Sunday, October 26, 2014

Idea mangsa dera buat panggilan kecemasan dengan tempahan pizza untuk selamatkan diri


Idea mangsa dera buat panggilan kecemasan dengan tempahan pizza untuk selamatkan diri | SEORANG operator 911 dikejutkan dengan panggilan kecemasan seorang wanita yang pada mulanya disangkakan sebagai gurauan kerana mahu membuat tempahan piza. Tetapi sebenarnya tidak walaupun wanita terus mendesak untuk mendapatkan piza yang mengandungi peperoni, cendawan dan lada secepat mungkin. Operator itu yang menyiarkan transkrip panggilan itu di laman sosial Reddit berkata, panggilan itu pada mulanya kedengaran seperti main-main tetapi ia sebenarnya sesuatu yang serius. Selepas menghubungi 911, wanita itu memberikan alamatnya tanpa memberikan butiran mengenai insiden yang berlaku.

Apabila ditanya oleh operator mengenai apa yang berlaku di tempat kejadian, mangsa hanya mahu membuat tempatan piza, menyebabkan petugas itu percaya bahawa panggilan itu dibuat sekadar gurauan. Transkrip yang disiarkan oleh operator itu merupakan dialog bersama wanita yang membuat panggilan kepadanya.

"911, di manakah berlaku kecemasan anda?" 
"123 Main St." 
"Ok, apa yang berlaku di sana?" 
"Saya mahu menempah sekeping piza untuk penghantaran." (oh satu lagi panggilan gurauan). 
"Cik, anda menghubungi 911." 
"Ye, saya tahu. Boleh saya dapatkan sekeping piza besar dengan peperoni, cendawan dan lada?" 
"Umm... maafkan saya, anda tahu yang anda menghubungi 911 kan?" 
"Ye, bolehkah anda tahu bilakah ia mengambil masa?" 
 "Ok, cik. Adakah semuanya ok di sana? Adakah anda berhadapan dengan kecemasan?" "Ye, memang ada." 
"....Dan anda tidak boleh bercakap mengenainya kerana ada orang lain di bilik itu bersama anda?" (mula menyedari apa yang berlaku). 
 "Benar, memang betul. Adakah anda tahu berapa lama ia akan sampai?" "Terdapat seorang pegawai kira-kira lebih kurang 1 kilometer dari lokasi anda. Adakah terdapat sebarang senjata di rumah anda?" 
"Tidak" 
"Boleh anda terus bersama saya di talian?" 
"Tidak. Jumpa anda tidak lama lagi. Terima kasih." 


Selepas seorang pegawai kecemasan dihantar ke alamat itu, operator berkenaan memeriksa rekod di rumah itu dan mendapati terdapat banyak panggilan berkenaan panggilan kecemasan. Sebaik sahaja anggota polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang wanita yang didera teruk dan seorang lelaki yang mabuk. Operator itu kemudiannya mengulas mengenai panggilan itu: "Saya fikir wanita itu amat bijak menggunakan alasan itu. Sudah tentu ia menjadi salah satu panggilan kecemasan yang paling diingati buat saya." - mirror




.

Suspek penjenayah rentas sempadan ditembak mati di Semporna



Suspek penjenayah rentas sempadan ditembak mati di Semporna | Seorang suspek lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan ditembak mati dalam operasi oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, di sini awal hari ini. Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek yang belum dikenal pasti identitinya itu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi. Beliau berkata ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot yang dikemudi seorang lelaki. "Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad.

Beliau berkata selepas insiden berbalas tembakan, pihaknya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah serta dipercayai telah meninggal dunia. Abdul Rashid berkata hasil pemeriksaan, sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder dijumpai di tempat kejadian. "Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an," katanya. Beliau berkata terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, bagaimanapun pasukan peronda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tembakan di belakang kepala dan ada kesan luka di bahagian hadapan kepala, katanya. Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi ini. "Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Abdul Rashid. Beliau berkata pada masa sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan. "Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran," katanya. Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu, berkata beliau telahpun diberi taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom. Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas dalam mengendalikan keadaan dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal. "Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna)," katanya. -Awani




.

Lelaki terbabit kemalangan, terima darah, yang juga darah yang baru didermakannya sebelum itu



Lelaki terbabit kemalangan, terima darah, yang juga darah yang baru didermakannya sebelum itu | Seorang lelaki menderma darah di sebuah hospital di sebelah pagi tanpa mengetahui darah yang didermakan itu akan dimasukkan semula ke tubuhnya. Mohamed Abdullah baru saja menderma darah di bandar Sabya, selatan Arab Saudi dan memandu pulang apabila dia terbabit dalam kemalangan. “Dia dihantar ke hospital berhampiran. Kerana kehilangan terlalu banyak darah, doktor memberikannya darah yang didermakan sejam sebelum itu,” lapor akhbar Sabq. - Agensi




.

Tragis.. Kisah wanita yang mati ketika jalani pembedahan kosmetik di sebuah klinik


Tragis.. Kisah wanita yang mati ketika jalani pembedahan kosmetik di sebuah klinik | Seorang wanita Britain berusia 24 tahun meninggal dunia ketika ketika menjalani pembedahan kosmetik di sebuah klinik di sini, kelmarin. Pegawai Penyiasat Leftenan Kolonel Chaliang Inthip berkata, kematian wanita itu tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan kira-kira jam 11 malam. Katanya, penyiasat dikejarkan ke klinik berkenaan dan mereka menemui mayat mangsa terbaring di atas meja pembedahan dengan kesan torehan sepanjang 7.6 sentimeter pada ‘ekor’ tulang belakangnya.

Mayat wanita itu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, manakala doktor yang menjalankan prosedur itu, Dr Sompob Saensiri, 51, disoal siasat polis. Sementara itu, pegawai polis Bangkok berkata, Dr Sompob mendakwa wanita itu pernah melakukan pembedahan kosmetik di kliniknya sebelum ini. Kali ini, kata pegawai polis itu, wanita terbabit meminta klinik berkenaan melakukan prosedur membetulkan ekor tulang belakangnya.

Dia bagaimanapun maut ketika sedang dibius secara intravena. Menurutnya, penyiasat akan menyoal kakitangan klinik, semua doktor dan pembantu selain memeriksa premis itu untuk mengenal pasti sama ada peralatan pertolongan cemas disediakan seperti diperuntukkan undang-undang. Katanya, bedah siasat juga dijalankan untuk memastikan punca sebenar kematian. - Agensi




.

THE UNSUNG HERO - MELUR JELITA




THE UNSUNG HERO - MELUR JELITA | Maryam dan Irvan sepasang sepupu yang dididik dengan hubungan adik beradik sejak kecil lagi. Bagi Maryam, Irvan yang miliki adik beradik lain, dan kesemuanya lelaki, memang sangat berbeza. Dalam satu kejadian yang tak disangka, Irvan kehilangan keseluruhan keluarganya, membuatkan dia nekad berpisah dengan Maryam dan meninggalkan satu janji dengan tekad untuk menjadikannya kenyataan.

Ya, sejak kecil Irvan memiliki impian yang sangat besar. Menjadikan Maryam 'masa depannya'. Memiliki gadis istimewa tu sebagai isteri. Dan perjalanan menuju impian itu bukannya mudah apabila kemunculan Riyaz berjaya membuka hati Maryam. Walaupun terkilan, Irvan merelakan Maryam menjadi isteri Riyaz. Malangnya Riyaz terkorban dalam satu kejadian, dan Maryam merana kehilangan orang tersayang. Inilah permulaan perjalanan dua hati, apabila bunda dan bak meminta Irvan memperisterikan Maryam. Sungguh, Irvan bersyukur, impian itu telah menjadi kenyataan. Sebaliknya, bagi Maryam, hubungan itu sangat pelik umpama sumbang mahram. Bagaimana dia mahu mengubah hati dan perasaan yang selama ini menganggap Irvan sebagai abang, dan kini sebagai suami pula?

Alahai, jenuh juga Irvan menanti Maryam membuka hati untuknya.. Jom miliki satu lagi hasil tulisan penulis yang sejujurnya, memang tak pernah mengecewakan. Buat kali keempat, lulu terbuai lagi dengan hasil tulisan kak Melur Jelita.. Lagenda kisah cinta Maryam dan Irvan.. Terus tak sabar untuk memiliki novel seterusnya.. ngee..


Tajuk : The Unsung Hero
Penulis : Melur Jelita
Halaman : 1156 muka surat
Harga : RM38/RM41




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Pendedahan mengerikan mengenai obsesi seorang lelaki menggejutkan dunia



Pendedahan mengerikan mengenai obsesi seorang lelaki menggejutkan dunia | SEORANG ahli sejarah menggali 150 kubur supaya dia dapat memakaikan mayat itu dengan pelbagai fesyen pakaian umpama remaja yang menghadiri parti hari lahir. Warga Rusia, Anatoly Moskvin mengeluarkan mayat kanak-kanak perempuan berusia antara tiga hingga 12 tahun itu semata-mata untuk memenuhi fantasinya yang pelik. Dia kemudiannya membawa mayat itu pulang dan menghiasi setiap mayat di mana ada antaranya hanya tinggal rangka dengan stokin dan gaun dan juga patung beruang. Moskvin yang fasih 13 bahasa dan digambarkan sebagai seorang yang 'pintar' itu turut memberikan nama kepada setiap mayat yang menghadiri parti yang dianjurkan itu.

Video yang dirakamkan Moskvin dan ditemui di pangsapurinya oleh penyiasat menunjukkan timbunan baju kahwin dan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni diletakkan pada satu sudut kediamannya. Dalam sebuah bilik pula, dapat dilihat wajar budak perempuan yang dibalut dengan fabrik kuning air dan ketika itu suara latar dalam video itu berkata: "Patung ini dibuat daripada mayat yang dimumia." Polis berkata, Moskvin juga mengumpulkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kisah hidup setiap budak perempuan yang digalinya dan mencetak cara bagaimana menghasilkan patung daripada mayat manusia.


Obsesinya yang mengerunkan itu terbongkar apabila ibu bapanya melawatnya selepas pulang dari bercuti. Lelaki berusia 46 tahun dari bandar Nizhni Novgorod di tengah Rusia itu ditahan pada 2011, tetapi kini timbul cerita dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayahnya. Selepas tiga tahun menjalani rawatan di klinik psikiatrik, dia didapati masih tidak bersedia untuk melalui proses perbicaraan. "Dia akan terus ditempatkan di klinik untuk menjalani rawatan psikiatrik," kata jurucakap pihak pendakwaan. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!