Thursday, October 30, 2014

Peniaga ini mengenakan hukuman yang tidak masuk akal kepada pencuri yang mencuri di kedainya



Peniaga ini mengenakan hukuman yang tidak masuk akal kepada pencuri yang mencuri di kedainya | Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri. Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.

Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri. “Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu. “Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.


Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya. Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai. Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. - Agensi



.

Video aksi kejam pengasuh sumbat makanan pada seorang kanak-kanak mula menjadi viral di FB



Video aksi kejam pengasuh sumbat makanan pada seorang kanak-kanak mula menjadi viral di FB | SEBUAH video yang memaparkan aksi kejam seorang wanita yang disyaki warga Indonesia mendera seorang kanak-kanak perempuan mula menjadi viral di laman sosial, Facebook, sejak semalam. Video berdurasi selama 1 minit 36 saat itu memperlihatkan tindakan wanita tersebut yang dipercayai pengasuh kepada kanak-kanak terbabit, tanpa rasa belas simpati menyuap makanan ke dalam mulut mangsa secara paksa tanpa henti meskipun, mulut mangsa masih dipenuhi dengan makanan.

Ekoran daripada tindakan pengasuh itu, kanak-kanak tersebut menanggis tanpa henti kerana enggan makan makanan yang disuap, namun tidak diendahkan oleh wanita terbabit. “Cepat.. cepat.. nak? Cepat,” kata wanita itu. Insiden malang yang menimpa kanak-kanak perempuan tersebut dipercayai berlaku di Malaysia berdasarkan dialog yang diutarakan oleh wanita terbabit. “Kalau orang Indon macam inilah bos,” ujar wanita itu lagi. Sehingga kini, video yang dimuat naik di laman Facebook, Friends of BN - Barisan Nasional telah dikongsi oleh lebih 19,000 orang pengikut laman tersebut.

Rata-rata pengguna di laman sosial itu meluahkan reaksi kurang senang serta mengecam tindakan wanita terbabit yang disifatkan tidak berperikemanusiaan. “Perempuan ni tak layak jaga kanak-kanak dirumah/nursery...layaknya gaul simen di tapak binaan...,” kata salah seorang pengguna laman sosial tersebut. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pihak yang tampil memberikan maklumat sebenar mengenai video penderaan itu. -MD




.

Penemuan mayat wanita yang dibunuh kekasihnya di kebun sayur



Penemuan mayat wanita yang dibunuh kekasihnya di kebun sayur | Akibat cemburu, seorang wanita warga Indonesia berusia 29 tahun mati dipercayai dibunuh kekasihnya di kawasan kebun sayur Masilau Kundasang dekat sini pada jam 5.10 petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Ranau mengatakan seorang wanita meninggal dunia dipercayai ditikam dengan senjata tajam.

 "Polis mendapati kejadian itu berlaku di kebun sayur Mesilau Kundasang dan mangsa dikenal pasti warga Indonesia. "Hasil siasatan lanjut, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di kawasan kejadian dipercayai kekasih mangsa dan motif dipercayai akibat cemburu," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Metro




.

Lelaki marah kenalan dari laman sosial kerana miliki wajah tidak serupa ketika menemuinya



Lelaki marah kenalan dari laman sosial kerana miliki wajah tidak serupa ketika menemuinya | Seorang lelaki yang mengunjungi wanita dikenalinya menerusi laman sosial, semalam dituduh menyerang wanita terbabit selepas mendapati dia ‘tidak serupa seperti di dalam Internet.’ Menurut Jabatan Syerif Laurel County di Kenctucky, Cornelius Jefferson, 33, dari Monroe, Georgia ditangkap selepas pegawai menerima laporan mengenai kejadian itu. Jefferson didakwa mencekik wanita berkenaan, melimpah makanan pada muka mangsa sebelum meninggalkannya.

Syerif menahan Jefferson tidak jauh dari tempat kejadian dan akan mendakwanya. Menurut polis, pasangan itu bertengkar sebaik bertemu buat kali pertama kerana lelaki itu merasakan ditipu selepas mendapai mangsa tidak seperti yang dikenalinya dalam Internet. Jurucakap syerif Gilbert Acciardo Jr berkata, Jeffereson bagaimanapun tidak menyebut ciri perbezaan wanita ditemuinya dengan yang dikenalinya dalam laman sosial. - Agensi




.

Anggota polis ini miliki sikap yang pelik dan menjijikkan



Anggota polis ini miliki sikap yang pelik dan menjijikkan | Seorang anggota polis ditahan selepas dia didakwa menawar untuk melepaskan seorang wanita yang didakwa melakukan kesalahan sekiranya dia dibenar mencium kaki wanita itu. Patrick Quinn, 26, dilapor menahan kereta wanita itu pada Ogos lalu kerana insurans kenderaan itu tamat tempoh. Quinn memberitahu wanita itu dia terbau ganja di dalam kereta berkenaan. Wanita itu menafikannya.

Anggota polis itu kemudian melakukan pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut sementara wanita itu menunggu di dalam kereta peronda. Quinn didakwa memberitahu wanita itu mengenai kegemarannya mencium kaki wanita dan menawar melepaskannya jika dia dibenar mencium kakinya. Dia juga memberitahu mangsa mengenai keinginan menjilat kaki itu, menurut penolong pendakwa raya Daniel Werlinger.

Wanita itu menanggalkan kasutnya tetapi Quinn mengubah fikiran. “Dia memberinya satu lagi pilihan. Memandangkan wanita itu memakai skirt, Quinn menawar melepaskannya jika dia memberi seluar dalamnya,” kata Werlinger. Dia melepaskan wanita itu tanpa mencium atau menjilat kaki wanita berkenaan. Wanita itu membuat laporan polis dan penyiasat mengenal pasti Quinn menerusi kesan jari pada kad insurans mangsa.- Agensi




.

Apa yang ditemui oleh ibu ini di rumah pengasuh anaknya benar-benar mengejutkan..



Apa yang ditemui oleh ibu ini di rumah pengasuh anaknya benar-benar mengejutkan.. | Seorang ibu sering tertanya-tanya tentang anaknya berusia tiga tahun yang kerap lapar dan tidak bermaya setiap kali diambil daripada pengasuh. Gerak hatinya kemudian mendorongnya membuat pemeriksaan mengejut di rumah pengasuh terbabit di Flat Taman Seri Pinang dekat Sungai Puyu di sini, semalam. Namun, alangkah luluh hatinya apabila melihat anak yang dikasihinya itu terbaring dalam kea­daan kedua-dua tangannya diikat dengan tali pinggang ke belakang manakala kedua-dua kakinya diikat menggunakan tali.


Lebih menyedihkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang merupakan anak pengasuh terbabit sedang mengawasi anaknya itu. Menurut ibu kanak-kanak tersebut, Nalita Ahmad, 38, dia yang bekerja kilang menghantar anaknya ke rumah pengasuh berusia 39 tahun itu sejak Jun tahun lalu dan tiada masalah berlaku sepanjang tempoh berkenaan. “Selepas menghantar anak ke rumah pengasuh pukul 5.30 pagi semalam, saya terus ke tempat kerja sebelum tergerak hati ke rumah pengasuh itu pada pukul 10 pagi. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati anak saya dalam kea­daan terikat. “Saya kemudian meminta bantuan jiran terdekat untuk melepaskan ikatan anaknya kerana ketika kejadian pengasuh tiada di rumah. Saya difahamkan, anak saya diperbuat sedemikian kerana nakal,” ujarnya di sini, hari ini.


Nalita memberitahu, sehubu­ngan itu, dia membuat laporan di balai polis berhampiran kira-kira pukul 11.40 pagi semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengasuh terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pengasuh terbabit ditahan untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. “Tiada kecederaan lain dikesan pada badan kanak-kanak itu dan saksi kejadian akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya. -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!