Sunday, October 12, 2014

Kisah pengemis yang menyara hidup dengan mengemis, namun kini menjadi usahawan berjaya juga jutawan



Kisah pengemis yang menyara hidup dengan mengemis, namun kini menjadi usahawan berjaya juga jutawan | Seorang usahawan berjaya di negara ini yang juga merupakan bekas pengemis, bertindak menghadiahkan wang tunai satu juta yuan (RM530,000) kepada seorang wanita budiman yang pernah membantunya suatu ketika dahulu. Laman web Oddity Central me­laporkan, kira-kira 21 tahun lalu, He Rongfeng yang pada ketika itu berusia 17 tahun terpaksa mengemis di bandar Taizhou, wilayah Zhejiang untuk menyara kehidupan keluarganya. "Saya bersama dua orang rakan mencari pekerjaan di Taizhou, tapi kami gagal dan akhirnya terpaksa mengemis. Ketika itu kehidupan kami sangat susah sehingga tiada wang untuk membeli makanan.

 "Ketika kami hampir putus harapan datang seorang wanita iaitu Dai Xingfen, isteri kepada peniaga kedai makanan dan bawa kami pulang ke rumahnya selain diberi makan dan tempat untuk tidur," kata Rongfeng. Jelasnya Rongfeng, Xingfen turut menyediakan air panas untuk merawat kakinya yang melecur selain menghubungi beberapa orang kenalan untuk menyediakan peluang kerja kepada mereka di bandar lain.

"Wanita itu turut memberi nasihat yang telah mengubah nasib saya. Katanya, tidak mengapa jika tidak mempunyai wang yang banyak, tetapi haruslah sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang baik," ujarnya yang kini merupakan pengerusi sebuah syarikat perusahaan perabot, Shenyang Jiu Jiu Li Feng Group. Kata Rongfeng lagi, jika tidak kerana jasa baik Xingfen, dia tidak akan mengecapi kejayaan dan berhasrat untuk menghadiahkan sejumlah wang yang besar sebagai ucapan terima kasih. Bagimanapun, Xingfen menolak untuk menerima wang berkenaan dengan berkata, dia tidak pernah mengharapkan sebarang balasan di atas setiap pertolongan yang dihulurkan. -AP




.

[5 Gambar] Punca struktur bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh


[5 Gambar] Punca struktur bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh | Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal.



Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4.30 petang itu. Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang. Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.


Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin. -BH




.

Cara pelik wanita pedalaman pikat hati suami



Cara pelik wanita pedalaman pikat hati suami | Wanita dari suku kaum Surma yang menetap di kawasan pedalaman di negara ini, mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati suami iaitu dengan mengepit sebuah cakera besi di bahagian bibir bawah mereka. Mail Online melaporkan, amalan tradisi yang dikenali sebagai 'cakera bibir' itu sudah diamalkan sejak 1896 dan hanya akan dilakukan oleh wanita berusia 15 tahun ke atas.

Menurut seorang wanita kaum Surma yang dikenali sebagai Ataye Eligidagne, 20, mereka menggunakan cakera besi tersebut sebagai sebahagian perhiasan diri untuk memikat hati suami. Cakera berkenaan juga merupakan mas kahwin daripada keluarga sebelah wanita kepada keluarga pengantin lelaki.


"Bagi penduduk tempatan, tradisi ini merupakan maruah mereka, lebih besar cakera yang dipakai, mereka merasa lebih menarik," kata seorang krew stesen penyiaran dari Australia, Abrahem Joffe yang membuat liputan tentang tradisi pelik kaum terbabit. Kata Joffe, cakera besi yang digunakan oleh kaum Surma secara puratanya memiliki ukuran lilit 59.5 sentimeter dan ukuran lebar 19.5 sentimeter. Bagaimanapun, kerajaan Ethiopia telah bertindak mengharamkan amalan turun-temurun itu baru-baru ini atas alasan keselamatan. -AP




.

CUKUP DERITA ITU - SITI ROSMIZAH




CUKUP DERITA ITU - SITI ROSMIZAH | Selepas kematian ibu bapa, kembar Ellana dan Ellani tinggal bersama Mak Ngah mereka yang jelas membezakan kasih sayang diantara mereka. Ellana dilayan dengan penuh kasih sayang, dan sebaliknya Ellani diperlakukan seperti hamba. Ya, hidup Ellani sungguh derita, namun dia tetap akur pada Mak Ngah mengenangkan nasihat arwah emaknya.

Cinta pandang pertama Zarul yang merupakan seorang pensyarah pada Ellana membuatkan mereka hampir-hampir menjadi suami isteri. Perkahwinan yang bakal diadakan, tidak menjadi kenyataan disebabkan satu kemalangan yang membuatkan Zarul langsung tidak mengingati cintanya pada Ellana. Pelik, sebaik sedar, perasaan dan ingatan Zarul beralih pula pada Ellani. Sungguh Ellani sudah melakukan pelbagai cara untuk mengelak, namun mungkin sudah jodoh, mereka disatukan selepas Ellana melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Mak Ngah juga terlibat dalam kemalangan itu, yang membuatkan dia kehilangan kedua belah kakinya. Namun, peristiwa tragis itu tidak langsung membuatkan Mak Ngah berubah. SUngguh pun begitu, Ellani tetap dengan ikhlas menjaga dan menyediakan keperluan Mak Ngah. Malangnya, dendam yang sarat dalam hati Mak Ngah dan Ellana akhirnya berjaya membuatkan rumahtangga Ellani dan Zarul hancur. Ellani diceraikan hanya dengan sms. Cukuplah derita itu, cukuplah.. Ellani benar-benar sudah tidak sanggup..



Tajuk : Cukup Derita Itu
Penulis : Siti Rosmizah
Halaman : 1170 muka surat
Harga : RM38.90/RM41.90



.

Wanita kantoi curang terhadap suami selepas lahirkan anak



Wanita kantoi curang terhadap suami selepas lahirkan anak | Rahsia seorang wanita yang melakukan seks dengan seorang penari bogel kerdil sehari sebelum majlis perkahwinannya terbongkar selepas dia melahirkan anaknya, kelmarin. Wanita terbabit terpaksa mengaku curang terhadap suaminya selepas anak yang dilahirkan itu kerdil seperti penari itu. Suami wanita itu selama ini percaya anak yang dikandung isterinya adalah anaknya sehingga anak itu dilahirkan. Wanita itu dikatakan melakukan seks dengan penari kerdil itu pada majlis praperkahwinannya awal tahun ini.

“Tidak ada wanita yang meniduri penghibur pada majlis praperkahwinannya akan mendedahkan perbuatan mereka. Mereka sudah pasti akan merahsiakan kejadian itu hingga mati. “Tetapi dalam kes ini, wanita itu tidak ada pilihan lain kecuali mengaku kerana anak yang dilahirkannya kerdil, sama dengan penghibur kerdil pada malam sambutan praperkahwinannya,” kata laporan sebuah akhbar temparan. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!