Thursday, January 1, 2015

Pelajar trauma dakwa dicabul oleh pengajar


Pelajar trauma dakwa dicabul oleh pengajar | Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun trauma selepas mendakwa dicabul tenaga pengajarnya di dalam rumah warden, minggu lalu. Bapa saudara mangsa mahu dikenali sebagai Zali, 40, berkata, anak saudaranya telah membuat satu laporan berkaitan kejadian di balai polis berhampiran. Menurutnya, kejadian berlaku apabila anak saudaranya merupakan pelajar di pusat pengajian itu telah disuruh tenaga pengajar terbabit untuk membersihkan rumah warden. “Anak saudara saya memberitahu sebelum ini tenaga pengajar itu pernah cuba melakukan perkara itu kepada dirinya dan pelajar lain, namun tidak berjaya.

“Sebagai seorang tenaga pengajar yang diberi amanah menyampaikan ilmu, tak wajar dia melakukan perkara ini pada anak muridnya,” katanya. Tambahnya lagi, dia terkilan ketika kejadian, merupakan hari terakhir anak saudaranya di pusat pengajian itu. “Kejadian ini pasti menjadi detik hitam hidupnya. Ia menyebabkan anak saudara saya kini trauma. Apa yang kami harapkan agar individu bertanggungjawab dapat diberkas dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, hasil siasatan pada 30 Disember jam 4.15 petang, suspek berjaya ditahan. “Kes disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan. “Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu,” katanya. -SH



 P/S - Sekadar gambar hiasan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!