Tuesday, December 9, 2014

Guru berusia 58 tahun ini punya kebiasaan yang tidak bermoral dan menjijikkan



Guru berusia 58 tahun ini punya kebiasaan yang tidak bermoral dan menjijikkan | PERBUATAN tidak bermoral seorang guru berusia 58 tahun di Britain yang menyimpan kira-kira 60,000 imej lucah kanak-kanak di dalam komputer akhirnya terbongkar selepas dia disyaki terlibat dengan penjualan bahan tersebut kepada sebuah syarikat di Kanada. Jurucakap pihak berkuasa memberitahu Timothy Arthur didakwa turut memiliki 5,000 gambar pelajar di sekolahnya di Warmley, Bristol, di mana dia bekerja secara sambilan.

Susulan daripada itu, Arthur telah ditahan untuk membantu siasatan selepas dia dikenal pasti sebagai pelanggan syarikat tersebut oleh polis di Toronta yang bertindak menyerahkan butiran lanjut mengenainya kepada Agensi Jenayah Kebangsaan Britain. Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati tertuduh pernah membeli DVD, CD dan memuat turun imej tidak senonoh melibatkan budak antara Disember 2007 dan Disember 2010.

"Tertuduh terlalu taksub dengan perkara tidak sihat dan dia sepatutnya sedar perbuatan itu sememangnya melanggar undang-undang," kata jurucakap polis kepada Daily Mail. Ketika dibicarakan di Bristol Crown Court, Arthur mengaku bersalah di atas 11 pertuduhan berkaitan penghasilan imej lucah kanak-kanak dan dijatuhi hukuman penjara setahun yang ditangguhkan. Dia turut dihukum menjalani perintah khidmat masyarakat selama 24 bulan dan diletakkan di bawah pengawasan Perintah Pencegahan Kesalahan Seksual selama 15 tahun selain dilarang mendekati golongan bawah umur. -AP




.

Adoi.. ini betul-betul RARE.. Atas motor pun boleh!


Adoi.. ini betul-betul RARE.. Atas motor pun boleh! | SEORANG lelaki di India menjadi terkenal gara-gara melakukan pelbagai aksi yoga di atas motosikal yang sedang bergerak pada kelajuan 60km sejam. Gugulotu Lachiram, 40, cukup dikenali di daerahnya gara-gara kemampuannya melakukan aksi yang dianggap berbahaya tersebut. Lebih mengejutkan, lelaki ini melakukan aksi-aksi tersebut tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.


"Saya suka mengambil risiko. Sehingga ke hari ini, saya belum mengalami kemalangan. "Kadang-kadang saya berasa takut untuk melakukan aksi ini, tapi perasaan itu membuatkan saya gembira," katanya kepada Express UK. Katanya lagi, dia bercadang untuk meneruskan aksi tersebut sehingga usianya mencecah 65 tahun. "Dulu orang kampung cakap saya gila, tapi kini mereka menyokong tindakan saya," katanya. -AP




.

Apakah?? Wanita sanggup jual susu badan untuk beli hadiah Krismas



Apakah?? Wanita sanggup jual susu badan untuk beli hadiah Krismas | Seorang wanita di Britain telah menjual susu badannya sendiri pada harga AS$20 (RM69) sebotol untuk membeli hadiah Krismas kepada anak-anaknya. Wanita itu, Rebecca Hudson, 26, setakat ini telah berjaya mengumpul sehingga AS$4,750 (RM16,606) dalam masa setahun melalui jualan susu badannya yang dijual menerusi online di internet yang telah menarik minat beberapa individu. Ibu kepada empat orang anak dari Manchester itu memberitahu rancangan televisyen ITV, This Morning, dia terpaksa mencipta pelbagai jenis susu untuk anak perempuannya, Milly yang dilahirkan 10 minggu lebih awal.


Formula susu badan yang dihasilkan sendiri telah memberi kesan kepada anaknya apabila berat badan bayi itu meningkat sebanyak lebih 85 gram setiap minggu. “Saya tidak mahu membazir kerana perlu mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan susu badan,” katanya dalam rancangan This Morning. Sehingga kini, wanita itu telah memiliki lapan orang pelanggan tetap terdiri daripada ahli bina badan yang memerlukan minuman mempunyai khasiat protin asli dan tukang masak sebagai perasa tambahan. “Apa yang mereka ingin lakukan pada susu badan saya semuanya terpulang pada mereka,” kata Rebecca. – Agensi




.

Pelakon Sharnaaz Ahmad respon isu bawa troli berisi tin arak di sebuah pasaraya



Pelakon Sharnaaz Ahmad respon isu bawa troli berisi tin arak di sebuah pasaraya | Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan isu penyebaran foto dia membawa troli berisi beberapa tin arak di sebuah pasaraya di Jepun adalah gosip yang membosankan. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya. "Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan? "Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya. Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.Foto tersebut menunjukkan mereka membawa troli masing-masing diisi pelbagai makanan dan minuman.


Bagaimanapun troli yang kononnya milik barangan Sharnaaz dilihat turut mempunyai beberapa tin arak jenama terkenal di Jepun. Perkara itu membuatkan timbul persoalan di kalangan netizen (pengguna Internet) bahawa Sharnaaz membeli arak berkenaan. Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu berkata, perkara itu langsung tidak menjejaskan dia memandangkan isu tersebut ditimbulkan oleh masyarakat luar dan bukan dirinya. "Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu," tegasnya. Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana. Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika. -Mstar




.

Tambang bas sekolah untuk tahun depan naik lagi?



Tambang bas sekolah untuk tahun depan naik lagi? | Biarpun tiada peningkatan bagi harga diesel bagi bas sekolah, syarikat pengusaha bas sekolah berkata tambang bas sekolah mungkin akan tetap dinaikkan pada sesi persekolahan Januari depan. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana cadangan menaikan tambang bas sekolah perlu diluluskan oleh mereka. "Kita tidak boleh menaikkan kadar tambang sesuka hati. Kita perlu berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu, mengenai tawaran tambang baharu berkenaan," kata Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Shah Alam, Selangor, Razak Ahmad.

Sekiranya, syarikat pengusaha tidak mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan terus menaikkan tambang bas, tindakan akan diambil terhadap mereka, tambahnya. Beliau bimbang kos lain, termasuk alat ganti dan kos penyelengaraan akan meningkat, serta kemungkinan subsidi akan dihentikan pada tahun hadapan. "Agak sukar untuk kami tidak menaikkan tambang bas sekolah," kata Razak. Sebelum ini, tambang bas sekolah dikawal oleh pihak kerajaan. Peraturan tersebut akan dibatalkan berkuat kuasa 1 Januari depan, kadar tambang baharu perlu ditentukan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pengusaha bas sekolah.

Harga diesel naik tiga sen kepada RM2.23 seliter pada 1 Disember selepas kerajaan mengumumkan tiada lagi pemberian subsidi bahan api dan menggunapakai kaedah pengapungan mengikut harga pasaran. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata subsidi bahan api bagi pengangkutan awam, termasuk bas sekolah, bas ekspres bot nelayan dikekalkan iaitu antara RM1.88 dan RM1.68 seliter.

Setiausaha Agung Persekutuan Pengusaha Persatuan Bas Sekolah Malaysia Md Saad Mohamad, berkata peningkatan tambang bas sudah pasti akan berlaku. Bagaimanapun, beliau meminta kerajan meningkatkan subsidi diesel untuk bas sekolah bagi membolehkan tambang bas tersebut kekal rendah kepada ibu bapa. Hal ini kerana, beliau berkata terdapat pengusaha bas yang kasihan terhadap kanak-kanak sekolah, dan turut melakukan perkhidmatan kebajikan secara tidak langsung. Md Saad berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia perlu memikirkan cara terbaik untuk membantu golongan ibu bapa. -Mstar




.

Tindakan lelaki rakam aksi ditelan hidup-hidup oleh anaconda malah jadi bahan ketawa



Tindakan lelaki rakam aksi ditelan hidup-hidup oleh anaconda malah jadi bahan ketawa | Tindakan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) merakamkan aksinya 'ditelan hidup-hidup' seekor ular untuk aksi lagak ngeri televisyen kini ditertawakan selepas pasukan bantuan terpaksa menyelamatkan dia hanya selepas sebahagian kepalanya dibaham. Dalam rakaman disiar Discovery Channel pada malam kelmarin, Paul Rosolie, 27, dan 10 pembantunya mengesan ular anaconda sepanjang enam meter di Sungai Amazon.


Berpakaian sut hitam dan dilumur dengan darah babi, Rosolie, 27, meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri. Tidak lama kemudian, seekor anaconda betina menerpa Rosolie sebelum melilit lelaki setinggi 1.7 meter itu. Namun, ketika Rosolie mula berasa tangannya 'mula akan patah' akibat belitan itu, dia mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya.-Agensi




.

Pelakon wanita yang juga bergelar Datin tawar beg tiruan untuk jelaskan hutang



Pelakon wanita yang juga bergelar Datin tawar beg tiruan untuk jelaskan hutang | Tembelang seorang pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan berjenama yang didakwa tulen bagi menjelaskan baki tertunggak kepada syarikat agensi pelancongan terbongkar selepas pemeriksaan ke atas beg itu mendapati ia adalah tiruan. Malah pelakon berusia 28 tahun itu turut didakwa mengugut kakitangan agensi pelancongan berusia 30-an itu yang beroperasi di Taman Maluri, di sini, untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan berjenama itu. Kakitangan wanita terbabit yang bimbang dengan ugutan pelakon itu dan berasa ditipu kemudian tampil bersama majikannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber berkata, dia bersama keluarga pada mulanya menggunakan pakej pelancongan itu untuk melancong ke luar negara awal November lalu. “Bagaimanapun sebelum melancong dia ada datang berjumpa dengan kakitangan terbabit dan membawa dua beg tangan berjenama yang didakwa tulen untuk dijual dengan harga RM6,000. “Mangsa pada mulanya menolak dan tidak mahu membeli beg tangan itu namun pelakon itu meminta dia menyimpan di pejabat syarikat terlebih dahulu dan tidak mahu membawanya pulang,” katanya. Sumber berkata, selepas pelakon itu pulang dari bercuti, pihak agensi pelancongan kemudian meminta dia menjelaskan bayaran yang masih belum dijelaskan.

 “Bagaimanapun pelakon terbabit meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen berharga RM6,000. “Mangsa berasa ragu-ragu sebelum dia bersama majikannya membuat pemeriksaan beg itu kepada pihak berkaitan dan mendapati ia adalah beg tangan tiruan,” katanya. Menurut sumber, mangsa kemudian memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa beg tangan diberikannya adalah tiruan menyebabkan dia mendakwa kemungkinan ditipu ketika membeli beg itu di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kuala Lumpur. “Mangsa kemudian mengajak pelakon itu ke butik barangan berjenama yang didakwa dibelinya di pusat beli-belah terbabit namun dia enggan dan memberitahu ingin menguruskannya sendiri,” katanya. -Metro




.

Misteri lelaki diculik dan dibelasah teruk selama 10 jam



Misteri lelaki diculik dan dibelasah teruk selama 10 jam | Seorang lelaki yang diculik terpaksa menahan azab selama lebih 10 jam apabila dibelasah dan diseksa dengan besi, seterika panas dan kayu di sebuah pangsapuri di sini, minggu lalu. Dalam kejadian jam 9 malam, 1 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Sani, 31, patah gigi, lebam muka dan badan selain terpaksa menjalani pembedahan tangan kiri akibat kejadian itu.

Bapa kepada empat anak itu mendakwa diculik oleh tiga lelaki ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran berdekatan Taman Sungai Ramal, Kajang. Menurutnya, sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer berhenti berdekatan restoran itu dan tiga lelaki yang keluar dari kereta berkenaan, mengarahkan dia masuk dalam kereta. "Saya enggan tetapi mereka tetap membelasah saya dan memaksa saya masuk ke dalam kereta," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kajang, semalam. -Metro




.

Suami terkejut, selepas 11 tahun kahwin..tiba-tiba isteri hilang dan bawa anak



Suami terkejut, selepas 11 tahun kahwin..tiba-tiba isteri hilang dan bawa anak | "Perasaan saya jadi tidak menentu kerana selepas 11 tahun berkahwin, ini kali pertama saya berpisah dengan Noraini. "Saya tidak tahu mengapa Noraini sanggup menghilangkan diri dan membawa bersama anak tunggal kami, Ain Nursyahirah yang berusia 10 tahun. Usaha mengesan kedua-duanya juga gagal," kata peniaga, Shahrizan Sulaiman, 32. Shahrizan berkata, isterinya, Noraini Mohd Wahid, 32, dan Ain Nursyahirah menghilangkan diri dari kediaman mereka di Kampung Setia Jaya di sini, jam 4.30 petang pada 4 Disember lalu. Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan kedua-duanya apabila pulang ke rumah. "Pada mulanya saya menyangka mereka ke rumah jiran namun terkejut apabila mendapati pakaian kedua-duanya tiada. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!