Saturday, January 10, 2015

CINTA ADA DI SINI - SHA IBRAHIM




CINTA ADA DI SINI - SHA IBRAHIM | Edlynn Jasmin kembali kepangkuan Daddy dan abang-abangnya selepas pemergian mummy. Itulah amanat terakhir mummy. Namun kepulangan dan kehadirannya dirumah besar itu sama sekali tidak dihargai. Edlynn sedar, memang ada sesuatu yang terjadi diantara daddy dan mummy sehingga keluarga mereka berpisah selama 10 tahun. Bosan mengharap pada yang tak sudi, Edlynn mula tunjuk perangai memberontak. Dalam satu kejadian, yang hampir membuatkan nyawa Edlynn melayang, tiba-tiba layanan daddy dan abang-abangnya mula berubah. Sungguh, Edlynn keliru. Dalam diam dia memang gembira, namun perangai memberontak masih tetap tidak ditinggalkan.

Benarlah ada sesuatu yang terjadi sehingga membuatkan daddy dan mummy berpisah. Dan kenyataan itu terlalu perit untuk di terima. Sikap mendiamkan diri arwah mummy dan goyahnya kepercayaan daddy telah membuatkan keluarga mereka berpisah. Juga kehadiran seorang wanita yang punya niat serong disebabkan kekayaan daddy membuatkan keadaan menjadi lebih buruk. Mampukah keluarga mereka bersatu dan bahagia selepas satu-persatu kisah silam terdedah?



Tajuk : Cinta Ada Di sini
Penulis : Sha Ibrahim
Halaman : 1299 muka surat
Harga : RM40/RM43




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!