Saturday, January 10, 2015

#QZ8501: Isteri pengsan terima jenazah suami



#QZ8501: Isteri pengsan terima jenazah suami | Isteri kepada mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 pengsan sebaik mahu mencium keranda suaminya, Marwin Sholeh, 50, yang tiba di kediaman mereka di Desa Pucanglaban, semalam. Wanita itu, Winingsih, 28, kemudian dipapah saudaranya ke katil dan ditenangkan ahli keluarga. Anak Marwin, Syaifudin turut dilihat sedih, tetapi kelihatan kuat menerima hakikat kehilangan ahli keluarga tersayang. “Kami reda dengan pemergian abah,” katanya ringkas. Mayat Marwin tiba di kediaman jam 10.15 malam waktu tempatan semalam. Marwin yang juga ahli perubatan alternatif adalah seorang daripada 28 mayat yang sudah dikenal pasti -Kompas



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!