Sunday, December 14, 2014

SUAMIKU HEROKU - ARYSA NASIR




SUAMIKU HEROKU - ARYSA NASIR | Dilahirkan kembar, Syarifah Adriana sedikit berbeza dengan kakaknya, Syarifah Adriani yang lebih menurut kata mama mereka yang mementingkan status dan salasilah keluarga. Pertemuan Syarifah Adriana dengan jejaka berketurunan india, Navindran nampaknya sangat kukuh, walaupun mereka berbeza budaya dan agama. Walaupun bukanlah lahir dari keluarga yang berada dan serba kekurangan, cinta Navindran sangat tulus hanya untuk Syarifah Adriana. Disamping itu, ada insan lain yang juga turut menyimpan perasaan terhadap Syarifah Adriana, dan berusaha mengambil hati wanita itu.

Namun, hubungan pasangan ini ditimpa badai. Syarifah Adriana dijangkiti HIV positif dalam satu tragedi. Tubuh badan Syarifah Adriana mendadak lemah dan jatuh sakit tidak lama selepas itu. Dan selepas dugaan sebesar itu, Navindran masih tetap setia disamping si pujaan hati. Mampukah cinta mereka bersatu walaupun selepas sebegitu besar dugaan yang wujud?


Tajuk : Suamiku Heroku
Penulis Arysa Nasir
Halaman : 774 muka surat
Harga : RM28/RM31




.

Penduduk kampung gempar dengan penemuan objek aneh umpama keris kecil warna emas



Penduduk kampung gempar dengan penemuan objek aneh umpama keris kecil warna emas | Penduduk Kampung 
Redong, Langke Rembong 
di sini digemparkan dengan 
penemuan sebuah objek aneh mirip batu mustika 
putih berbentuk bujur yang 
mempunyai keris kecil 
berwarna emas di dalamnya. Hasil tinjauan portral 
VIVAnews, keris itu berukuran 
panjang kira-kira 13 sentimeter dengan berat mencapai 500 gram. Pemilik objek aneh itu, Mining Jeharum berkata, batu bujur 
itu dijumpai anak keduanya, 
Nino yang berusia lapan tahun 
dan anak saudaranya Soni, 15, 
ketika sedang menggali lubang tandas di belakang rumahnya 
pada 4 Disember lalu.

“Ketika menggali pada 
kedalaman dua meter, penggali yang mereka gunakan 
terkena objek yang mulanya 
disangka batu. “Namun setelah dikutip dan dibersihkan, benda yang disangka batu itu sebaliknya berwarna 
putih pucat dan di tengahnya 
terdapat keris kecil berwarna emas,’’ kata Mining. Kata Mining, Soni dan Nino selepas itu cuba memecahkan batu itu bagi mengambil keris di dalamnya, namun tidak berjaya meskipun mereka menggunakan tukul besi.


Menurutnya, dia tidak 
didatangi tanda-tanda aneh 
mahupun bermimpi sebelum 
batu bujur itu ditemukan. “Kami tidak mahu penemuan ini dikaitkan dengan perkara 
mistik. Suami saya pada mulanya tidak mahu menghebohkan 
penemuan objek itu,’’ katanya 
sambil menambah, dia dan 
suaminya tidak akan menjual 
objek aneh tersebut. Dalam pada itu, tinjauan VIVAnews mendapati penduduk kampung sudah mula 
mengunjungi kediaman 
Mining bagi melihat objek 
aneh itu. -AP




.

Wanita ini punya cara pelik untuk ajar pencuri



Wanita ini punya cara pelik untuk ajar pencuri | Seorang wanita yang bosan selepas bungkusan barangan di depan rumahnya sentiasa hilang. akhirnya berjaya memperdaya pencuri terbabit. Andrea Hutzler, 33, berkata, dia kerugian lebih AS$800 (RM2,800) selepas bungkusan yang dikirim kepadanya, termasuk hadiah Krismas, pakaian dan juga tiang aluminum yang dipesan untuk satu projek pembinaan dicuri. Andrea dan teman lelakinya membuat laporan polis dan memasang kamera di luar rumah, tetapi gagal menghalang pencuri berkenaan menghentikan perbuatan itu.


 "Saya bekerja keras, berjimat, membeli sesuatu dan akhirnya ia hilang begitu saja," kata Andrea kepada stesen televisyen ABC7. Menurutnya, dengan Krismas hanya kira-kira dua minggu lagi, dia mengambil keputusan mengajar pencuri berkenaan dengan sesuatu yang busuk dan kotor. -AP




.

Kantoi mencintai wanita lain, lelaki ini nekad bunuh teman wanitanya dan sembunyi mayat dalam almari



Kantoi mencintai wanita lain, lelaki ini nekad bunuh teman wanitanya dan sembunyi mayat dalam almari | Seorang remaja belasan tahun menghadapi tuduhan membunuh teman wanitanya yang berusia 17 tahun selepas mangsa berang setelah mengetahui dia bercinta dengan wanita lain. Yael Eduardo Espinosa Guerrero, 19, merayu polis mencari teman wanitanya, Silvia Paredes Moedano yang dilapor hilang minggu lalu. Dia juga cuba membantu mententeramkan keluarga mangsa. Tetapi realitinya, Guerrero menyembunyikan mayat Silvia dalam almari di kamar tidurnya selepas dia mencekik mangsa hingga mati.

Guererro bertindak demikian selepas Silvia mengetahui dia juga bercinta dengan wanita lain, Elia Carbajal Becerril, 22. Lelaki itu yang masih belajar melakukan pembunuhan itu di rumahnya di Tultitlan, utara Mexico City dan kemudian menyembunyikan mayat mangsa di dalam almarinya. Dia juga dilapor meminta bantuan Elia untuk mencari mayat berkenaan yang disembunyikannya selama tiga hari sebelum ia ditemui polis. Selepas Silvia ‘hilang’ minggu lalu, Guerrero mengiklankan dalam akhbar tempatan: ‘Di mana juga anda berada, ada orang yang merindui kamu. Kami berharap anda sihat.”

Kelmarin, ketika menyoal siasat ibu bapa Guerrero di kediamannya, polis menemui beg tangan mangsa di dalam bilik pelajar itu. “Beg tangan itu mempunyai kesan darah. Apabila dia pulang, anggota kami bertanya mengenai beg itu, tetapi dia melarikan diri. “Dia akhirnya ditangkap dan cuba merasuah angggota kami untuk membebaskannya,” kata jurucakap polis tempatan Macabeo Garcia. -AP




.

Lelaki ini punya cara yang unik dan sangat romantik untuk menzahirkan cinta buat si isteri



Lelaki ini punya cara yang unik dan sangat romantik untuk menzahirkan cinta buat si isteri | Alunan gemersik dari viola itu berkumandang sayup-sayup di kawasan perindustrian Defu Lane setiap pagi. Penggesek viola itu biasanya memainkan lagu cinta klasik The Moon Represents My Heart yang satu ketika dulu dipopularkan oleh penyanyi Taiwan, Teresa Teng. Kesetiaannya mengalunkan lagu itu mungkin membolehkan Paul Low Tien Poh digelar lelaki paling romantik di Singapura. Memiliki bengkel kereta Sunrise Auto Services, Low, 52, mula belajar bermain viola sejak empat tahun lalu. Viola tunggal kesayangannya itu bernilai S$6,000 (RM21,000) diperbuat di Itali. “Saya memberi kejutan kepada isteri saya dengan lagu ini ketika ulang tahun perkahwinan kami yang ke-18,” katanya.

Menurut Poh yang kurang fasih berbahasa Inggeris, dia turut mengusahakan kebun bunga mawar sebagai tanda cinta kepada isteri sejak awal tahun ini. “Jika saya sentiasa menghadiahkan bunga kepada dia setiap tahun, kenapa tidak saya menanamnya sendiri?” katanya. Sepanjang 22 tahun perkahwinan mereka, Poh sering melakukan banyak perkara romantik setiap tahun untuk isteri kesayangannya itu. Poh juga membawa isterinya, Sally Chan, 48, menikmati makan malam di tempat romantik, mengadakan kejutan jamuan dan menganjurkan majlis di gereja setiap kali tarikh ulang tahun perkahwinan mereka tiba. - Agensi




.

Pelanggan butik ini sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan pelbagai pakaian berjenama secara percuma



Pelanggan butik ini sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan pelbagai pakaian berjenama secara percuma | Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi semalam. Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam sebelumnya.


“Saya tidak tahu bila pelanggan awal akan mula beratur, maka saya dan suami setuju untuk datang pukul 11 malam, bahkan kami lihat ramai sudah lama pun berbaris panjang serta semua tidur dalam keadaan separuh bogel macam kami juga,” kata surirumah, Sharene Ong, 39 tahun. Menurut jurucakap butik tersebut, kempen istimewa yang dikenali sebagai Desigual’s Seminaked itu menawarkan aneka pakaian pilihan khusus untuk kumpulan 100 pelanggan pertama hari ini sebagai pembuka tirai promosi panjang jualan festival hujung tahun. Desigual telah pun melancarkan kempen separuh bogel itu sejak 2005 lalu yang melibatkan lebih 50 cawangan butik tersebut di seluruh dunia termasuk Madrid, Paris dan Tokyo manakala di Singapura, ia merupakan kempen julung kali diadakan. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!