Friday, September 19, 2014

Kejam! Lelaki nekad bunuh anak dan enam cucu dengan senapang sebelum tembak diri sendiri



Kejam! Lelaki nekad bunuh anak dan enam cucu dengan senapang sebelum tembak diri sendiri | Seorang datuk bertindak kejam membunuh anak perempuan dan enam cucu menggunakan senapang sebelum menembak diri sendiri di Pekan Bell di sini. Lelaki berusia 51 tahun itu, Don Charles Spirit didakwa membunuh cucu-cucunya yang berusia lingkungan tiga bulan hingga 10 tahun. Polis tempatan mendedahkan, pihaknya telah mendapat panggilan daripada suspek yang membuat ancaman terhadap keluarganya sebelum kejadian. Polis dalam tweetnya turut mengesahkan bahawa enam kanak-kanak telah meninggal dunia akibat dibunuh. Katanya, tragedi itu merupakan insiden ngeri buat polis di pekan tersebut. Pekan Bell mempunyai populasi lingkungan 350 orang. -AP




.

Dua jemaah haji meninggal dunia akibat sakit jantung



Dua jemaah haji meninggal dunia akibat sakit jantung | Dua jemaah haji yang meninggal dunia baru-baru ini di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jantung dan bukannya kerana penyakit berjangkit lain seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan punca kematian dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun itu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pra Pelancaran Taman Permai Utama, di sini hari ini.

Katanya, jemaah pertama yang meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi pada 9 September lalu adalah dari Johor Bahru, Johor dan jemaah kedua berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang, 16 September lalu. "Kita telah buat persiapan dengan baik sebelum jemaah pertama tiba di tanah suci dan akan memberi rawatan terbaik sekiranya mereka mengidap penyakit sepanjang mengerjakan haji," katanya. Beliau berkata pihaknya akan memantau tahap kesihatan setiap jemaah haji negara ini bagi memastikan mereka tidak dijangkiti MERS-Cov atau virus Ebola. - Bernama




.

Penemuan mengejutkan terhadap kelakuan cimpanzi



Penemuan mengejutkan terhadap kelakuan cimpanzi | Kajian saintis dari Amerika Syarikat (AS) mendapati sifat ganas cimpanzi merupakan kelakuan semula jadi spesies tersebut, sekali gus menolak dakwaan yang menyatakan keganasan yang ditonjolkan haiwan itu berpunca daripada pengaruh dan interaksi dengan manusia. Portal berita Mail Online yang memetik kajian sepasukan 30 penyelidik dari Universiti Minnesota melaporkan, kajian itu turut merungkai perdebatan ahli primatologi dan antropologi tentang konsep 'peperangan' sesama cimpanzi, apabila sebelah pihak mendakwa spesies berkenaan bergaduh atas faktor sumber asas seperti makanan dan pasangan.

Sebelah pihak lagi pula berkata, peperangan itu tercetus akibat pengaruh manusia ke atas cimpanzi seperti kemusnahan habitat dan sumber makanan. Namun, penyelidik dari universiti berkenaan, Michael Wilson yang melakukan kajian selama 14 tahun ke atas habitat cimpanzi di hutan Congo berkata, kesimpulan penting menunjukkan majoriti serangan ganas dan mangsa serangan adalah dilakukan cimpanzi jantan disebabkan pertambahan tinggi spesies jantan berbanding cimpanzi betina.

Jelasnya, pengaruh manusia bukan punca cimpanzi berkelakuan ganas sesama sendiri, sebaliknya bintang terbabit berasa terancam apabila habitat mereka dimusnahkan untuk pembangunan. "Cimpanzi liar kebiasaannya berpecah kepada dua kumpulan, bergantung sama ada haiwan itu wujud dalam suasana habitat yang tidak terusik atau telah diganggu oleh manusia. "Cimpanzi merupakan spesies semula jadi yang ganas terutamanya spesies jantan dan keganasan yang berlaku sesama mereka adalah evolusi yang telah lama berlaku," katanya. -AP




.

Subhanallah.. Anak lembu ini berwajah manusia?



Subhanallah.. Anak lembu ini berwajah manusia? | Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia. Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu. “Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile. “Saya memanggil anak saya untuk membantu.

Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia. “Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile. Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.


“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko. Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia. Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane. “Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi




.

Kisah model yang taksub dengan pembedahan plastik.. Adakah ianya mampu merubah dia menjadi lebih cantik?



Kisah model yang taksub dengan pembedahan plastik | SEORANG model membelanjakan kira-kira 30,000 pound (RM157, 535) untuk menjalani pembedahan plastik agar kelihatan cantik dan seksi. Victoria Wild dari Latvia menjalani pelbagai pembedahan termasuk tiga pembedahan untuk membesarkan payu daranya, implan bibir dan suntikan botox. Wanita berusia 30 tahun itu yang menetap di Cannes, Perancis mengakui seronok dengan perhatian orang ramai terhadapnya.

"Siapa yang tidak mahu dilayan seperti anak patung. Ia amat seksi. "Orang ramai akan memandang saya dan saya suka dengan perhatian itu," katanya. Victoria berkata, dia mula melakukan pembedahan plastik sejak 2001 dengan membelanjakan 25,000 pound (RM130,807) untuk melakukan tiga pembedahan pembesaran payu dara di Hungary. Ketika berusia 25 tahun, Victoria bertemu dengan teman lelakinya, Simon yang sentiasa menyokong cita-citanya untuk kelihatan seksi. -AP




.

Kereta tiba-tiba terbakar di lebuh raya utara selatan, pemandu dilapor selamat



Kereta tiba-tiba terbakar di lebuh raya utara selatan, pemandu dilapor selamat | Hasrat seorang lelaki yang dalam perjalanan bertemu rakan di utara tanah air tidak kesampaian apabila kereta dipandunya terbakar di Kilometer (KM) 237.5, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas/Linggi, Rembau, dekat sini, hari ini. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rembau dihubungi berkata, dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa, Liau Meng Kim, 45, memandu kereta jenis Naza Citra dari rumahnya di Johor Bahru menuju ke sebuah negeri di utara tanah air.

Katanya, mangsa yang difahamkan mahu bertemu rakan di negeri berkenaan tiba-tiba cemas apabila kereta dipandu disedari berasap dan terbakar di bahagian enjin menyebabkannya memberhentikan kenderaan. Menurutnya, selepas kereta diberhentikan, mangsa menyaksikan keretanya sedikit demi sedikit dijilat api sebelum orang ramai membantu dan menghubungi pihaknya.

"Pihak kami (bomba) menerima panggilan kecemasan jam 3.15 petang dan sepasukan enam anggota beserta sebuah jentera digerakkan ke lokasi. "Sejurus tiba jam 3.48 petang tadi (semalam), kereta itu bagaimanapun gagal diselamatkan dan terbakar 100 peratus," katanya. Menurutnya, api dikawal sepenuhnya kira-kira jam 4 petang selepas kerja memadam dijalankan. "Tindakan pantas lelaki itu memberhentikan kereta dan keluar kenderaan menyelamatkan nyawanya," katanya. Menurutnya, nilai kerugian dan punca kebakaran sedang disiasat. -Metro



.

Penuntut Uitm maut dirempuh kereta pensyarah wanita di kampus


Penuntut Uitm maut dirempuh kereta pensyarah wanita di kampus | Kegembiraan seorang penuntut wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, yang sedang merakam gambar bersama rakannya berakhir tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta di kawasan kampusnya, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa, Fatin Farah Farradia Yusof, 20, maut selepas mengalami kecederaan dalaman. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan baru selesai menghadiri kuliah bersama dua lagi rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah wanita berusia 54 tahun. Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh dari bukit pada ketinggian kira-kira lima meter.

Mangsa adalah penuntut Diploma Sains Sukan dan Rekreasi tahun kedua dan berasal daripada Dungun, Terengganu. Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Prof Dr Azizul Halim Yahya berkata, mangsa dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta menyebabkan mangsa tercampak. Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kerana mengalami pendarahan dalaman kira-kira jam 7.30 malam.

“Pensyarah yang merempuh mangsa dikatakan mengalami masalah kesihatan sebelum kejadian sehingga menyebabkan beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya. “Pensyarah terbabit kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk mendapat pemantauan doktor,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat HTAR, semalam. Jenazah Fatin akan dibawa ke kampung halamannya di Dungun untuk dikebumikan sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!