Wednesday, October 22, 2014

Adeh.. Acara larian maraton berakhir dalam keadaan mengejutkan



Adeh.. Acara larian maraton berakhir dalam keadaan mengejutkan | Sebuah acara larian maraton berakhir dalam keadaan mengejutkan selepas kereta penunjuk arah tersesat, mengakibatkan tiga pelari utama terpaksa mengikuti laluan yang lebih jauh sebelum mengabaikan usaha mereka dan mengambil bas untuk kembali ke garisan penamat. Pemandu kereta itu dilaporkan terlepas satu pusingan-U mengakibatkan peserta terbabit lari empat kilometer (km) tambahan sebelum pihak penganjur akhirnya memaklumkan mereka tersalah jalan.

Pelari terbabit menyedari mereka tidak mungkin dapat memenangi larian 42km di Bangalore itu terus mengabaikan larian dan meminjam wang daripada penonton untuk menaiki bas ke garisan penamat. Seorang daripada mereka, Inderjit Patel berkata, tiada pegawai penganjur di jalan itu. “Maka kami sekadar mengekori kereta berkenaan tanpa ada sebarang keraguan. “Selepas diberitahu kesilapan itu, kami menganggap tiada gunanya meneruskan larian. Saya tidak kisah gagal menang wang namun kejadian ini amat memalukan,” katanya. Sementara itu penganjur mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf. - Agensi




.

Isteri sembelih suami hingga mati kerana dikatakan sering berbohong



Isteri sembelih suami hingga mati kerana dikatakan sering berbohong | Seorang lelaki warga British ditemui mati disembelih di sebuah kawasan sawah di sini, dipercayai dibunuh oleh isterinya sendiri. Mayat Robert Kelvin Ellis, 60, ditemui dibungkus dengan plastik dan dibuang ke kawasan sawah di Kampung Sedang pada Selasa. Polis mendakwa isteri mangsa yang merupakan warga Indonesia, Julaikah Nor Aini bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu. "Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa.


"Tidak berpuas hati kerana banyak sebab. Wanita itu mendakwa suaminya sering berbohong sehingga dia mengambil keputusan untuk mengupah pembunuh untuk membunuh mangsa," Kata Ketua Polis Badung, Komang Suartana.Polis kini telah menahan pembunuh di Padangbai di sini dan masih memburu tiga lagi. Pasangan itu sebelum ini tinggal di Australia dan mempunyai pasport United Kingdom sebelum berhijrah ke Bali. -AP




.

Penuntut Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau maut dalam keadaan mengerikan dalam satu kemalangan tengah malam tadi



Penuntut Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau maut dalam keadaan mengerikan dalam satu kemalangan tengah malam tadi | Seorang penuntut Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Jalan Lencongan Timur berhampiran Bandar Perdana, di sini, hari ini. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah malam itu turut menyebabkan kepala mangsa Mohd Nasri Rusydi Yusof, 19, terputus. Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke Bandar Puteri Jaya dipercayai untuk bertemu dengan rakannya.

 Namun, sebaik tiba di tempat kejadian motosikal Yamaha RXZ yang ditunggangi terbabas menyebabkan mangsa terpelanting mengakibatkan lehernya terkena simen penghadang jalan. Jurucakap polis berkata, akibat itu kepala dan badannya terpisah sejauh 40 meter menyebabkan mangsa yang cedera parah mati di tempat kejadian. Katanya, polis masih melakukan siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk bedah siasat.

Apa dah jadi? Wajah cantik pelakon ini bertukar menjadi mengerikan sehingga mengejutkan ramai pihak



Wajah cantik pelakon ini bertukar menjadi mengerikan sehingga mengejutkan ramai pihak | Perubahan ketara pada wajah aktres berbakat besar, Renee Zellweger ketika menghadiri acara tahunan anjuran majalah Elle iaitu Women In Hollywood Awards Isnin lalu terus menjadi perhatian ramai, sekali gus diperdebatkan ketika ia diadakan di Hotel Four Seasons. Wajah aktres filem The Jerry Maguire dan Bridget Jones's Diary itu ternyata begitu berbeza daripada asalnya hingga ramai yang terpinga-pinga melihat perubahan mendadaknya. Beliau hadir ditemani kekasihnya yang juga penyanyi iaitu Doyle Bramhall II. Wajah asal Zellweger, 45, memang tidak langsung dapat dikesan menerusi transformasi barunya itu.


Bayangkan dahinya tiada garisan mahupun kedutan, keningnya yang diubahsuai, pipinya yang seperti mengalami bengkak, wajah Zellweger memang jauh berubah. Pakar pembedahan plastik dan kosmetik, Dr ALex Karidis dari sebuah klinik di London memberitahu MailOnline, beliau mempercayai Zellweger melakukan pembedahan di bahagian mata dan keningnya. Alex turut menjelaskan, kesan pembedahan itu juga matanya jadi makin besar selain dahinya yang licin tanpa sebarang kedutan. Tahun lalu Zellweger dalam kenyataannya kepada The Express menjelaskan dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk ke gim antara cara terbaik untuk terus kekal cantik.


Beberapa agensi berita popular turut mempersoalkan perubahan wajah ketara pelakon berambut perang itu dengan persoalan yang barangkali agak sinikal. UK Mirror contohnya menulis: "Apa sudah jadi pada Bridget Jones?" CNN.com pula bertanya: "Adakah itu kamu Renee Zellweger?" Malah satu entri di laman Twitter menyataka; "Ummmm...adakah ini Renee Zellweger atau kita sekarang ini berada di muzium patung lilin popular, Madame Tussaud's? -AP




.

Pemandu bas halau pasangan gay kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dalam bas



Pemandu bas halau pasangan gay kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dalam bas | ‘Bas saya, peraturan saya’. Itu hamburan kata-kata daripada seorang pemandu bas kepada sepasang lelaki homoseksual ketika dia bertindak tegas menghalau pasangan itu turun dari basnya selepas didapati melakukan perbuatan tidak senonoh dalam bas berhampiran Blackheath, di sini, baru-baru ini. Sumber, MailOnline melaporkan, pemandu itu turut mengutuk perbuatan sumbang pasangan itu, dan menegaskan bahawa dia tidak mahu melihat perbuatan terkutuk itu berlaku di dalam bas bernombor 89, yang dipandunya.

Dia turut menggelar pasangan itu sebagai bukan lelaki sejati kerana melakukan perbuatan itu. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 8 Oktober lalu. Lelaki yang dihalau keluar, Jack James, 23, berkata, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ketika dia dan temannya diarah turun dari bas itu oleh pemandunya. “Kami sempat bertanya kepada pemandu itu dan dia berkata kami melakukan perbuatan tidak senonoh. “Kami menggeletar ketika turun dari bas. Pemandu bas itu juga menjerit kepada kami dan berkata kami bukan lelaki sejati,” katanya. James juga sedang menimbangkan untuk melaporkan hal tersebut kepada polis, manakala Pengarah Operasi Bas TfL, Ken Davidson berkata, pihaknya sedang menyiasat tentang kejadian tersebut.-AP



.

Simpan mayat anak selama 3 tahun untuk tuntut skim faedah anak daripada kerajaan



Simpan mayat anak selama 3 tahun untuk tuntut skim faedah anak daripada kerajaan | Seorang ibu dan bapa tiri dihukum penjara selama 31 tahun kerana menyeksa sehingga menyebabkan kematian anak perempuan mereka berumur lima tahun dan menyembunyikan mayatnya untuk menuntut skim faedah anak daripada kerajaan selama tiga tahun. Portal berita Mirror melaporkan, mahkamah daerah di sini dimaklumkan Juraj Hrotak, 34, sering memukul isterinya, Alexandra Hrotakova dan anaknya, Lucka, 5.

Lucka dipercayai meninggal dunia akibat penderaan pada 2009. Tindakan itu didedahkan apabila pemilik pangsapuri yang diduduki mereka di sini menghalau pasangan tersebut dan polis menemukan mayat Lucka di dalam sebuah bilik berkunci di kediaman berkenaan. Hrotak dihukum penjara selama 17 tahun dan 18 bulan kerana menyeksa kanak-kanak tersebut dan tinggal di pangsapuri itu tanpa kebenaran.


 Hrotakova, 43, pula, dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun kerana gagal bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan tidak melindungi anak atau memberikan penjagaan asas. Kes berkenaan menimbulkan kemarahan penduduk Slovakia kerana pekerja jabatan kebajikan dan sosial tidak tahu mengenai kes tersebut terutama kerana kanak-kanak berkenaan sepatutnya ke sekolah sejak dua tahun lalu.-AP




.

Teruja melihat haiwan di zoo mengundang padah pada kanak kanak ini



Teruja melihat haiwan di zoo mengundang padah pada kanak kanak ini | Perasaan teruja seorang kanak-kanak lelaki di China untuk mendekati seekor beruang hitam di sebuah zoo, dekat sini mengundang padah selepas lengan kanannya putus dibaham haiwan tersebut. Kejadian di Zoo Hebin Park di bandar Pingdingshan di wilayah Henan itu, berlaku ketika kanak-kanak berusia sembilan tahun itu yang datang bersama datuknya bertindak memanjat pagar keselamatan yang memisahkan kandang haiwan itu dengan pengunjung, semasa datuknya pergi membeli gula-gula, lapor Mail Online.

Ketika dia mahu menepuk badan beruang tersebut yang keluar melebihi sangkarnya, haiwan itu secara tiba-tiba membaham lengan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu meraung kesakitan selama 10 minit sebelum tangannya putus dan jatuh ke lantai. Orang ramai yang melihat kejadian itu memukul haiwan tersebut, namun usaha mereka sia-sia, malah kakitangan zoo tidak mampu berbuat apa-apa ketika haiwan itu terus menyerang kanak-kanak lelaki itu. Malah, mereka mengambil masa selama 20 minit untuk mengambil semula lengan kanak-kanak itu di dalam kandang beruang itu, sebelum pasukan perubatan tiba bagi menghentikan pendarahan yang dialami kanak-kanak itu.

Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak itu mengecam pihak zoo kerana gagal menempatkan kakitangan zoo untuk memantau beruang tersebut. “Mereka sepatutnya menjadikan tempat ini (zoo) lebih selamat dan mereka perlu sentiasa meletakkan kakitangan mereka bagi menyelia haiwan-haiwan di zoo tersebut,’’ kata ibu kanak-kanak itu, Ku. Gambar serangan beruang itu mendapat perhatian pengguna Internet yang berkongsi detik-detik cemas yang dialami kanak-kanak itu secara atas talian.-AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!