apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata seolah-oleh mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 18 Februari lalu. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya. "Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. “Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya.

Pada Sabtu, Emran, 39, menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah. Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu. Dalam pada itu Emran turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya dengan Erra. Kenyataan Emran membuatkan peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai tanda mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.


Sementara itu, beritahu Erra, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran. "Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. "Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya. Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007. -Mstar




.

[Gambar] Padah pecah masuk rumah dan cabul penghuni yang sedang tidur



Padah pecah masuk rumah dan cabul penghuni yang sedang tidur  | Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu. Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubuhnya diraba suspek sebelum dia menjerit.

 "Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah berkenaan."Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini suspek sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -HM





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!