Monday, January 26, 2015

Penipuan terdedah! Bank palsu beroperasi dan gelapkan wang pendeposit sebanyak RM19.6 juta



Penipuan terdedah! Bank palsu beroperasi dan gelapkan wang pendeposit sebanyak RM19.6 juta | Sebuah bank palsu sempat beroperasi lebih setahun di Nanjing dan menggelapkan wang deposit sebanyak 200 orang pelanggan yang bernilai 21 juta pound (RM19.6 juta). Portal berita Mail Online melaporkan, penipuan itu terdedah apabila seorang ahli perniagaan yang menyimpan lebih 12.14 juta yuan (RM6.9 juta) di bank tersebut, tidak mendapat dividen sebanyak 2 peratus seminggu seperti yang dijanjikan institusi kewangan terbabit.

Ahli perniagaan itu memberitahu, dia mula merasa curiga selepas pihak bank tidak menepati janji dan membayar kadar faedah seperti yang dijanjikan. Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, siasatan polis mendapati bank itu sebenarnya adalah sebuah koperasi luar bandar yang tidak mempunyai kuasa beroperasi sebagai bank. Pelanggan dikatakan terpedaya dengan premis itu yang kelihatan sama seperti bank-bank lain, malah turut menggaji pekerja beruniform.

 Siasatan polis membawa kepada penahanan lima individu termasuk seorang wanita yang dilapor berjudi di Macau menggunakan duit pendeposit wang bank palsu itu. Kes itu turut mencetuskan kemarahan penduduk China di laman sosial yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tempatan mengambil masa terlalu lama untuk membongkar kegiatan bank tersebut. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!