Saturday, February 14, 2015

SUAMI SEBELAH RUMAH - ANA SOFIYA




SUAMI SEBELAH RUMAH - ANA SOFIYA | Perjalanan lulu untuk memiliki novel ini, memang benar-benar mencabar, walaupun novel ini bukanlah novel terbaru penulis ini. Terbaca sinopsis ketika membuat carian senarai novel yang akan dibeli, lulu memang terpikat untuk memilikinya. Tapi kunjungan ke kedai buku ketika itu, nampaknya mengecewakan. Dan selang beberapa minggu juga, hal yang sama berlaku di kedai buku lain. Dan selepas beberapa bulan, akhirnya lulu ambil keputusan untuk beli online saja dari MPH. Tapi terpaksa tunggu lebih seminggu, sebab novel ni habis stok. Wow, betul-betul larislah novel ni.. Dan akhirnya, lulu akui, memiliki novel ini, benar-benar berbaloi rasanya.. (Baca entah berapa kali sampai novel pun jadi 'kembang' hehe)

Novel ini mengisahkan mengenai Doktor Amar, anak jiran sebelah rumah yang menyintai Eryna, namun kecewa kerana dia tidak menjadi pilihan gadis idamannya itu. Dihari bahagia Eryna, Amar pulang ke kampung dengan perasaan berat kerana sedar dia bakal kehilangan Eryna buat selamanya. Namun si bakal suami tidak hadir, malah mengirim sms, bahawa perkahwinan mereka batal kerana tidak mendapat restu si ibu. Nekad tidak mahu membuatkan ibu bapa malu, Eryna melamar Doktor Amar. Sudah tentulah Amar setuju. Tapi perjalanan alam rumah tangga mereka bukanlah seperti pasangan lain.

Tahu saja, bertahun Eryna bercinta dengan kekasih hati, Azlan. Tiba-tiba menjadi isterinya, sudah tentu dia harus berjuang mencuri hati si isteri. Bila si isteri mahu menyembunyikan status perkahwinan mereka, dan situasi mereka hanyalah jiran sebelah rumah, Doktor Amar berusaha memikat hati si isteri. Bagi Eryna pula, dia bagaikan terpegun melihat sisi si suami yang langsung dia tidak perasan sebelum ini. Hairan bagaimana seorang Doktor yang dianggap nerd seperti Amar boleh memiliki banyak sikap yang memikat hati.

Ketika rakan serumah Eryna sudah mula menyimpan hati dengan doktor jiran sebelah aka suami Eryna dan kekasih lama mula muncul untuk meneruskan perkahwinan, juga Doktor Wani yang tanpa segan silu memuja si suami, Eryna dan Amar sedar, perkahwinan mereka harus dijadikan realiti..



Tajuk : Suami Sebelah Rumah
Penulis : Ana Sofiya
Halaman : 506 muka surat
Harga : RM21/RM24




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

1 Penyokong CHELSEA:

arzmoha on February 10, 2015 at 10:38 AM said...

lulu peminat novel ya. Enjoy reading k

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!